Saturday, January 24, 2009

My Sifu......

Semalam, hari jumaat saya yang sangat penuh berisi!. Dari seawal subuh, mencerap bulan sabit dilangit yang cerah, paginya menghantar anak-anak ke sekolah dan kemudian terus ke Sekolah Agama Semporna untuk menandatangi buku rekod anak-anak. Alhamdulillah….pencapaian mereka membanggakan saya! Paling mengejutkan saya, pencapaian kakak Anis yang nampak meningkat dengan cukup ketara sekali.

Tetapi yang lebih istimewa semalam adalah ‘reunion’ saya dan beberapa rakan sekelas tingkatan 6 90/91 dan senior dengan guru kesayangan kami, Dr. Mohd. Suhaimi Mohd. Ali. Beliau menjadi ‘guru’ dibilik darjah, menjadi ‘polis’ di luar bilik darjah, menjadi ‘advisor’ ketika membuat program, menjadi ‘ayah’ ketika kita bermasalah, menjadi ‘motivator’ ketika kita buntu dan tak tahu apa-apa! Dikalangan rakan-rakan sekelas yang tinggal di asrama, Cikgu Suhaimi juga adalah ‘restoran tanpa bill!. he…he…. Mana taknya, hujung minggu….. kami yang tinggal di asrama akan menyerbu rumah cikgu Suhaimi untuk makan free! Maklum sajalah pelajar asrama…….!

Paling melankolik untuk dikenang, Cikgu Suhaimi menjadi ‘teman’ yang bukan sahaja boleh bergurau dan usik mengusik, malah kita terasa seolah-olah kita tidak bersama dengan guru. Kita terasa seperti seolah-olah bersama ‘teman sebaya’. Terpamer sungguh ‘caringnya’ beliau dengan pelajar-pelajarnya.
Ketika di luar bilik darjah, kita seperti teman sebaya, tetapi dibilik darjah, jangan cuba-cuba untuk tidak menyiapkan kerja yang ditugaskannya……!. Ketegasan beliau, dalam soal tugasan sekolah dan kerja rumah menjadikan kami semua rajin dan berhempas pulas menyiapkan ‘arahan’ kerja yang diberikannya…on time!.

Saya sendiri pernah ditugaskan beliau untuk mengumpul buku nota kelas saya dan dihantar kepadanya keesokkan pagi. Esoknya, saya hantar buku-buku nota berkenaan, tetapi bukan pada tempat dan masa yang beliau tetapkan. Masih segar terasa peristiwa itu……yang sebenarnya disebabkan beberapa orang rakan lambat menghantar maka sayapun lambat menghantarnya!. Cikgu Suhaimi mengambil buku-buku nota itu, dan membuangnya melalui tingkap!. Itulah pelajaran saya yang cukup berkesan tentang makna ‘menepati masa dan janji’. Sebab itu, semalam bila saya terlambat mengambil beliau di Hotel Seafest, saya telefon cepat-cepat……..takut kena marah lagi...he...he......

Pertemuan semalam mengubat kerinduan kepada semua suasana itu. Walaupun selalu saling berutus sms, tetapi kehadiran beliau ke Semporna semalam mesti dimanfaatkan!. Saya bertegas meminta untuk menghantar beliau ke Airport Tawau, walaupun sudah disediakan kenderaan oleh jabatan. Beliau berkunjung ke Semporna untuk tinjauan dan kaji selidik tentang Sekolah Berpusat Bum-bum, Semporna. Beliau kini bertugas di Bahagian Perancangan dan Pembangunan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Putrajaya.

Sengaja saya nukilkan coretan ini disini, terutama kerana saya mahu membuat segaran kepada semangat dan motivasi saya sebagai seorang guru. ‘Meniru’ untuk menjadi guru seperti Cikgu Suhaimi!. Saya tidak menafikan, kini sangat jarang ada guru seperti beliau, yang dedikasinya sebagai guru itu sehingga ke hari ini…..kepada kami yang sudah menjadi guru!. Pertemuan semalam berlangsung di Sedap Corner Balung. Antara yang hadir….Abang Arshad, Saudara Kisman, Sudirman dan Si Saud! Ini geng semalam. Sebelumnya…. geng dari kunak mengunjungi beliau di hotel. Sebelum dari itu lagi….geng dari Tawau juga mengunjungi beliau. Geng dari Semporna……nasib baik tidak ramai yang tahu!. Beliau sengaja tidak mahu ‘inform’ kehadirannya kesini! Begitulah……jika menjadi guru yang baik, dikenang sampai bila-bila.

Segala ‘pemberiannya’ selama ini tidak akan mampu terbalas!. Terima kasih, Cikguku! Hanya Allah s.w.t. yang tahu!. Perjuanganmu….insya-Allah, kami akan teruskan !

No comments: