Semalam saya bersama sahabat berkuliah sambil melawat ICT Fiesta di Tawau. Banyak juga cerita yang kami alami. Kereta kami 'sakit perut' di tengah-tengah bandar Tawau. Apa lagi...... saya menyorong kereta ke tempat letak kereta, sementara Yani berada di dalam keretanya yang asyik 'buat hal' akhir-akhir ini!. Anda bayangkan.......badan sebesar ini menyorong kereta seorang diri, ditengah panas terik matahari...dengan semua mata bertumpu ke arah kita. Mana tidaknya.......jalan 'terhalang' lantaran 'sakit perut' kereta sahabat ini!.
Namun, ......hidup mesti diteruskan!. Mahu juga saya mencabar Yani untuk menukar sahaja keretanya itu, tapi saya pendamkan sahaja. Lain padang, lain belalang!. Begitu fikiran saya menepis hasrat saya. Petangnya, saya bertemu dengan sahabat mindailmu dan ex-bos di rumahnya di Hot Spring. Banyak juga kami sembangkan... . Perjalanan pulang dipenuhi dengan perbualan yang merangkumi pelbagai tajuk. Saya membenarkan sahaja apa yang diperkatakan oleh sahabat-sahabat saya. Paling menarik untuk difikirkan.....Perfectionist mind!. Seringkali 'kesempurnaan' ini yang menghampirkan kita kepada idealistik tetapi tanpa sedar menghanyutkan kita daripada realistik.
Ada juga benar, seorang yang menunggu untuk mencapai aras sempurna barulah melakukan sesuatu, cenderung menjerumuskan kita menjadi manusia yang penuh dengan idea sahaja tetapi pelaksanaan kepada ideanya itu tidak berapa berjaya. Lantas lahirlah......istilah 'cakap tak serupa bikin'. Saya mengambil isi perbincangan semalam dan pagi ini bersama saudara mindailmu, dengan penuh sedar dan memperingatkan diri!. Akhirnya, saya menyimpulkan......nak buat, buat sahajalah dahulu.......langgar dahulu, sakit dahulu, buat dahulu.......kemudian barulah kita buat penyempurnaan kepada idea yang sedang dilaksanakan itu.
Saya menghela nafas panjang, sambil mengakui ada juga benarnya kata-kata sahabat saya itu!.
No comments:
Post a Comment