Saya zahirkan penghargaan kepada teman-teman baru saya...Farah, Ooi, Naumi, Zunica, Khalilah, Jusman, Cathrine (....jaga orang-orang Tandek dengan baik! ) dan Sherilyn!. Perkongsian cerita yang menerbitkan beribu manfaat untuk saya menambahkan koleksi cerita dan pengalaman. Tentunya koleksi cerita dan pengalaman itu buat menambah kematangan melayari kehidupan. Harapnya begitu........
Saya tertarik untuk memetik pendapat Zunica yang menzahirkan kasih sayang yang semestinya dimeratakan. Bukan sahaja kepada lingkungan diri dan keluarga, tetapi juga 'buta' melewati batas ras dan agama. Malah lebih hebat dari itu, kepada binatang dan alam semesta.......benda-benda tak bernyawa sekalipun. Demikian juga cek kosong bernilai 9 trilion yang diterima Naumi dari seorang budiman......sehingga menyebabkan kita tidak tahu apa lagi nak dibuat dengan nilai sebesar itu untuk dibelanjakan!.
Benar peringatan Farah, rupanya banyak duitpun susah juga. Paling membimbangkan potensi kita menjadi lupa diri jika memiliki 'kekayaaan melimpah-ruah' juga mesti kita ambil kira, kerana rezeki itu sentiasa ada dimana-mana. Pada hemat saya yang paling penting adalah kita selesa dan bahagia melakukan kerjakerja kita sungguhpun kita berada dimana-mana?.
Agaknya begitu...ya!. Banyak sungguh yang saya kutip bersama kumpulan 1 ini. Namun kesempatan untuk berkongsi kefahaman, perlunya kita tidak 'menafikan realiti diri' sebagai seorang manusia yang normal dan mengakui adanya tuhan, akan lebih menghampirkan diri kita kepada ciri 'individu yang hadirnya dirasai, dan ketiadaannya ditangisi'. Terima kasih daun keladi....lain kali berjumpa lagi..... Saya dah nak bertolak ni!.
No comments:
Post a Comment