Wednesday, February 29, 2012

Exitway....

This is my exit way......
From something I cannot
Leave.....












Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Belunu,Tawau

Tuesday, February 28, 2012

Perspektif Tingkat 6

Diskusi pagi ini agak sarat dengan gagasan. Namun perbincangan dipermudahkan sesuai dengan hadirin yang terlibat yang kelihatannya berat berasimilasi dengan idea-idea yang ’kelihatan’ agak terpisah dari rutin kerja harian mereka. Sebenarnya, bukanlah berat mana sangat, tetapi kita harus akur juga kepada kepelbagaian sudut pandang individu yang berbeza-beza. Pada hemat saya, kepelbagaian tidak seharusnya menjadi penghalang kepada suburnya budaya berdiskusi. Malah dari satu segi perbezaan pendapat itu kekadang mencetuskan idea-idea yang teruji dan masak!, tentu sekali ia akan mencambahkan ranting manfaat yang lebih melebardan meluas.


Beberapa penegasan saya lontarkan khususnya dalam rangka membina perspektif teman-teman diskusi. Tentunya akan berlaku pertembungan idea dan pendapat. Saya merasakan kita tidak harus berasa gusar dengan perbezaan sebegini. Asal sahaja kita masih menghormati adab dan tatasusila perbincangan, rasanya tiada sebab untuk kita tidak memanfaatkan kesempatan ini. Bukankah lebih elok kita meraikan perbezaan pendapat kerana natijah dari kontradiksi ini nanti adalah tercetusnya idea dan pemikiran yang telah melalui perbahasan panjang dan kritikal. Sebaliknya memilih untuk terus mengusung obor keegoan bukan sahaja menjadikan lahir gagasan yang jumud dan tertutup, malah risiko besar menanti mereka yang mendukung pendekatan ini adalah membuka lompang-lompang kosong dalam diri yang cenderung mengarah kepada unsur ’katak dibawah tempurung’.

Kedua, ditegaskan juga perihal potensi dan peluang yang sentiasa kita usung bersama. Sebagai individu manusia yang diiktiraf sebagai khalifah, tentunya janggal untuk kita melihat khalifah melakukan perbuatan yang melanggar norma-norma masyarakat normal. Apatah lagi andai perbuatan itu jauh dibawah aras pemikiran manusia normal berkenaan. Lantas, kita harus sentiasa mengingati bahawa setiap tindak laku kita adalah menjadi tontonan mata masyarakat umum lainnya. Selemah-lemahnya, mata anak-anak dan isteri kita dirumah. Kapasiti ini menuntut semua individu untuk memperagakan ’cerita’ yang konstruktif bukan sahaja untuk diri semata-mata, malah juga menginspirasikan orang lain. Sekaligus, gagasan ini menjadikan hidup kita sentiasa sarat dengan perbuatan dan tingkah laku yang sopan. Apakah lagi yang boleh kita harapkan sebagai individu manusia selain ’batang tubuh’ kita itu sendiri boleh menjadi bahan yang difotostat oleh orang lain, khususnya anak-anak dan keluarga kita!.

( Penaakulan diskusi ini sebenarnya dibuat semalam, seusai diskusi! )

Posted using BlogPress from my iPad

Monday, February 27, 2012

Sihat dan cergas.....

Puas....
Setelah lelah
Mengerah upaya
Bersiram peluh
Dari pantai barat
Ke pantai timur....
Ahh....





Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, February 26, 2012

Gaya Pengajaran & Pembelajaran

Buku kecil setebal 114 muka surat ini diterbitkan oleh PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Buku yang dikategorikan dalam genre Pendidikan, Kaunseling dan Pendidikan Umum ini diindekskan  dalam ISBN-13: 978-967-5226-86-1, dijual pada harga RM 17.50, diterbitkan  pada 4 Jan 2010. 

Memetik ulasan buku ini dalam laman sesawang PTS, amat relevan untuk memugar kembali profesionalisme keguruan, khususnya di bilik-bilik darjah.....
Setiap individu memerlukan strategi, pendekatan, teknik, dan kaedah yang berbeza supaya proses pembelajaran yang dilalui mencapai tahap optimum. Guru perlu berbakat dalam merancang dan menyampaikan pengajaran kepada pelajar yang pelbagai. Jesteru, pengajaran perlu dirancang, disusun, dilaksanakan, dipantau, dan diselia dengan teliti bagi menghasilkan pengajaran yang efektif.
Perbincangan santai dengan gaya bahasa yang menarik, rasanya bukan sahaja meremajakan semula semangat keguruan kita, tetapi yang lebih penting lagi mencadangkan pendekatan, teknik dan kaedah yang menarik untuk 'memenangi tumpuan dan perhatian pelajar' mengikuti pengajaran kita sehingga akhirnya.

Lawati laman ini untuk mendapatkan buku Gaya Pengajaran dan Pembelajaran.

Saturday, February 25, 2012

It's 3K's....

It's 3K's....
For Kelapa, Kabin and Kapal
?....














Posted using BlogPress from my iPhone

Classic and Evergreen....

Credit & Source : Bridge's Story

Friday, February 24, 2012

Tiba-tiba.....tiba!

Alhamdulillah.....





Posted using BlogPress from my iPhone

Marikh.....

Anda mungkin berpeluang melihat planet Marikh pada kedudukan yang paling hampir dengan bumi pada awal Mac 2012 ini. Tentunya, cukup mengujakan dapat melihat dengan mata kepala sendiri beberapa lokasi seperti yang dapat dilihat dalam gambar. Peluang yang jarang-jarang berlaku ini selayaknya dimanfaatkan untuk kebaikan dan pengetahuan manusia.  Maklumat lanjut tentang fenomena ini, sila-silalah berkunjung ke Laman Falak Online.

Sumber & Kredit : Laman Falak Online.

Wednesday, February 22, 2012

Sepetang Berubah....

Sepetang berubah
Kerana
Semalam pondok itu ada....
....Masih berbumbung
....Masih bertiang
....Masih berpalang
Sepetang berubah
Kerana......
Hari ini pondok itu tiada....
....Kemana bumbungnya
....Kemana tiangnya
....Kemana palangnya
Sepetang berubah
Kerana.....
....Membangun berbulan lamanya
....Memusnah sekejap cuma
Sepetang berubah....











Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, February 20, 2012

Cuma 27 sen....

Perjalanan kembali
Bertemu Kota Pengkalan....
Meninggalkan
Denai bunga tayar
Yang tak berhujung....
Meski pun.....
Tidak kelihatan
Namun mudah
Diselusuri kembali.....
Namun.....
Ia tidaklah sedetail itu
Seminit cuma sejauh
0.68 kilometer.....
Dengan ongkos cuma
0.27 sen.....



Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Kelas 1H, SMKT.

Petakan Minda Anda....

Rasa penat perjalanan panjang semalam kembali ke Kota Pengkalan, masih terasa. Namun saya mesti memulihkan kembali tenaga untuk cergas melakukan tugasan yang lain. Semasa berpergian ke ibu negeri selama 4 hari, saya menerima panggilan telefon dari seorang rakan guru sebuah sekolah menengah di Kota Pengkalan. Memang saya sudah menjangkakan rasa penat dan keletihan ini, pada hari saya menerima undangan itu lagi. Namun semua itu harus ditolak ketepi kerana kesempatan berdiskusi dengan anak-anak lebih mengujakan. Lantas, pagi tadi seawal jam 8 pagi, saya cuba menyempurnakan hasrat undangan itu dengan harapan menggunung akan ada kalangan anak-anak ini yang terkesan dengan diskusi yang dijalankan.


Sama sebagaimana di SMK. Abdullah minggu lepas, perbincangan kemahiran belajar yang saya kendalikan cuba mencerahkan pemahaman pelajar tentang potensi yang mereka miliki. Saya perihalkan perbincangan pagi ini dengan paparan kisah Nick Vujicic, manusia tanpa tangan dan kaki, namun berkat usaha dan inisiatifnya yang bersungguh-sungguh, Nick mampu berdikari. Saya tegaskan kepada anak-anak pelajar musuh kita yang paling utama adalah melawan kehendak dan kemahuan diri sendiri. Pada kebiasaannya, kita hanya bersungguh untuk berkorban melakukan perkara yang kita nampak hasilnya pada hari ini. Amat sukar untuk kita sanggup mengorbankan diri kita sendiri pada hari ini, untuk kesenangan kita pada hari esok ( masa depan kita ).


Sungguhpun tajuk yang diberikan kepada saya adalah konsep dan kaedah peta minda dalam pembelajaran, namun sedikit sahaja masa yang saya gunakan untuk membuat sedikit bengkel dan pencerahan bagaimana menghasilkan peta minda. Berbekalkan nota-nota ringkas yang pernah saya gunakan semasa bersekolah suatu ketika dahulu, saya cuba untuk memberi gambaran betapa kemahiran belajar yang betul membantu kita melalui proses pembelajaran yang santai dan menyeronokkan. Tunjuk cara menjadi lebih mudah dengan penggunaan iPad dan Noteself, membantu saya memberi pemahaman kepada 150 orang pelajar yang menghadiri Seminar Kemahiran Belajar ini.

Fasa penutup pagi tadi saya akhiri dengan sedikit tayangan video tentang perbandingan saiz planet dan matahari yang ada dalam sistem angkasaraya, yang lazimnya tidak ramai yang mengetahui hatta kalangan rakan-rakan guru sekalipun. Sebagaimana lazimnya, anak-anak pelajar mempamer rasa heran dan termanggu lantaran tidak mengetahui perkara ini. Namun saya tegaskan diakhirnya, usah kita merasa bongkak andai kita merasa kitalah yang hebat. Sebaliknya usah kita merasa kerdil, andai kita merasa kitalah yang paling corot dalam kelas, kerana yang paling penting antara kesemuanya itu adalah usaha dan ikhtiar kita untuk berjaya, bukan sahaja peperiksaan di sekolah, tetapi juga berjaya sebagai manusia.

Agaknya begitu yang dapat saya simpulkan. Moga usaha ini mendapat hasil sebagaimana yang diharapkan oleh semua yang terlibat menjayakannya!. Amiin.

Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, February 19, 2012

Windows 12!

Please...
don't confuse
It's not Windows
.....as you know.
It's Tingkap
.....as you see!
don't confuse...
Also coz
It's at Jeroco
Not....
Jericho...
Please....aaa


Posted using BlogPress from my iPhone

Bridge+River....

Connection
Between 2 side....
West bank and East bank
Impossible....
Without one of that!






Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Kinabatangan

Famapoint...

Point to point.....
Meet at Famapoint!


Posted using BlogPress from my iPhone

Singgah segar....

Ah haa...
Ini pasti bukan
Singgah sahur....


Posted using BlogPress from my iPhone

Subuh nan damai....

Syukur....
Masih menikmati
Subuh nan damai....


Posted using BlogPress from my iPhone

Lorong Kehidupan...

Berkesempatan bertemu dengan teman-teman lama, tentunya jarang-jarang bertemu akan mengundang cerita panjang. Saling bertanya khabar, dan pelbagai perkembangan yang berlaku dalam kehidupan masing-masing. Ada perkara yang berlaku tidak seperti yang saya jangkakan selama ini. Sebaliknya, ada juga perkara yang saya jangkakan tetapi tidak berlaku sebenarnya.


Apa yang saya pasti, daripada apa yang kami bualkan, masing-masingpun mahu melakar kejayaan peribadi masing-masing. Caranya dan pendekatan sahaja yang berbeza. Perspektif tentunya juga berbeza. Sudut pandang itu pulalah yang akan mempengaruhi gaya berfikir dan bertindak. Harga dan saiz kejayaan dicapai juga diukur dengan cara-cara dan pendekatan masing-masing. Bukan berniat untuk membanding diri dan teman-teman. Namun, kelihatannya ada perkara yang akan membawa kita membandingkan diri dengan orang lain. Apatah lagi perkara yang kita jangkakan untuk kita capai, tetapi teman ini sudahpun berganjak dua tiga tapak kaki ke hadapan. Terasa amat tertinggal!.

Seketika saya merasakan mengapa harus begitu. Bukankah sewajarnya kita membuat lorong dan laluan sendiri. Hakikat bahawa setiap individu mempunyai keistimewaan dan kekurangan masing-masing segera saya perteguhkan. Baik pada orang lain, belum tentu baik pada saya, demikian sebaliknya, baik pada saya belum tentu baik pada orang lain. Kita wajar untuk melakar lorong dan laluan sendiri kerana yang penting pada hemat saya adalah keupayaan kita memberi makna kepada apa yang kita rencanakan. 

Tentulah amat kurang bijaksana andai meletakkan matlamat akhir dilorong dan laluan yang dipilih itu, sesuatu yang tidak baik apa lagi sesuatu perkara yang memudaratkan. Jika pencuri yang ’terpaksa’ mencuri walaupun dia menyedari perbuatannya mencuri itu memberi kesan yang tidak baik atau memudaratkan orang kena curi hartanya itu, namun seburuk-buruk si pencuri itupun masih meletakkan harapan yang baik sebagai justifikasi kenapa dia mencuri. Selemah-lemahnya....memikirkan sesuap nasi untuk mengalas perutnya kalaupun tidak keluarganya. Kalau si pencuri terfikir begitu, maka selayaknya bagi manusia yang waras terfikir lebih baik daripada itu. Agaknya begitu selayaknya!.

Saya konklusikan catatan ini dengan meletakkan keyakinan bahawa setiap inci kebaikan yang berjaya kita pakukan, pasti ada kebaikan yang menanti meski sebesar zarah cuma!. Suatu yang pasti, cari dan binalah lorong dan laluan kehidupan masing-masing kerana kita lebih arif daripada sesiapapun jua manusia di muka bumi ini, sekurang-kurangnya dalam hal ’apa yang kita mahu’. Agaknya benar begitu, anda fikirlah sendiri....

Friday, February 17, 2012

Senjakala...

Ketika serba berdua...
Langit dan bumi
Bersatu di ufuk barat
Siang dan malam
Bertemu di Senjakala...
Meski serba berdua....
Namun ada pemersatunya....






Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Al-Mubarak, Anjung Selera

Thursday, February 16, 2012

Game Over...

Yezza.....finally I'm here!



Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Lorong Api - Api 2,Kota Kinabalu,Malaysia

Penat Nikmat....

Hanya orang penat..
Yang tahu nikmatnya
Rehat.........



Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Pekan Ranau.

Mahir atau tidak.....bukan soalnya

Hari ini sempat bersama pelajar-pelajar Tingkatan 5, SMK. Abdullah 2, tentu sahaja sesi berdiskusi dengan mereka!. Saya akan perihalkannya kemudian.












Posted using BlogPress from my iPad

Location:Dewan Pelajar SMK. Abdullah 2

Tuesday, February 14, 2012

Purba Moden....


Penemuan bateri dari Baghdad, Iraq 
Pada 1930, ahli arkeologi Austria, Dr Wilhem Konig yang menjalankan kerja mencarigali di daerah Khujut Rabula, dekat Baghdad; menemui suatu objek aneh tertanam di tapak itu. Objek itu terdiri daripada silinder tembaga, batang besi serta aspal yang disusun dalam sebuah bekas tanah liat seperti tempayan kecil setinggi 14 sentimeter (sm) dan berdiameter lapan sm. Penyelidikan lanjutan mendapati objek aneh itu ternyata berfungsi seperti bateri malah bateri kuno itu dianggarkan berusia 2,000 hingga 5,000 tahun lalu! Penemuan menggemparkan itu secara tidak langsung mencabar sejarah berikutan bateri dikatakan pertama kali dicipta pada 1800 oleh Count Alessandro Volta. Penemuan itu juga secara tidak langsung menunjukkan masyarakat purba yang wujud 5,000 tahun lalu sudah menemui tenaga elektrik sekali gus ‘menafikan’ Michael Faraday sebagai individu pertama menemui induksi elektromagnetik dan hukum elektrolisis pada 1831. Uji kaji mendapati bateri kuno itu mampu menghasilkan tenaga elektrik antara 1.5 volt hingga dua volt. 


Sumber & Kredit : Teknologi Moden zaman dulu!

Monday, February 13, 2012

Akan muncul.....

Akan muncul platform baru untuk memuntahkan idea dan fikiran.......untuk saya dan anak murid saling bertemu dan melengkapi !....Tunggu.

Saturday, February 11, 2012

Zuhal, Musytari & Bumi

Kini dan ketika ini....












Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Kg. Bubul, Semporna

Friday, February 10, 2012

Sempat ke tak sempat?


Ada kesempatan, saya akan datang!. Seringkali kita bertembung dengan suasana ’tiada kesempatan’. Sempat dalam konteks yang bagaimana?. Sempat apa?. Kenapa tidak sempat?. Bagaimana boleh sempat?. Banyak lagi persoalan berkaitan yang merangkumi persoalan sempat tak sempat!.

Saya melihat ’Sempat’ dalam suasana terpilih. Ketika sibuk melakukan apa-apa tugas, tiba undangan atau ajakkan daripada teman-teman jauh dan dekat untuk menjemput bersama. Tentunya tidak berapa ’sukar’ untuk menolak undangan atau jemputan teman-teman yang agak kurang rapat. Sebaliknya amat sukar untuk menyatakan ’tidak’ kepada undangan teman-teman yang begitu rapat. Tetapi bukan isu terima undangan ini yang ingin saya perhitungkan. Punca ajakkan kita selalunya berkait-rapat dengan sempat tak sempatnya kita memenuhi undangan. Sejujurnya, saya sering bertembung dengan suasana ini. 

Ketika saya sibuk menyiapkan sesuatu tugasan, teman-teman menjemput untuk menghadiri kenduri-kendara, sedangkan masa yang ada sesuai digunakan untuk menyiapkan tugasan. Mahu tak mahu, kita mesti kreatif mengujudkan keadaan ’sempat’ untuk memenuhi pelbagai keperluan tersebut. Mesti sempat untuk menghadiri kenduri dan undangan teman-teman dan dalam masa yang sama sempat juga untuk menyiapkan tugasan yang dihantar kepada pihak yang berkenaan.

Pada tahap inilah, upaya menyediakan kesempatan itu ditagih. Secara peribadi, saya cenderung mengorbankan kepentingan peribadi saya, dan memenuhi undangan teman-teman jika berlaku dalam situasi seperti ini. Rasanya ’tugasan saya, saya boleh siapkan kemudian, tetapi undangan teman-teman akan terlepas....andai saya tidak dapat menghadirinya’, demikian kerangka fikir saya menghadapi situasi ini. Tugasan yang saya tanggung akan diselesaikan dengan pelbagai pendekatan. Tentunya akan menuntut pengorbanan masa, ikhtiar berfikir yang melampaui kebiasaan dan yang sering berlaku....masa senggang saya bersama anak-anak dan keluarga di rumah.  

Pendek kata, sempat tak sempatnya kita melakukan sesuatu acapkalinya dikawal oleh diri kita sendiri. Rasanya begitu!. Sungguhpun seringkali juga saya jarang mengambil kesempatan untuk sempat melakukan sesuatu, tetapi dalam situasi yang memerlukan, kita wajar menukar kesempatan yang ada agar kita sempat melakukan perkara yang dirasakan tidak sempat! Iya ka?

Utusan....

Bukan mudah menjadi utusan....





Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, February 8, 2012

Objektif Pengajaran...


Jika anda seorang guru, rasanya wajar memiliki buku kecil ini. Sungguhpun bukan perkara asing memperkatakan tentang objektif pengajaran pada seorang guru, namun buku ini memberi perspektif yang lebih memantapkan pemahaman kita terhadap pengajaran. Objektif pengajaran adalah asas kepada pengajaran yang berkesan. Pengajaran yang dirangka dengan baik, membolehkan kita mengenal pasti isi kandungan yang sesuai untuk pengajaran kita, mengatur pengajaran mengikut cara yang sebaik mungkin dan menyediakan alat bantu untuk memastikan dengan tepat sama ada pengajaran yang dijalankan telah mencapai matlamatnya atau tidak. 
Edisi ini memberikan panduan tentang cara menulis objektif yang membolehkan anda memilih isi kandungan dan kaedah terbaik untuk mencapai objektif. Buku kecil ini juga memberikan panduan kepada mereka yang baru belajar melalui proses pembelajaran. Selain itu, buku ini memberikan peluang yang lebih baik kepada pelajar untuk mencapai kejayaan dan menunjukkan segala nilai tentang apa yang diajar. 
Buku terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia dengan kerjasama UPSI ini adalah buku terjemahan dari tulisan asal Robert F. Mager, seorang penulis terkenal dalam dunia pendidikan. Buku kecil ini boleh dibeli secara online disini. Selamat Membaca!.

Tuesday, February 7, 2012

Ganymade, Io, Europa & Calisto

Langit sepanjang minggu ini, tentu tidak sunyi dari pemandangan indah angkasaraya. Menurut Falak Online, ada beberapa fenomena menarik dalam satu dua hari mendatang. Antaranya adalah kemunculan bulan-bulan planet Mustari dalam posisi yang boleh dilihat saling berdekatan.  Maklumat lanjut dan keterangan terperinci, kunjungi Laman Falak Online disini.



Sumber & Kredit Foto : Falak Online.