Pagi tadi saya mengambil sedikit masa ‘menonton’ filem ‘Random Hearts’ di saluran Astro 411 – HBO. Filem lakonan aktor Harrison Ford dan aktres Kristin Scott Thomas ( kalau tak silap le… ), berkisar pada soal hati yang tak mungkin kita mampu bohongi. Sarjan Dutch, watak lakonan Harison Ford, mengesyaki Peyton, isterinya terlibat dalam kemalangan kapal terbang. Tetapi namanya tidak tersenarai dalam penumpang pesawat malang berkenaan. Situasi penuh misteri ini membawa Sarjan Dutch menyiasat rakan-rakan sepejabat isterinya. Siasatan itu membawa kepada pertemuan Dutch dengan Pn. Chandler ( lakonan Kristin Scott Thomas ), seorang ahli kongres. Pn. Chandler adalah isteri kepada Callen Chandler, lelaki yang disyaki Dutch mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.
Pendekkan cerita, akhirnya Dutch dan Mrs. Chandler menemui jawapan kepada misteri pasangan masing-masing tetapi dengan dua situasi yang berbeza. Dutch menemui jawapan kerana usahanya untuk mengetahui misteri itu lantaran sayangnya kepada isterinya. Mrs. Chandler pula yang sudah awal mengetahui misteri suaminya, berusaha untuk tidak mempercayai apa yang dilakukan suaminya lantaran ingin menjaga imej dan statusnya. Peleraian cerita ini akhirnya terpaut kemas pada mesej keperluan kita tidak membohongi diri kita kerana soal hati hanya kita dan tuhan yang tahu. Agaknyalah….!. Sebuah filem lama rasanya, cuma saya sendiri yang tak pernah menonton filem ini.
Ada perkaitan juga dengan sesi ceramah sempena Nisfu-Syaaban yang saya hadiri semalam. Penerangan dan penjelasan penceramah tentang pertanggungjawaban yang terpikul dibahu setiap kita cukup mengesankan. Kecenderungan kalangan kita yang hanya mendukung ‘kebaikan dan kesempurnaan untuk diri sendiri’ seringkali menyebabkan kita mengabaikan ‘beberapa perkara lain’ yang juga penting dan perlu untuk kita!. Saya teringat kembali penegasan yang saya berikan dalam beberapa sesi bersama rakan-rakan peserta, siapakah lagi kalau bukan kita sendiri yang berinisiatif. Kalaupun kita berasa cukup malas untuk melaksanakannya, sekurang-kurangnya janganlah membohongi hati kita sendiri….kerana kelak kita juga yang merana!. Betul ka saya cakap ni……….tak tau laaaa !

No comments:
Post a Comment