Sukar sangatkah berbudi bahasa?. Hari ini mungkin pemandangan biasa yang kita lihat di kaunter-kaunter hadapan pejabat-pejabat kerajaan yang dihias dengan begitu cantik dan kemas. Bersih dan tersusun rapi dengan pelbagai hiasan dan cogan kata.
"Kami sedia membantu", "berbudi dan berbahasa", "Anda keutamaan kami" dan pelbagai lagi cogan kata yang muluk-muluk dan serba indah dipamerkan dan menjadi penyambut tetamu yang menyapa pelanggan terlebih dahulu daripada petugas yang diamanahkan. Namun, gambaran itu hanyalah cantik pada perancangan dan pameran, namun kelihatan 'gagal' dalam pelaksanaan.
Ambil sahaja contoh yang kerap kita lihat di kaunter-kaunter pendaftaran yang menerima kunjungan pelanggan yang agar ramai pada setiap hari. Sudahlah pesakit itu menanggung kesakitan, layanan pegawai di kaunter hadapan pula tidak membantu menceriakan situasi yang ada. Malah, dalam sesetengah kes dihambur dengan kata-kata yang tidak wajar dan sepadan dengan usia pesakit.
Apakah yang boleh kita harapkan daripada gambaran suasana seperti ini?. Pada hemat saya, sungguhpun kita menyedari karenah dan beban kerja yang terpaksa ditanggung oleh mereka yang bertugas di baris hadapan, ia bukan alasan yang mewajarkan mereka mempamer raut wajah yang kaya riak bengis, marah dan rasa terpaksa. Hakikat yang harus tersemat dalam pemikiran mereka adalah tugas yang telah dipreskripsikan kepada mereka!.
Sebagai.........manusia, mahqam yang paling asas adalah menghormati manusia lainnya. Jika kita merasa amat malang, percayalah....ada lagi yang lebih malang. Demikian sebaliknya, jika kita merasa cukup hebat, ada lagi manusia yang jauh lebih hebat daripada kita. Lantas, dengan penuh rasa rendah diri, ayuh kita lebih toleransi, berani berkata tidak terutamanya kepada manusia yang tidak mengenali harga diri.
No comments:
Post a Comment