Secara sepintas lalu, saya sempat membelek-belek buku Budaya Kreativiti, cukup teruja dengan sejarah dan pengenalan Hadiah Nobel yang mempunyai tradisi dan sejarah yang panjang. Prestij penganugerahan ini menjadikan Hadiah Nobel ini sangat signifikan dengan imej kecemerlangan individu manusia kepada ketamadunan manusia. Saya akan detailkan ulasan saya dalam entry yang akan datang.
Semalam juga, saya menerima emel daripada Cik Hafizah di Institut Terjemahan Negara Malaysia yang memaklumkan buku yang saya tempah tentang Sistem Suria dan Astronomi sudah dikirim dan dijangka akan sampai pada hari selasa nanti. Emel ini juga menyebabkan hati saya berbunga-bunga gembira, seronok dan sentiasa teruja menanti hari mendatang, menantikan sesuatu yang kita harapkan!.
Saturday, August 29, 2009
Setelah 38 ......
Sebelum datang ke Tawau, saya sempat ke Pejabat Pos mengambil 'barangan' Pos Laju. Hati cukup gembira kerana barangan itu rupanya bungkusan yang dikirim oleh Akademi Sains Malaysia ( ASM ). 3 naskah buku yang saya tempah daripada ASM adalah Pengembaraan Merentasi Masa : Biografi Dr. Ahmed Zewail ( Penerima Hadiah Nobel ), Budaya Kreativiti ( 100 tahun Hadiah Nobel ) dan Katalog Sumbangan Islam kepada Tamadun Sains hari ini. Juga turut saya terima adalah koleksi kompilasi CD majalah Estidotmy 2008.
Saya membuat refleksi pada diri, agaknya demikianlah rasa jika sentiasa gembira mengharapkan sesuatu hari esok. Hari yang kita lalui hari ini, sarat dengan cerita yang membawa kegembiraan kepada kita. Hari yang akan kita tempuhi hari esok juga menjanjikan cerita gembira untuk kita. Dan, hari semalam yang kita tinggalkan juga penuh dengan cerita yang menyeronokkan dan mengembirakan.
Bukanlah niat hati ini menjadi sentiasa gembira sepanjang masa, kerana itu kelihatan menafikan tabi'e manusia yang terkadang sedih, duka, gembira dan ceria, menanngis dan seumpamanya. Tetapi gagasan saya adalah peluang dan keperluan yang seharusnya kita manfaatkan untuk menjadikan hari ini.....hari kita yang penuh energetik, hari esok.....hari yang penuh dengan harapan dan hari semalam......sarat dengan muatan pengalaman yang seronok dan menggembirakan. Nantinya.......tiada hari yang kita lalui tanpa kita merasakan diri sentiasa penuh makna dan bererti. Bergunalah hidup kita ini........jika tidak kepada orang lainpun, sekurang-kurangnya kepada diri kita sendiri.
Demikian saya menyimpulkan diri, setelah lebih 38 tahun saya 'dipinjamkan' hayat oleh Yang Masa Esa!. Seboleh mungkin....ayuh kita manfaatkan hadirnya diri kita ini...semaksimanya, tanpa terlalu asyik menghitung hari-hari yang telah kita tinggalkan. Saya sendiripun....masih lagi tak pasti...........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment