Saturday, August 22, 2009

Bintang dan Planet

Buku bertajuk Bintang & Planet ini adalah hasil tulisan Carole Stott. Buku yang didaftarkan ISBN :978 983 068 371-3, baru diterbitkan pada tahun 2009 ini. Buku terjemahan Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad ini dijual pada harga RM24.00 senaskah.

Sinopsis:

Siri Penerokaan Sains ITNM membawa pembaca meneroka dengan lebih jauh subjek yang dibincangkan. Setiap topik dihiasi gambar dan imej digital yang menakjubkan untuk menerangkan dengan lebih jelas kandungan setiap topik. Gaya penulisannya yang menarik pula memberi banyak maklumat kepada pembaca. Bagi menggalakkan pembaca untuk terus menimba pengetahuan dengan lebih lanjut, setiap bab mengesyorkan laman web, buku dan tempat untuk dilawati serta peluang kerjaya yang boleh diikuti. Bintang dan Planet membawa pembaca mengembara dari satu galaksi ke galaksi yang lain.

● Terokailah objek bercahaya dalam galaksi, daripada planet dalam Sistem Suria hinggalah kepada misteri angkasa lepas yang jauh nun di sana.
● Jelajahilah Alam Semesta untuk melihat planet yang jauh, bintang yang meletup dan galaksi yang sama seperti 11 bilion tahun lalu.
● Tambahkan pengetahuan anda dengan penemuan baru Alam Semesta dan kemajuan masa depan yang hebat, seperti misi manusia ke Marikh, robot angkasa lepas dan juga bintang yang baru terbentuk.
● Mengembaralah dengan penuh imaginasi ke seluruh pelosok Alam Semesta.

No comments: