Kenapa sering terjadi salah faham?. Kata majmuk ini pun terbina daripada 2 patah perkataan, salah dan faham. Tetapi dari sudut pemahaman makna, akibat daripada kefahaman yang tidak betul atau kurang tepat tentu sahaja akan menyebabkan kesalahan pemahaman.
Apakah natijah daripada salah pemahaman ini, kita boleh bayangkan sendiri. Jika situasi ini dipadankan kepada seorang pelajar, tentu sahaja pelajar ini akan menjawab salah soalan-soalan yang dikemukakan. Gagal tentu sahaja padanan yang sungguh tepat mencerminkan akibat kesalahan pemahaman.
Demikian halnya, jika situasi ini berlaku pada seseorang, tanpa mengira status dan hierarki, kesan dan akibat yang berpuncakan salah faham ini masih relevan untuk diperhalusi. Risikonya tetap sama!. Lantas lebih segar jika kita memilih untuk menjadi perantara atau DJ dalam bahasa muziknya.
Lebih bijaksana rasanya.........ya ka !
Lebih bijak rasanya jika kita memilih untuk memberi penerangan dan penjelasan untuk menjernihkan situasi yang ada. Atau selemah-lemahnya, janganlah kita berperanan menambah kusut lagi masalah yang sedia dihadapi. Penjelasan yang kita berikan kelak, walau apa sekalipun bentuk tentu akan mengendurkan sedikit 'ketegangan' yang ada, seterusnya merungkai kekusutan yang mungkin mencelarukan.
(Catatan yang diedit kemudian.... )
Location:Jalan Utama,Kunak,Malaysia
No comments:
Post a Comment