Thursday, January 29, 2009

Misteri Alam......

Saban waktu kita berhadapan dengan konflik diri atau konflik dengan sesiapa sahaja, termasuk alam semesta ini......tentunya akan 'memecahkan' kepala. Asas pertimbangan keputusan kita juga kekadang dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang menyangkut dinamika atau kepentingan diri.
Mungkin kita pernah berhadapan dengan situasi membuat keputusan yang terpaksa mengorbankan prinsip atau kepentingan kita. Sudah tentulah mahqam berfikir kita akan turut menjangkau memikirkan.......pelbagai faktor atau andaian-andaian sebagai risiko daripada keputusan yang kita buat.

Sedikit mengherankan apabila kita membuat keputusan, tidak semua keputusan yang kita buat menggembirakan kita. Sedangkan kita yang membuat keputusan, maka selayaknya kita merasa gembira dengan keputusan yang kita buat. Bagi saya, inilah misteri alam......yang saya maksudkan. Ya.....memanglah kita akan berhadapan dengan keadaan sebegini. Perhitungan mudah, kanak-kanakpun mungkin menggunakan plot berfikir yang sama.

Misteri alam inilah yang semestinya mencelikkan akal kita. Alam ini tidak wujud tanpa perlu manusia memikirkannya. Tidak akan berlaku keadaan........keputusan yang kita buat disenangi semua pihak, hampir pasti itu!. Hatta dalam membuat kebaikanpun, seringkali berlaku konflik atau polemik yang tajam, yang akhirnya polemik itu yang menutupi segala kebaikan atau maslahat yang tersembunyi disebaliknya.
Keadaan inilah yang meyakinkan saya bahawa, tidak semua benda didunia ini mampu kita miliki ( kemahuan kita..... ). Tetapi saya sering mendukung pemikiran, daripada tiada lebih baik ada!. Mahu tak mahu, kita kena membuat 'ranking' atau keutamaan sebagai asas membuat keputusan. Sebagai manusia normal, sudah tentulah kita cenderung memilih kombinasi keputusan yang berisiko paling rendah, atau paling kurang membawa mudharat kepada manusia atau selemah-lemahnya keputusan yang paling kurang mendapat bantahan daripada orang lain.
Begitupun......tiada jaminan!. Hanya, apabila kita membuat keputusan, bagi saya selayaknya kita mesti merasa gembira, walau mungkin sukar terpamer pada wajah kita.
Kita yakinlah......bahawa keputusan kita sudah mengambilkira kepentingan semua pihak, sudah meletakkan 'keutamaan' sebagai elemen penting keputusan, dan yang paling penting tidak bercanggah dengan hukum syarak, yang jelas halal dan haramnya!. Bagi saya, jika ini asasnya, saya menyeru kepada diri saya dan sesiapa sahaja yang sudi berfikir mengenainya, seharusnya kita gembira membuat keputusan kita. Segala kemelut yang berlaku sebelum dan selepas keputusan kita.........yakinlah bahawa ianya....sebahagian 'misteri alam'.

2 comments:

Anonymous said...

selain Allah, diketagorikan sebagai alam. Kita ini sebahagian daripada alam

nasmy said...

Alam juga adalah sebuah kitab. Kitab yang hidup yang mengajar dan mengingatkan kita betapa agungNya kebesaran dan kehebatan Allah sebagai Sang Pencipta..