Sudah seminggu sesi persekolahan bermula. Sudah tentu banyaklah benda baru yang hendak dibawa untuk dicurahkan kepada anak-anak murid. Cuma jadual mengajar masih tidak ‘stabil’ lantaran perpindahan beberapa orang rakan guru kembali ke tempat asal mereka masing-masing. Seingat saya, sepanjang lebih 17 tahun saya mengajar, guru tak pernah cukup!. Jangan ceritalah pasal opsyen, tetapi ‘hidup mesti diteruskan…….!’.
Sepanjang minggu lepas saya memasuki kelas, salah satu perkara yang saya war-warkan kepada anak-anak murid saya ialah hobi baru melihat angkasa lepas!. Bukannya apa…… saya sekadar cuba memberi perspektif baru yang mungkin mendorong semangat dan motivasi baru kepada mereka, agar belajar bersungguh-sungguh. Saya merasakan, awal tahun ini mesti digunakan untuk ‘memacak’ keazaman baru khususnya dalam usaha anak-anak murid kita untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan dan yang paling penting menjadi manusia berguna dan mempunyai perspektif positif dalam melihat kehidupannya!.
Saya sendiripun teruja melihat keajaiban alam ciptaan tuhan ini!. Semalam, saya meminta adik saya di KL membelikan telescope baru, selepas puas menjelajah laman web untuk mencari ‘teropong’ yang sudah lama saya idam-idamkan ini. Banyak jugalah yang saya pelajari sepanjang proses membeli telescope ini. Atas nasihat Mr. Alan, di Stargazer.com, maka saya membeli Telescope Orion Spaceprobe 130. Menurutnya inilah yang paling sesuai untuk ‘beginner astronomer’ seperti saya. Walaupun saya berbelanja sekitar RM2600.00 termasuk assesori tambahan telescope ini, tetapi saya lebih melihat ilmu dan manfaat dari pengetahuan melihat angkasaraya itu lebih mahal!.
Semalam adik saya di Kuala Kubu Baru menggunakan telescope ini untuk mencerap bulan penuh ( gambar bulan dibawah, yang dicerap semalam, muat-turun dari blog adik saya ) . Allahuakbar…..indahnya alam ciptaan Allah ini! Walaupun hanya dengan kamera telefon bimbit, tetapi gambar yang terhasil dari telescope ini cukup mengujakan!. Saya sangat ‘jealous’ melihat adik ( melalui blognya… ) dapat menggunakan telescope ini dulu daripada saya. Tak sabar sudah ni!. Apakan daya, telescope ini hanya akan sampai ke tangan saya seminggu dari sekarang ( kirim by hand melalui saudara saya yang balik kampong ). Insya-Allah, saya akan memasukkan gambar-gambar menarik planet lain yang berjaya dicerap dalam blog saya ini nanti. Teruslah melawat yee.....he he !
Paling mahal bagi saya, menghayati dan menginsafi alam ciptaan tuhan disamping memberikan pengetahuan dan pengalaman baru kepada anak-anak dan rakan saya, teristimewa pengunjung-pengunjung blog saya ini!. Kini....sudah ada kategori baru dalam blog saya, astronomi!. Sabarlah……

4 comments:
Apa yg "something interesting" di blog u?
Blog ini jarang diupdated. Mohon tolong cari artikal yg sesuai dgn thema messej yg ingin disampaikan melalui blog berikut:
http://suararumpunbumiputera.blogspot.com/ . Artikal boleh disalurkan melalui email : saa751r@streamyx.com
Drpd:
http://www.msgsabah.blogspot.com/
Berita Kepada Kawan
Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk di samping Ku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan
Ho ho ho ho... ho ho ho ho...
Tubuh ku terguncang dihempas batu jalanan
Hati tergetar menambah kering rerumputan
Perjalanan ini seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih
Ho ho ho ho.....
Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika kutanya mengapa
Bapa ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini
Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak kepada matahari
Tetapi semua diam tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit
CHORUS
Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanah ku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumpun yang bergoyang
Ho ho ho ho... ho ho ho ho...
( Lagu : Ebiet G. Ade - Lirik : Ebiet G. Ade )
Salam Perpaduan Kepada Dr. Tarapuly..
Terciptanya Blog ini dapat lagi menambah pengatahuan untuk membina jati diri dan rendah diri sesuatu insan...
dan untuk dilayari oleh insan yang hanya berminda kelas pertama sahaja....
Saya cukup percaya, perkataan insan yang berminda kelas pertama sukar diterjemakan ataupun diletakkan kepada sesuatu insan....
ini kerana setiap insan di bumi ini sukar dan susah untuk mempercayai ataupun meletakkan kehebatan pada seseorang...
yang ada hanya menjatuhkan seseorang..oleh itu dia bukanlah seorang pemimpin ataupun kata lain bukanlah seorang bintang (bukan artis)..
Agaknya saya tak telambat untuk mengucapkan "TAHNIAH" kepada pencipta blog ini..dan "SELAMAT TAHUN BAHARU 2009" kepada yang melawat blog Dr. Tarapuly ini.
TWU-BKI-MYY.
Sekadar Renungan:
" DAN hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah. DAN mereka yang demikian ialah orang yang berjaya."
Surah Ali Imran..ayat 104.
interesting picture...subhanallah..Nice blog! i will be a good follower to this blog.. be a active member...
Post a Comment