Buku kecil setebal 114 muka surat ini diterbitkan oleh PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Buku yang dikategorikan dalam genre Pendidikan, Kaunseling dan Pendidikan Umum ini diindekskan dalam ISBN-13: 978-967-5226-86-1, dijual pada harga RM 17.50, diterbitkan pada 4 Jan 2010.
Memetik ulasan buku ini dalam laman sesawang PTS, amat relevan untuk memugar kembali profesionalisme keguruan, khususnya di bilik-bilik darjah.....
Setiap individu memerlukan strategi, pendekatan, teknik, dan kaedah yang berbeza supaya proses pembelajaran yang dilalui mencapai tahap optimum. Guru perlu berbakat dalam merancang dan menyampaikan pengajaran kepada pelajar yang pelbagai. Jesteru, pengajaran perlu dirancang, disusun, dilaksanakan, dipantau, dan diselia dengan teliti bagi menghasilkan pengajaran yang efektif.
Perbincangan santai dengan gaya bahasa yang menarik, rasanya bukan sahaja meremajakan semula semangat keguruan kita, tetapi yang lebih penting lagi mencadangkan pendekatan, teknik dan kaedah yang menarik untuk 'memenangi tumpuan dan perhatian pelajar' mengikuti pengajaran kita sehingga akhirnya.
Lawati laman ini untuk mendapatkan buku Gaya Pengajaran dan Pembelajaran.
No comments:
Post a Comment