Dari kejauhan saya melihat seorang tua. Tua jika dibandingkan dengan usia anak kecil saya. Saya merasakan lelaki ini berusia lebih lewat 50 tahun, kalaupun tidak mencecah 60 tahun. Jangkaan saya berdasarkan bandingan raut wajah lelaki tua ini....rasanya usia lelaki tua ini seperti yang saya jangkakan.
Saya tertarik memperihalkan gelagatnya. Dia berjalan dari satu arah menuju sekumpulan lelaki sebayanya. Kumpulan 3 orang lelaki itu menyambut lelaki berkenaan dengan hilai tawa seolah-olah ada cerita sebelumnya yang mungkin mencuit hati kumpulan lelaki yang didatanginya. Gaya selamba sambil bersalaman dengan ketiga-tiga lelaki berkenaan, lelaki tua ini membetulkan seluar dan bajunya, untuk kelihatan segak agaknya.
Dari kejauhan saya melihat lelaki tua ini terkumat-kamit melafazkan sesuatu. Entah apa yang diperkatakannya. Agaknya.......mereka memperkatakan perkara yang menyebabkan mereka ketawa terbahak-bahak. Memang lucu agaknya perkara yang mereka bualkan itu. Seketika kemudian mereka bersaling silang berganti terkumat-kamit. Kelihatannya mereka berbual rancak. Entah apa yang menarik sangat perbualan mereka. Terlintas difikiran....terpamer benar mereka tidak menghadapi masalah pada ketika ini. Baik lelaki tua atau 3 lelaki lain yang bersamanya, tidak terpamer riak wajah yang menampakkan mereka sedang memendam rasa dan masalah.
Seketika kemudian, lelaki tua itu menyeluk saku seluarnya. Gaya selambanya yang menarik perlahan-lahan tangannya dari saku seluar membuatkan saya berasa ’suspen’ sambil meramal agaknya apa yang diambil lelaki tua itu. Seketika kemudian terpamer, rupanya lelaki tua itu mengambil telefon bimbitnya. Saya langsung tidak meramal yang diambilnya itu adalah telefon bimbit kerana tersisip ditali pinggangnya kelihatan ada tempat menyimpan telefon bimbit. Dia memiliki dua telefon bimbit agaknya!, saya membuat telahan awal, menyedapkan hati sendiri kerana gagal meramal apa yang orang tua itu ambil dari sakunya.
Bersambung....
Posted using BlogPress from my iPad
Location: Jalan Simunul, Semporna
No comments:
Post a Comment