Petang tadi sempat meluangkan masa di Popular Books, Palm Square, Centrepoint. Tertarik untuk membeli sebuah buku travelog, Rindu Eropah Tawan Damascus. Sebuah travelog seorang pemuda berusia 21 tahun dengan menaiki kereta api, kapal laut, kapal terbang dan adakalanya terpaksa berjalan kaki. Kisah benar yang dilalui penulis dipaparkan secara telus ini boleh menjadi panduan kepada bakal pengembara.
Munir berhasrat menuju Eropah, tetapi akhirnya menetap dua tahun di Syria. Sebelum itu, Munir sempat menjejak Thailand, Singapura, India, Pakistan, Turki dan akhirnya berpeluang menunaikan fardu haji pada usia 22 tahun.
Seorang yang bersemangat waja dan bermotivasi tinggi. Ketika memulakan perjalanan hanya fasih berbahasa Inggeris, tetapi akhirnya berjaya menguasai bahasa Arab dan mendalami bacaan al-Quran. Munir yang mempunyai CHRS - Certificate in Hotel and Restaurant services dari ITM pernah bekerja sebagai peon dan wartawan. Dalam kembaranya, Munir pernah menjadi buruh kontrak dan menjadi chef di Hotel Meridien, Syria.
Karya ini mampu membuka minda bukan sahaja pelajar-pelajar jurusan perhotelan, seperti yang dinyatakan dalam ulasan buku ini di website, tetapi sesiapapun jua yang ingin melihat 'sesuatu' dari sudut yang diluar kebiasaan. Ayuh......kita baca buku terbitan Karangkraf ini.
- Posted using BlogPress from my iPad
Location:Jalan Tuaran,Kota Kinabalu,Malaysia
No comments:
Post a Comment