Semalam saya sempat berbual-bual dengan anak murid saya yang 'kedapatan' melakukan salah laku disiplin di sekolah. Situasi yang biasa berlaku, antara guru dan murid yang bertembung dalam hal disiplin ini...........kecenderungan anak murid mempamer susuk wajah 'menentang dan memberontak' walaupun mereka jelas melakukan pelanggaran disiplin.
Sesegera!..... saya ingin memberikan persepsi alternatif bahawa tidak semestinya perlakuan pelanggaran disiplin ditangani dengan pendekatan 'soal-siasat' ala-banduan. Saya membawa mereka ke bilik berasingan daripada tatapan dan perhatian orang lain ( guru-guru dan rakan-rakan mereka.. ), dan memberikan mereka ruang dan peluang seluas dan seselesanya berbual tentang banyak perkara.
Secara spesifik, berbual bicara tentang isu yang melingkari kehidupan remaja sepertinya yang sering bertembung dengan amukan identiti dan jati diri. Sungguhpun saya tidak menafikan pelbagai elemen lain yang berupaya meletuskan perlakuan anti-sosial dikalangan remaja, tetapi secara lebih sepesifik, saya ingin mempelajari sesuatu dari kesempatan ini.
Berbual dan berbual dengan mempamerkan kejujuran untuk membetulkan dan bukan menghukum. Sembang dan bersembang dengan menzahirkan pandangan berbeza dan bukan membuntuti anutan persepsi yang mundur dan memudaratkan!. Saya berusaha membawa mereka menguliti realiti diri dan kehidupan sebenar mereka. Setelah berbual panjang, saya meyakini 2 perkara pokok.
Pertama, kecenderungan pelajar lebih meniru dan mencontohi perkara negatif yang sesuai dengan selera mereka sering berlaku. Pelajar lebih meniru apa yang dilihatnya secara mata kasar. Melihat guru merokok lebih mudah dicontohi kerana terpamer dihadapan mata, daripada meniru ijazah dan sijil guru itu yang terperap di dalam fail guru berkenaan dan tidak kelihatan pada pandangan mereka.
Kedua, pelajar menerima nasihat dan teguran tetapi dengan tafsiran sendiri. Sebab itu, apabila memberikan nasihat harus dengan contoh kes yang jelas disamping menyatakan kekecualian nasihat atau teguran itu pada situasi atau elemen tertentu. Sekadar contoh, melihat pelajar belajar sesama rakan, adalah situasi yang baik untuk pembelajaran tetapi risikonya, mereka mungkin hanya berbual kosong dan hilang fokus dari matlamat asal belajar.
Atas dua premis ini, guru seharusnya tidak penat menegur dan menasihat, walau kelihatan sudah tidak laku dan tidak diendahkan. Peluang kita adalah memperbaiki dan memurnikan pendekatan mungkin dengan pelbagai jenis 'remote control', ada inovasinya...tetapi masih dengan fungsi yang sama, iaitu.........mengawal televisyen itu sendiri!. I'am right......ask yourself!
No comments:
Post a Comment