Mahu tak mahu…….hari ini kita sudah 9 hari meninggalkan tahun 2008. Sama ada kita bersedia atau tidak dengan situasi ini…….. tiada siapa yang peduli !.. Sebagai makhluk yang diberi ‘akal’ untuk berfikir, selayaknya kita menggunakan kelebihan ini sebijaksana yang mungkin….
Ada dikalangan kita yang bersikap sinistik terhadap peralihan tahun. Bagi mereka, tiada apa yang berbeza tahun yang sudah berlalu dengan tahun mendatang. Sedangkan secara hurufiahpun sudah jelas ‘perbezaan’ yang berlaku! Dulu 2008…….kini 2009!. Hujah yang kanak-kanak tadika pun…… pandai gunakan!. Tetapi jika kita mengangkat sedikit mahqam berfikir, yang pasti peralihan tahun ini membawa mesej yang cukup signifikan dengan ‘hayat’ kita. Bahasa Matematiknya, masa sudah semakin suntuk untuk kita memperlengkap persiapan menghadapi ‘perjalanan panjang’ hari esok!. Saya sebenarnya tidak berniat, mahupun cuba mendepani ‘bab akhir’ ini. Tetapi akhirnya kita perlu lebih realistik menanggapinya.
Bagi saya…..saya merasakan tidaklah terlalu jelek dan canggung untuk menggunakan peralihan tahun ini sebagai ‘titik mula’ menghiitung sesuatu. Tahun yang berlalu boleh menjadi tanda aras bagi tahun terkini. Sekali lagi jika kita menggunakan akal….terlalu banyak yang boleh kita fahami, andai kita cuba untuk menguliti bait-bait makna yang yersembunyi disebaliknya.
Saya tidak berniat untuk bersyarah…… tetapi memadai bagi diri saya sebagai ‘kad kuning’ kepada diri sendiri disamping menghisab apa yang telah saya sumbangkan. Setelah lebih kurang 192 jam kita menghirup udara di tahun 2009 ini, akhirnya saya memaksa diri melihat ‘wilayah’ sumbangan kita ( kalau semua apa telah saya lakukan …boleh dikategorikan sebagai sumbangan ! ).

Saya memilih untuk menghitung setiap kerja yang telah saya lakukan walau sebesar manapun saiznya. Atas pegangan setiap kebaikan akan menerima balasan….. Memang segalanya adalah dengan kudrat dan iradah dari Allah s.w.t. Tetapi tidak salah rasanya untuk kita menghitung manik-manik kebaikan itu untuk dijadikan ‘Baikonur Cosmodrome, Kazahstan’ melancarkan ‘soyuz’ diri 2009 ini.
Atas keyakinan ini, saya menyeru kepada diri dan kepada individu yang sama waktu dengannya, mari kita mengambil kesempatan sapaan udara januari 2009 ini dengan memperteguh keyakinan menyudahkan bagi 357 hari lagi dalam tahun ini, dengan azam mempertingkat dan memperbanyak amal sumbangan untuk maslahat diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara!. Tanpa terlalu nostalgik dengan kegagalan 2008, sebijaknya kita menapak denai 2009 dengan lebih berhati-hati tetapi penuh keyakinan!.
Sebagai ayah, selamat ‘memanusiakan’ anak-anak. Sebagai suami/isteri, selamat menjadi bergu yang tangkas. Sebagai guru, selamat mengajar anak-anak bangsa. Sebagai warganegara, selamat berkorban untuk nusa tercinta!. Sebagai hamba Allah s.w.t., selamat memakmurkan alam ini dengan penuh insaf dan taqwa. Jadilah diri kita…..manusia yang dirasai kehadirannya!
1 comment:
Hukum al-Quran, sunnah bertujuan pelihara keadilan
HUKUM ialah suatu ketetapan berdasarkan kepada al-Quran dan sunnah berkaitan dengan gerak laku insan yang mukallaf dalam semua perkara.
Hukum itu dikembangkan oleh ulama menerusi ijtihad dari semasa ke semasa.
Sesuatu hukum yang jelas sabit menerusi nas al-Quran dan sunnah tidak harus dipinda atau diganti dengan hukum lain berdasarkan ijtihad manusia atau pandangan mana-mana badan.
Justeru, ia adalah hukum yang tetap tanpa diberi ruang campur tangan manusia atas apa dakwaan sekalipun untuk meminda, menukar atau menggantikannya bagi tujuan memenuhi cita rasa mereka. Rasulullah SAW sendiri tidak dibenarkan Allah menukargantinya mengikut kemahuannya (Surah Yunus, ayat 15).
Bagi Muslimin dan Muslimat, Allah menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai pilihan sama sekali apabila Allah dan rasul-Nya menetapkan sesuatu keputusan (hukum) mengenai sesuatu perkara (Surah al-Ahzab, ayat 36) dan mereka hendaklah menerima keputusan itu dengan sepenuhnya (Surah al-Nisa, ayat 65).
Al-Quran dan hukumnya tetap dipelihara Allah daripada sebarang pindaan dan rombakan sehingga hari kiamat (Surah al-Hijr, ayat 9).
Kedudukan itu berbeza dengan hukum furu' yang berasaskan ijtihad ulama. Ia saja boleh dipinda, itu pun jika 'illah (sebab) yang mengikat hukum itu sudah berubah. Di sini saja terletaknya apa yang diistilahkan sebagai keserasian (murunah) hukum Islam yang dapat disesuaikan atau dipinda selaras peredaran masa dan perubahan tempat.
Tetapi keharusan itu tetap berdasarkan maslahah dan bebas daripada sebarang kepentingan individu atau kumpulan serta terikat dengan kawalan terhadap lima perkara utama syariah iaitu agama, nyawa, akal, keturunan/kehormatan diri dan harta benda. (Dr Yusuf Hamid al-'Alim, muka 203-548).
Justeru, kita tidak dibenarkan sama sekali meminda hukum yang diperuntukkan di dalam kitab suci al-Quran dan sunnah menerusi nasnya yang qat`i seperti hukum kewajipan menunaikan solat, puasa, haji, zakat, menjauhi riba, zina, tuduhan zina, minum arak, mencuri, merompak, menukar agama (murtad), melakukan pembunuhan, kecederaan, pengguguran, hukum-hukum kekeluargaan dan muamalat.
Dalam hubungan ini, kita hanya dituntut melaksanakan hukum berkenaan seperti dinaskan.
Tidak ada sesuatu hukum yang diperuntukkan al-Quran, sunnah dan ijtihad ulama yang menyentuh hubungan sesama manusia kecuali kerana ia bertujuan memelihara perkara itu dan menegakkan keadilan.
Hukum kekeluargaan, misalnya, bertujuan menyusun sebuah masyarakat cemerlang. Hukum berkaitan harta benda untuk memelihara hak pemilikannya supaya tidak dirampas atau dipindah milik secara tidak sah.
Hukum jenayah bertujuan memelihara agama, nyawa dan diri manusia, akal fikiran, keturunan, maruah diri, harta benda dan akidah supaya tidak diancam atau dicerobohi mana-mana pihak.
Apa yang dikatakan oleh sebahagian orang sebagai tidak adil dan menindas pihak tertentu adalah dakwaan yang hanya berdasarkan kepada tanggapan dan budaya asing yang memberi hak dan kebebasan tanpa batasan.
Hukum Islam hendaklah dilihat dari sudut ia adalah hukum Allah yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana dan Maha Adil dalam apa juga ketetapan-Nya.
Post a Comment