Sehabis bersarapan dengan teman-teman di Pekan Semporna, saya bergegas pulang kerana hendak menyempurnakan hajat saya yang tertunda kelmarin........mencerap matahari dengan solar filter yang baru tiba semalam. Anak-anak saya yang dihantar ke sekolah pagi tadipun menzahirkan keinginan untuk sama-sama mencerap matahari......tapi nak buat macam mana......masa untuk ke sekolah!.
Sebentar tadi saya
menghubungi adik di Kuala Kubu, menyatakan kesukaran 'adjustment' jika menggunakan
eyepiece 10 mm apa lagi jika 6mm. Lantas, saya menggunakan fungsi automatik kamera, biarkan kamera mengambar sendiri objek yang hendak dicerap. Ada jugalah yang sempat dirakam. Namun, saya menyatakan keazaman untuk meningkatkan kualiti gambar yang di ambil.
Belasah sajalah dulu....................wokay!. Enjoy it!+(Small).JPG)
+(Small).JPG)
No comments:
Post a Comment