Sunday, August 16, 2009

Solar Filter & Eyepiece 6mm....

Respon En. Shah dari Falak Online kepada beberapa persoalan yang saya kirimkan melalui emel cukup mengembirakan saya. Malah.....respon itu menjadikan saya lebih bersemangat untuk menekuni hobi baru ini. Lantas, lantaran nasihat En. Shah, saya membuat tempahan Solar Filter di Stargazer, sungguhpun saya terpaksa berbelanja lebih. Tak apalah..... demi ilmu dan manfaatnya saya sanggup kekeringan isi dompet.....( he..he... ).

Pada hari Jumaat lalu, adik saya di Kuala Kubu segera bergegas ke Stargazer selepas menghubungi Mr. Alan Chiam, untuk mendapatkan Solar Filter kerana hendak dikirimkan dengan saudara saya yang akan pulang ke Sabah. Adik saya juga terkinja-kinja kerana turut meminati hobi yang saya, sungguhpun tidaklah segila saya. Lebih menggembirakan lagi, dengan pembelian Solar Filter berharga RM680 itu, Mr. Alan menawarkan saya potongan harga menarik untuk pembelian Eyepiece berukuran 6mm. Mr. Alan memberi jaminan, dengan eyepiece 6mm ini....planet Zuhalpun boleh dilihat dengan jelas termasuk 'ring'nya!. Iya...ka ni!.

Dan, semalam ipar saya yang menjadi 'courier' alatan yang saya beli itu, menghantarnya ke rumah, sambil bergurau.......Solar Filter itu tertinggal di rumahnya ( skill lama......dah tak laku! ).
Gembira bukan kepalang...... Pagi tadipun saya sempat melihat matahari menggunakan solar filter ini secara terus dengan mata ( tanpa telescope! ).........dan memang berbaloi rasanya berbelanja memiliki peralatan ini dengan manfaat yang bakal kita perolehi. Tak sabarnya... nak mula observe matahari. Nantikan lah entry saya yang akan datang!.

No comments: