Pagi ahad kelmarin, saya berkesempatan mengunjungi sebuah kebun jagung yang diusahakan seorang ibu tunggal. Isteri saya telah berjanji dengan tuan punya kebun berkenaan. Hasilnya, janji ditunaikan pagi kelmarin.
Seawal jam 6.30 pagi, saya memandu kereta sambil membayangkan “pertemuan ala-ala jejak kasih” dengan suasana yang pernah saya lalui lebih kurang 25 tahun yang lalu, memang cukup mengujakan!. Ahh……..nostalgik sungguh bunyinya. Bukannya sombong diri, tetapi sangat jarang kebun jagung di temui kini.
Saya tidak malu untuk menyatakan bahawa zaman kanak-kanak dan remaja saya sememangnya sinonim dengan jagung dan keazaman. Ayah dan mak saya membesarkan kami adik beradik dengan hasil titik peluh perusahaan menanam jagung. Pernah satu ketika, giliran saya ‘berjaga’ di kebun ayah, sambil membakar jagung, sambil itu juga menyanyi ( lagu-lagu Alleycats dan DJ Dave ), yang sebenarnya bukannya mahu sangat menyanyi, tetapi 'takut' kerana berjaga seorang diri di puncak bukit, hujung kebun ayah saya.
Kesempatan ini saya manfaatkan untuk memperteguh beberapa dapatan yang signifikan dengan kehidupan saya masa kini. Jagung inilah yang mengajar saya kehidupan yang sukar dan susah. Jagung ini jugalah yang mengajar saya perlunya menghargai setiap peluang yang menjengah kehidupan kita. Jagung ini juga mengajar menghargai masa lalu untuk bekalan mendepani masa depan. Jagung inilah yang memperteguh ikatan persaudaraan sesama ahli keluarga. Jagung inilah yang memungkinkan saya menjejak kaki di dunia asing.
Pendek kata, jagung ini punya sumbangan besar ‘memanusiakan’ saya dan sekeliling. Jagunglah sebenarnya yang mengajar saya menggenggam bara api sehingga menjadi abu. Begitu fikirnya.....
1 comment:
Selepas mendengar arahan Nabi Muhammad itu, semua anggota tentera yang ada bergilir-gilir mengisi bekas makanan mereka, sehingga tidak ada sesiapa pun yang tidak penuh bekas makanannya.
Setiap orang dapat makan sehingga kenyang, sedangkan makanan itu tidak juga habis.
Kemudian Nabi Muhammad berkata, " Saya menyaksikan tiada Tuhan melainkan Allah, dan saya adalah Utusan Tuhan. Barang siapa yakin akan kebenaranya ini, apabila mati nanti, dia masuk syurga."
Petikan Dari,
Nabi Muhammad dengan Tenteranya.
MYY
Post a Comment