Anda pernah ketandusan idea?. Bagaimana agaknya jika kita mengalami situasi ini?. Memang ada situasi tertentu yang memerlukan kita 'memerah' otak untuk menzahirkan sesuatu idea atau kerja.
Saya mengambil suasana menyudahkan 'tugasan' pengajian. Sungguhpun saya meyakini bahawa kepayahan membuat tugasan itu adalah sebahagian perencah yang akan menambahkan rasa dan keenakan belajar dan meneruskan pengajian, tetapi realitinya, semasa membuat tugasan, antara cabaran besar yang kita mesti tempuhi adalah 'ketandusan idea'. Mengapa demikian?. Mungkinkah.....daerah pembacaan yang kecil dan sedikit. Atau kita seorang yang tidak peka pada perkembangan semasa. Atau kita sememangnya seorang yang tidak 'sampai aras' melontarkan idea dan pendapat. Rasanya.......tidak seteruk itu.....!.
Kecenderungan kalangan kita, apabila kebuntuan atau ketandusan idea ini berlaku......kita 'reward' diri kita dengan 'berhenti membuat kerja dan rehat' atau pelbagai perkara lain yang berupa penghargaan kepada diri. Harapannya...apabila disambung semula nanti, akan muncul idea yang segar dan bernas. Sedangkan sebenarnya.........disekeliling kita sudah cukup banyak yang boleh kita fikir dan tafsir.......untuk kita 'cambahkan' idea baru atau setidak-tidaknya ada idea.
Dalam kepayahan mencari idea inipun, berbicara tentang 'ketandusan idea'....adalah tanda kita sudah kehabisan idea atau sebenarnya kita sudah mencambahkan suatu idea yang baik?. Kalau benar begitu.........adakah saya ketandusan idea? Tak payah jawab tapi......Lu pikir la sendiri.......
No comments:
Post a Comment