Selepas sembahyang subuh, saya dan anak sulung saya, kakak Anis, bergegas mengangkat Telescope Orion SpaceProbe 130 ke laman Seri Ilham, mungkin kerana kemahiran sudah meningkat, kali ini 'setting' telescope cepat dan tepat. Saya dan anak-anak terus sahaja menghidangkan mata dengan pemandangan bulan......yang sungguh cantik!. Patutlah para pujangga dan sasterawan menjadikan bulan sebagai analogi menggambarkan 'kecantikan, keayuan, sang perindu, sabar dan setia menanti'. Apa yang pasti kini, aktiviti ini semakin mendapat minat keluarga saya. Jika semalam, ibu yang terbongkok-bongkok melihat 'eyepiece', pagi ini kami ditemani ayah, yang juga turut teruja dengan keindahan wajah bulan!. Esok, sabtu dan ahad, tentunya jadual pencerapan akan lebih kerap!. 26 Januari tentunya jauh lebih mengujakan lagi!. Pencerapan berterusan sehingga pagi.......... diserami simbahan cahaya mentari pagi!.
No comments:
Post a Comment