Wednesday, April 29, 2009

Waxing Cresent Moon.....




Petang hari Isnin yang baru lalu, saya sempat merakamkan gambar bulan sabit yang kelihatan seolah-olah di atas ruang udara Semporna. Berlatarbelakangkan langit mega serta kubah menara Masjid Ar-Rahman, Semporna, suatu pemandangan yang sungguh cantik.




Kemudiannya, pada petang kelmarin, untuk pertama kalinya saya merakamkan wajah bulan sabit menggunakan Telescope Orion Spaceprobe 130 mm dengan padanan kamera digital SLR, Canon EOS 1000D. Beginilah rupa sebenar bulan sabit yang kita lihat di angkasaraya.
Kelihatan sangat banyak permukaan yang tidak rata. Dapatkah kita bayangkan, agaknya apa yang terjadi menyebabkan terbentuknya permukaan bulan seperti yang rakamkan di atas.

2 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya saya disini menyatakan bahawa bukan satu kerugian untuk melawat blog ini.

" Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa"

Pengunjung Blog Ini.

Anonymous said...

Salam

"Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap baginya musuh yang berbaju kawan"

MYY