Pada ketika catatan inni dinukilkan, saya baru sahaja mengedit gambar-gambar yang saya ambil petang tadi. Sudah agak lama saya tidak 'mengusung' teleskop saya untuk mengembara ke angkasaraya. Selepas sembahyang maghrib, saya tertarik untuk melihat 'wajah' bulan sabit yang berseri-seri dan tersenyum lebar menyimbahkan cahayanya kepada permukaan bumi yang diselaputi kelam malam.
Sebagaimana biasa saya 'berjemaah' bersama anak-anak pergi ke halaman Seri Ilham dan mula memasangkan peralatan teleskop dan kamera Canon saya mendongak ke arah bulan yang sedang berkembag seri. Berbantukan perisian Stellarium, malam ini juga saya melanjutkan penjelajahan angkasaraya 'melawat-lawat' ke planet Mustari. Manalah tahu ada perubahan. Bulan Januari ini nampaknya planet Mustari mula senget kedudukannya berdasarkan SEB ( Garis Gelang Selatannya ). Kelihatan juga sedang dikelilingi 4 bulan yang sedang terang menyinari disekelilingnya ( berdasar ilmu kefahaman saya la ni, rujuk buku ). Tetapi saya tidak menangkap gambarnya. Esok malam nanti, jika cuaca mengizinkan, saya akan sambung eksplorasi ini.
Bersama catatan ini, nikmati beberapa keping gambar yang sempat saya rakamkan, maklum saja gambarnya kurang 'kelas' kerana diambil oleh seorang yang 'bawah sikit' daripada amatur. Haa...haa.... jom mulakan eksplorasi minda, menerobos suria.
No comments:
Post a Comment