Cukup melucukan.......!. Semalam saya dan anak-anak, adik dan ibu saya berada di laman Seri Ilham ( rumah keluarga saya.. ) beramai-ramai sehabis sahaja waktu Isyak. Mencuba menggunakan Telescope Orion SpaceProbe 130 EG yang baru sampai semalam. Setelah siap dipasang segala yang patut pada telescope berkenaan, apa lagi kami pun cuba menggunakan.!
Ibu saya yang terikut-ikut gelagat anak dan cucu-cucunya, terbongkok-bongkok melihat 'eyepiece' mencari objek yang ingin diteropong. Bingkas bangun tegak kerana katanya.....tak nampak apa-apapun. He..he.... apa lagi cucu-cucunya tertawa melihat gelagat nenek mereka. Satu lagi situasi lucu...... selepas 'finder' dibetulkan dengan 'eyepiece', kerana lama sangat membongkok, adik saya, Karim mahu memanjangkan 'tripod'. Sayapun mengangkatlah telescope seberat 13 kilogram ini. Sehabis sahaja 'tripod' dikunci, kerana objek yang nak dicerap adalah bintang dilangit ( semalam langit sangat cerah.... ), bila sahaja telescope dihalakan ke arah sasaran, 'eyepiece' pula terlebih keatas sehingga tak boleh untuk melihat langsung!. Apa lagi...anak-anak pula mentertawakan kami!.
Nasib baiklah ada adik saya di Kuala Kubu Bharu yang boleh dihubungi untuk mendapatkan khidmat nasihat bagaimana menggunakan telecope ini, walaupun sudah disertakan manual penggunaan. Pengalaman yang dilalui itu jauh lebih berharga, kerana selepas itu saya amat yakin, kami akan bertambah mahir menggunakan telescope ini.
Lebih penting lagi, telescope ini rupanya menjadi satu lagi menu aktiviti untuk kami sekeluarga bersama, gembira dan ceria...... ini yang seronok sungguh ni!. Sesi pertama semalam lebih merupakan percubaan sahaja. Membiasakan diri apatah lagi dengan melihat objek secara terbalik, memang memeningkan kepala. Gambar objek yang menjadi 'target' semalam memanglah tak berapa cun, tapi bolehlah..... akan datang mungkin lebih baik kot!
Seperti kata Obama semalam, the greatness of our nation is never a given, it must be earned! Pengalamanpun samalah juga !
1 comment:
satu aktiviti dan pengalaman yang amat menarik..InsyaAllah saya akan ikut jejak Minda Dr. Tarapuly.... jadikan aktiviti baru ini dalam diary utama family saya satu ari nanti....hmm...... You are creative and have interesting idea...It's true...You are Dr. Tarapuly..he...he..
Post a Comment