Saturday, July 4, 2009

Sustainable & why part.......

Perbincangan dengan Sifu dan Cikgu Yani semalam mencetuskan banyak segaran kepada diri dan profesion. Saya cukup terkesan dengan gagasan Sifu dalam mencetus dan membudayakan nilai 'sustainable'. Istilah yang sering Sifu sebutkan dalam pertemuan kali ini adalah 'why part'.

Isunya berlegar dalam agenda bagaimana menangani dan mengendalikan perubahan, khususnya dalam profesion keguruan. Mencetuskan perubahan bukan mudah...apatah lagi dalam kelompok yang telah lama mendukung budaya kerja yang lama. Bagi Sifu, 'why part' adalah fasa yang cukup penting dan kritikal. Bagi seorang 'ketua', keupayaan untuk untuk memacakkan kefahaman pada fasa 'why part' ini akan menjadi obor yang sentiasa menyala menyuluh perjalanan. Fasa 'why part' ini akan menjadi tenaga yang akan sentiasa menjana kemalaran atau 'sustainable'.


Pada tahap ini, dinamika guru akan turut dihisab, dan dilhat. Memanglah tidak semua orang mempunyai dinamika yang sama. Ada individu yang meletakkan dinamikanya pada unsur-unsur luaran. Lebih hebat lagi, individu yang meletakkan dinamika dirinya pada dirinya sendiri. Secara jelasnya, tanpa mengira jenis dinamika individu, 'kefahaman' tentang kenapa seseorang itu perlu dinamik bukan sahaja menjadikan dirinya produktif, malah lebih hebat lagi menjadikan dirinya sentiasa malar atau istiqamah dalam agenda profesionnya.


Tahap ini dulu........nanti saya permudahkan penerangan saya !. Masih celaru agaknya?

No comments: