Tuesday, January 18, 2011

Cenderung......

Terasa benar penat setelah seharian dilapangan 'merintis jalan'. Luas juga denai yang telah diterangkan, dalam rangka menyediakan jalan yang lebih selesa dan lapang. Tentu sahaja laluan ini bukan untuk dilalui diri sendiri sahaja, tetapi 'diinfaqkan' juga untuk keluarga, dan anak-anak dan sesiapa sahaja yang berkongsi mimpi yang sama. Biarkan sahaja.......we make the roads, while others will journey!.

Daripada pengamatan mata yang semakin kabur dan rabun, saya mengekspresikan beberapa babak dalam kehidupan lebih 24 jam yang lalu. Saya berani membuat kenyataan umum bahawa kita berkecenderungan untuk 'menjangkakan' sesuatu yang tidak baik kepada seseorang yang lain. Kita cenderung bersangka buruk, kita cenderung sukar bekerjasama, kita cenderung mementingkan diri, kita cenderung menyukarkan keadaan...... Kita cenderung .........., cenderung........??

Saya simpulkan begini sahajalah, mengapa kita cenderung untuk perkara yang tidak menyeronokkan, tidak menggembirakan. Sukar sangatkah untuk kita cenderung melakukan perkara yang baik. Cenderung menolong, cenderung berbuat baik, cenderung senyum, cenderung bersangka baik dan pelbagai lagi kecenderungan yang positif dan lebih bermanfaat.

Ayuh.....pagi ini kita cenderung kepada perkara yang baik-baik sahaja!. Moga kita cenderung menjadi manusia yang berkecenderungan baik!.

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Kota Kinabalu,Malaysia

No comments: