Ketukkan pintu kereta menyedarkan saya dari asyik memerhatikan lelaki tua. Isteri dan anak saya memasuki kereta sambil isteri mengeluh sesak kerana ramai orang didalam Shopping Complex. Tanpa menjawab keluhan isteri, sambil kembali melayan gelagat orang tua itu tadi. Kelihatannya dia masih asyik melayan punat-punat telefon bimbitnya. Rupa tindak lakunya kelihatan dia sedang menuliskan pesanan ringkas, sms agaknya. Sehingga saya menghidupkan enjin kereta dan bergerak meninggalkan shopping complex itu, orang tua itu masih berada di sana. Tinggal dia keseorangan. Saya tidak perasan bila masa 3 lelaki temannya itu meninggalkannya seorang diri.
Sambil memandu, saya bermonolog dalam diri betapa dalam kehidupan kita ini seribu satu kisah dan cerita. Secara personal, saya teruja mengkisahkan cerita orang tua itu kerana raut wajah selambanya. Entah bagaimana cerita hari kelmarinnya, cerita hari esoknya, malah cerita sejam dua sebelum dia turun dari rumah. Seketika sebelum orang tua itu melintas lalu dihadapan saya...apa yang berlaku dengannya. Betapa kita tidak tahu apa-apa sebenarnya tentang cerita orang lain.
Rasanya kebanyakkan kita hanya meramal dan memperkatakan orang lain, berdasar riak wajah dan gaya penampilannya. Mungkin jika kita melihat penampilan yang agak comot, mudah kita merasa kasihan atau lebih malang lagi merasa jijik!. Mungkin jika kita melihat penampilan yang agak elit atau ’over dressing’, mungkin kita merasa orang ini orang berada atau lebih malang lagi ’orang kaya sombong yang tak sedar diri’. Sebagaimana kita sukar membuat telahan kerana pelbagai kemungkinan, sewajarnya demikian sukar jugalah kita mengagak siapa orang yang kita perhatikan itu.
Dua perkara yang ingin saya pelajari daripada cerita orang tua ini, pertama, selayaknya kita sentiasa merasa tenang dan bergaya selamba dalam kehidupan kita, agar kita sentiasa berasa senang hati. Kedua, jangan mudah menghukum orang berdasar apa yang kita perhatikan, kerana sesungguhnya sangat pasti bahawa kita tidak tahu apa-apa tentang cerita orang lain, lebih daripada kita mengetahui diri kita sendiri!. Entah....apa terjadi kepada orang tua itu, moga dia sentiasa berbahagia melalui kehidupannya!.
Posted using BlogPress from my iPad
Location: Jalan Simunul, Semporna
No comments:
Post a Comment