Perbincangan dengan kawan-kawan lepak semalam bagi saya cukup bermakna untuk dinukilkan dalam blog……bagi sayalah!. Tanpa dipandu, isunya berlegar disekitar daerah kefahaman masing-masing. Sekaligus mempamer sudut pandang empunya diri dalam melihat sesuatu permasalahan. Meskipun perbincangan santai dan benar-benar dalam suasana lepak, tetapi bagi saya, perbincangan ini boleh dimahqamkan sebagai ‘dialog ilmiah’ walaupun tidak secara formal. Sedapat mungkin saya cuba mencari sudut sesuai untuk menanggapi isu dari perspektif yang positif dan membina.
Tanpa perlu untuk beradu pendapat dan mencari titik percanggahan, susuk bicara yang lebih positif dan bersifat membangun harus diimarahkan dalam sesi sebegini. Nada yang lebih lunak dengan lontaran fakta yang bernas disamping akur dengan kebenaran seharusnya menjadi elemen penting, yang mampu menyumbang kepada berjayanya 'sesi lepak' sebegini. Tanpa segan dan ragu....saya menganjurkan kepada rakan-rakan lepak saya agar mendukung 'mazhab berfikir' begini !. Alasannya mudah, tidak akan ada untungnya jika kita memilih untuk bertegang leher, menegakkan pendapat masing-masing........tetapi pada masa yang sama tiada kesediaan untuk menerima gugusan kebenaran yang mungkin terhimpun disebalik tutur bicara rakan dialog kita.
Isunya menyangkut pelbagai lapangan. Pertamanya, dorongan minima….., mungkin sekadar dua kosa kata pada kebanyakan kita. Tidak ramai yang menyedari bahawa kuasa dorongan minima pada yang menyedarinya adalah terlalu besar dan berpengaruh. Bahasa Agamanya.....lebih kurang, selemah-lemah iman!.
Isunya menyangkut pelbagai lapangan. Pertamanya, dorongan minima….., mungkin sekadar dua kosa kata pada kebanyakan kita. Tidak ramai yang menyedari bahawa kuasa dorongan minima pada yang menyedarinya adalah terlalu besar dan berpengaruh. Bahasa Agamanya.....lebih kurang, selemah-lemah iman!.
Sahabat saya mengutarakan pengalamannya mengajar dipelbagai sekolah, di pulau dan di tanah besar. Ombak laut Sulu menjadi laman permainan, bila turun ke sekolah, berkubang di sana hampir seminggu dan hanya pulang ke tanah besar pada setiap petang jumaat. Itupun menumpang dengan bot pelancongan yang berulang-alik dengan tanah besar untuk mengangkut pelancong atau mengambil bahan keperluan resort. Saya bingkas mencadangkan, kenapa tidak dicatatkan 'pengalaman' berharga tersebut. Tidak ramai yang tahu atau merasai pengalaman begini. Kalaupun tidak diterbitkan dalam bentuk buku, catatan blog seperti inipun sudah cukup baik. Sekurang-kurangnya, orang yang membacanya akan mendapat sedikit cebisan pengalaman itu,.......... guna memperkaya pengetahuan. Dorongan minimanya, pengalaman kita itu tidak akan hilang......bersama hilangnya kita. Daripada tiada...lebih baik ada!.
Mesej Pertama.
Mesej Pertama.
Buat dahulu apa yang kita mahu buat, selepas itu barulah kita komen, kritik atau lakukan pengubahsuaian dimana perlu.
Keduanya, sahabat saya membangkitkan cabaran menjadi guru yang kini semakin menirus dan tajam. Tirus dan tajam kerana disebalik gahnya pelbagai persediaan dan bahan bantuan mengajar dan belajar, gelombang kebobrokan akhlak dan sosial juga semakin rencam dan membimbangkan. Saya fokuskan hanya di medan pengaruh kita di sekolah, wajar untuk kita bertanya.......apakah yang telah saya sumbangkan kepada usaha 'mempertingkat' kualiti modal insan yang ada dibilik-bilik darjah yang kita masuki.
Sebab itu, kita tidak harus merasa kecewa sekiranya apa yang kita lakukan tidak mendapat sanjungan atau tidak popular dikalangan pelajar kita. Daya menegur dan mengajar tidak harus disempitkan hanya pada medan mengajar akademik semata-mata. Peluang luas terhidang, setiap kali kita memasuki kelas untuk kita 'membina modal insan' dengan menegur yang tidak patut, dan memuji apa yang patut. Selepas itu, barulah kita memulakan pengajaran akademik kita seperti biasa. Perlu kita sedari, pelajar kita juga manusia yang mempunyai perasaan!. Kuasa kita sebenarnya......terhad hanya kepada membantu mereka dengan asas pengalaman yang pernah kita lalui sendiri.
Sekurang-kurangnya.....kita telah memberi tahu mereka apa yang patut dan apa yang tidak patut mereka lakukan. Dorongan minimanya, bagi saya.....kita sudah melakukan sekelumit usaha untuk menjayakan modal insan!. Daripada tiada.....lebih baik ada !.
Mesej Kedua.
Jangan penat membuat kebaikan kerana belum tentu kebaikan itu diterima sebagai kebaikan, selagi manusia dibenarkan memberi tafsiran kebaikan.
Saya nukilkan bicara ini sempena hampir genapnya 33 hari kita menghirup udara tahun 2009 ini. Sedar atau tidak........gembirakah kita hari ini, semalam dan paling penting....har i esok!. Bersama kita memikirkannya....!
7 comments:
Ya Buat Sajalah......!
....Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu,
....Dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu.
BUAT KERJA
Laa Bro...
Sentuh pasal sahabat...
Payah nak kata sama ada org yg bersahabat dengan kita benar-benar ikhlas atau menyimpan sesuatu matlamat yang kita pun tidak mampu membacanya (ada udang di balik batu)
Lihat sahaja konflik politik di Perak.
Fikir-fikirkan
Krisis di Perak: Penjelasan Dari Sudut Undang-undang (Penyokong Pakatan Harap Baca)
Tindakan yang kurang waras
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Saya akan kemukakan fakta berlandaskan undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya tindakan meyaman sultan merupakan tindakan biadap dan tergopoh gapah. Menyedihkan apabila tajuk posting terbaru Anwar Ibrahim berbunyi : Constitutional crisis caused by the Sultan, yang jelas merujuk kepada DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan.
Mengapa Nizar Harus Letak Jawatan
Perlembagaan Persekutuan dalam artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang Dipertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa Sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat didalam perlembagaan. Namun Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak esklusif Sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan perlantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a)), kedua baginda mempunyai kuasa untuk TIDAK MEMBUBARKAN DEWAN PERWAKILAN (Parliament atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua Raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-raja.
Berikut merupakan provisio yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi berdasarkan Akta Interpretasi, ia diaplikasi kepada semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan perlembagaan persekutuan. Berbalik kepada perlembagaan di Perak, Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat. Klausa ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong Pakatan pembangkang. Benar seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan jika Menteri Besar itu masih mempunyai sokongan majoriti Dewan perwakilan. Tetapi jika keadaan sebaliknya, Sultan mempunyai hak untuk memecat MB.
Hung Parliament
“Hung parliament” bermaksud tiada majoriti jelas dalam sesebuah Dewan Rakyat atau DUN. Sebagai contoh, parti A mempunyai 89 kerusi dan parti B 88 kerusi, atau kedua-dua sama 89 kerusi, dalam situasi ini lebih elok diadakan pilihanraya semula kerana beza kerusi cukup tipis. Walaubagaimanapun tidak wujud situasi “hung parliament” di Perak ketika ini kerana BN memiliki majoriti 3 kerusi. Dan seperkara lagi yang harus diambil kira ialah jumlah kerusi yang terdapat di Perak ialah 59 kerusi. Perbezaan jelas dan tiada masalah kerana perbezaan ialah 3 kerusi daripada 59 kerusi merupakan suatu jumlah yang jelas.
3 ADUN Sudah jumpa Sultan
Anwar Ibrahim dan bekas speaker DUN Perak Sivakumar mahu mengadakan sidang khas DUN bagi menjalankan “vote of no confidence” terhadap Nizar. Untuk pengetahuan kedua-dua manusia di atas, perlembagaan tidak pernah menyebut bagaimanakah caranya untuk jelaskan “vote of no confidence” itu. Dalam kes Stephen Kalong Ninkan v Tun Abg Hj Openg & Tawi Sli (1966), sebuah surat ditandatangani oleh majoriti ADUN negeri Sarawak tidak diterima oleh mahkamah kerana ia dikatakan terdapat unsur penipuan dan tidak jelas. Tambahan pula tidak semua ADUN hadir ke persidangan khas terbabit. Ini menunjukkan bahawa surat ditandatangani boleh menjadi sah jika ia tidak terdapat unsur penipuan. Oleh itu, tidak disebut bagaimana cara “vote of no confidence” itu sewajarnya diadakan. Cukupkah dengan berjumpa dengan DYMM Sultan? Atau mengangkat tangan sebagai undian seperti kita lakukan untuk pilih ketua darjah dahulu? Atau dengan surat berserta tandatangan yang sah?
Oleh kerana ia tidak disebut, maka apa jua cara pun boleh diguna selagi ia boleh membawa perhatian DYMM ke atas isu terbabit. Saya difahamkan ketiga-tiga ADUN Bebas tersebut telah pun berjumpa mengadap ke-bawah Duli Tuanku untuk menyatakan pendirian mereka. Jangan dipersoalkan 28 ADUN BN yang lain kerana sudah tentu mereka menyatakan sokongan terhadap BN. Begitu juga 28 lagi ADUN Pakatan. Tumpuan kita seharusnya kepada 3 ADUN ini sahaja.
Perjanjian Yang Tidak Sah.
Saya juga difahamkan bahawa terdapat perjanjian tidak bertarikh ditandatangani oleh wakil-wakil Pakatan setelah menang dalam pilihanraya lalu. Perjanjian tersebut menyatakan mereka akan letak jawatan jika lompat parti. Persoalannya adalah ia tidak logik dan tidak sah dari segi undang-undang.
Artikel 10(1) (c) menyatakan hak warganegara untuk menyertai mana-mana persatuan, selagi ia berdaftar dan sah. Namun artikel 10(2)(c) menyatakan “parliament may by law impose on the right conferred by paragraph (c) of clause (1), such restriction as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality.”
Persoalannya disini adakah BN merupakan pertubuhan yang tidak bermoral dan mengancam keselamatan negara? Tidak bermoral kerana lompat parti? Dulu Nizar kata ia tidak salah dari segi undang-undang bukan?
Kesemua hujah diatas dibuat selepas saya merujuk kembali perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak. Tindakan Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan amatlah dialu-alukan demi membuktikan hujah saya diatas. Karpal tahu undang-undang ini, cuma oleh kerana beliau bertindak berkapasitikan posisi beliau sebagai pemimpin pembangkang, sudah tentu beliau tidak mahu mengalah. Datuk Ambiga Sreenevasan, President Bar Council dalam keterangannya kepada NSTP juga mengatakan Sultan mempunyai kuasa untuk memecat Nizar. Pakar perlembagaan dan pensyarah Fakulti Undang-undang UiTM, Prof Dr.Shad Saleem Faruqi dalam kenyataannya kepada Bernama juga bersetuju bahawa Sultan mempunyai kuasa esklusif terbabit.
Lebih menarik lagi, orang yang membuat keputusan ini ialah DYMM Sultan Azlan Shah sendiri yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara. Sudah tentulah beliau telah mengkaji terlebih dahulu akan kesahihannya. Siapa Karpal Singh?
Detik Terkena Batang Hidung Sendiri.
Suatu ketika dahulu Anwar kerap kali menyatakan bahawa beliau mahu merampas kuasa dengan beberapa ahli parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan. Kini situasi telah berubah. Anwar telan ludah sendiri. Kepada penyokong Pakatan yang tidak berpuas hati, terimalah hakikat bahawa ini merupakan proses demokrasi yang kamu semua pernah perjuangkan dahulu sebelum 16 September 2008.
Saya juga berharap kenyataan saya kali ini dapat menenangkan perasaan penyokong Pakatan yang marah dan kecewa. Terima lah hakikat bahawa kita masih bersultankan Melayu, bukan bertuankan Anwar Ibrahim. Kita masih berbudayakan Melayu dan Malaysia, bukan kurang ajar dan derhaka, dan ini semua berlaku diatas “kebenaran” undang-undang itu sendiri, dan bukan dengan sesuka hati DYMM Sultan Azlan Shah. Daulat Tuanku!
Siddiq Azani,
Fakulti Undang-undang UiTM Malaysia.
Perubahan Kerajaan - Baik Kalau Anwar Buat, Tapi Buruk Kalau Orang Lain?
Ab Jalil Backer
Penulis ingin mengucapkan tahniah kepada ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta ADUN Jelapang, Hee Yit Foong (DAP) yang bertindak menjadi wakil rakyat Bebas kerana hilang kepercayaan terhadap pemerintahan parti campuran PKR, Pas dan DAP.
Sungguhpun ada suara-suara yang menyarankan diadakan undang-undang anti lompat parti namun keputusan mereka adalah satu tindakan sah dan bermoral. Undang-undang dan Perlembagaan negara menjamin hak mereka sebagai wakil rakyat untuk membuat keputusan sedemikain.
Dari segi moral politik pun, tindakan mereka tiada salah sama seperti usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim mencari sokongan wakil rakyat parti lain untuk menubuhkan kerajaan.
Memang kita boleh bercakap soal "moral" kononnya rakyat sudah membuat keputusan berasaskan parti. Pandangan ini bukan sahaja tidak tepat malah mengelirukan. Apakah parti sahaja yang menjadi faktor pengundian dalam pilihan raya?
Demokrasi di Malaysia bukan sistem dua parti yang berasaskan pertentangan ideologi yang terang-terangan dan perbezaan polisi yang jelas sehingga keputusan dibuat berasaskan sokongan terhadap parti semata.
Di banyak tempat keputusan dibuat beradasarkan populariti calon, parti, marah atas sebab tertentu dan juga isu-isu tempatan.
Sistem demokrasi di Malaysia berasaskan mandat kepada perwakilan yang terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen. ADUN-ADUN ini yang menentukan siapa yang akan mereka beri kepercayaan menjadi Menteri Besar.
Demikian juga Ahli Parlimen juga yang diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memilih Perdana Menteri.
Parti politik hanya perantara bagi melicinkan isu pemilihan Menteri Besar dan Perdana Menteri bukan penentu kepada keputusan ini.
Jika Perdana Menteri yang dicalonkan oleh parti yang menang kerusi terbanyak gagal mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen, atau Menteri Besar gagal mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri maka akan terlucut jawatan beliau walaupun ia datang dari parti yang menguasai majoriti wakil rakyat.
Jika kita ingin bercakap soal undang-undang anti lompat parti mahu dilaksanakan ia harus juga merombak sistem pemilihan parti memerintah.
Ini kerana undang-undang anti lompat bertujuan melindungi kepentingan parti bukan kepentingan negara atau rakyat. Jika demikian jumlah wakil rakyat atau perwakilan dalam Dewan harus dibuat berdasarkan undi popular parti bukan mengikut kawasan seperti sekarang.
Parti pemerintah harus diberi kepada parti yang menang kerusi terbanyak bukannya parti yang berjaya mendapat sokongan teramai ahli Dewan. Ini bermakna BN harus kembali memerintah Selangor, Perak dan Kedah.
Menteri Besar dan Perdana Menteri harus dipilih dari parti yang menang kerusi terbanyak tanpa mengambil kira ia majoriti atau tidak.
Sehingga kita bersetuju untuk melaksanakan beberapa perubahan yang menjurus kepada pilihan raya berasaskan parti bukan calon, maka selagi itulah kita harus menerima hakikat bahawa mandat rakyat berasaskan dua faktor iaitu parti dan calon.
Dan rakyat juga telah memberi mandat kepada wakil mereka untuk membuat keputusan mengenai hal ehwal negara. Jika wakil rakyat dihalang dari mengadakan undi tidak percaya atau menyatakan hilang kepercayaan kepada kepimpinan kerajaan maka konsep wakil rakyat itu sendiri sudah tidak relevan.
Undang-undang anti lompat hanya sesuai jika sistem kita berasaskan perwakilan parti bukan wakil rakyat. Ini termasuk mewujudkan sistem referendum untuk setiap polisi baru kerajaan kerana ahli Dewan sudah tidak dianggap sebagai wakil rakyat tetapi lebih merupakan wakil parti.
Lebih mengelirukan, mengapa sekarang baru dipersoalkan mandat rakyat terhadap parti sedangkan ketika menubuhkan kerajaan campuran di Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor tidak pula dipersoalkan apakah rakyat memberi mandapat kepada PKR, Pas dan DAP untuk bergabung membentuk kerajaan?
Bukankah mereka bertanding atas logo atau lambang dan ideologi masing-masing yang berbeza?
Apakah pengundi Melayu di Perak dan Selangor yang mengundi PKR dan Pas dalam pilihan raya lalu memberi mandat kepada mereka membentuk kerajaan yang dikuasai oleh DAP?
Anehnya, ketika orang Melayu Perak tertekan dengan pelbagai keputusan kerajaan negeri boneka DAP, ada pula pemimpin Melayu UMNO bercakap soal moral lompat parti dan sebagainya.
Kepada pemimpin Melayu ini kita ingin bertanya kepentingan rakyat, orang Melayu dan agama Islam yang lebih utama atau populariti di kalangan kumpulan tertentu yang selalu sinis terhadap UMNO lebih penting?
Apa yang kita dapat selepas PRU12 -Melayu Bodoh , India naik kepala , Cina naik tocang
Oleh: Tepak Bersulam
Apa yang kita dapati dalam senario politik semenjak Pilihan raya UMUM yang lalu bukannya menguntungkan rakyat tetapi merugikan rakyat . Rakyat sepatutnya menumpukan kepada kerja dan kukuhkan ekonomi dipaksa terus berpolitik sepanjang masa , Pakatan Rakyat menang di 5 buah negeri dan merupakan satu kejutan dan satu improvement yang amat besar kepada pakatan pembangkang ini. Sayang sekali mereka tidak puas dengan kemenangan ini,mereka mahukan lebih dari apa yang telah rakyat berikan . Ketua Pembangkang bertambah ghairah dan bersikap tamak dan haloba.
Sekelip mata saja beliau mengidam dan mengimpikan kerusi Perdana Menteri. 16 September menjadi sasaran dan kerajaan secara paksa dan tanpa menghormati keputusan rakyat beliau mahu merompak kerajaan dari rakyat yang telah membuat keputusan, Malangnya ini semua tidak di izinkan oleh Allah SWT dan 16 Sept berlalu dengan cara yang paling mengaibkan sekali, Anwar terpaksa bersandiwara, tipu sana dan tipu sini.
Apa yang kita dapat dari kemenangan Pakatan Rakyat di 5 buah negeri. Orang Melayu jadi bertambah bodoh , orang India naik kepala , orang Cina naik tocang dan akhirnya orang Cina dapat apa yang mereka mahukan kerana orang Melayu dalam PR mahukan sokongan mereka dan kini BN sudah menjadi tidak popular dikalangan bangsa asing ini. Orang India pula naik tocang dan Menuntut hak mereka melalui keganasan dan orang Melayu dalam PKR terpaksa memberi dan menjadi boneka kepada parti bangsa Cina, Rata-rata yang untung adalah parti DAP. Pas hanya menjadi parti pak turut yang sentiasa dikudakan oleh parti lain, Keadilan pula menjadi parti Mat Jenin , pinjam kata Hadi Awang dengan Penasihat Parti ini sentiasa berangan-angan mahu menjadi Perdana Menteri dengan apa juga cara, malangnya cara beliau kini telah memakan diri dengan tumbangnya kerajaan pakatan rakyat di Perak.
PR KELIRU ANTARA DEFINASI ADIL DAN SAMA-RATA
————————————————————————–
Janganlah kerana setiap seorang mereka dijamin mendapat kebebasan bersuara dan kerana PR komentar dalam media alternatif, lalu kemelut ini dieksploitasikan dengan kaedah yang sinonim dengan PR iaitu memutar belitkan fakta sehingga ke tahap menyalahkan pihak yang tidak sebulu dengan pendapat mereka; memperlekehkan sistem demokrasi, menyalahkan Tuhan; meragui kredibiliti istana dan menimbulkan krisis perlembagaan, walhal semua itu bermula daripada kerakusan, ketamakan dan kegilaan PR mengganyang khazanah negeri.
Jom lihat dalam perspektif yang betul. Semua polemik ini adalah merupakan ribut dalam dalaman cawan kopi PR saja tetapi bukan ribut tropika yang melanda dan merenapkan apa saja. Yang keluar pakatan ialah ADUN PR dan dengan itu mereka kena belajar menerima hakikat iaitu jangan meyalahkan takdir dsbnya. Peraturan dewan negeri sudah jelas. Pihak Istana sudah jelas. Jangan salahkan lawan susulan kemerosotan kuasa yang dialami. Sedarlah bahawa hukum fizik menetapkan kalau satu pihak rugi maka sepatutnya pihak yang bertentangan mendapat keuntungan. Mana mungkin PR menafikan hukum alam.
Namun, tidak dinafikan yang PR berhak mendapat keadilan kerana ditinggalkan dalam keadaan habis madu sepah dibuang. Nasiblah. Itu adalah asam garam berpolitik. PR perlu matang dan tabah menghadapi dugaan. Ibarat kalau berlaku penceraian dalam perkahwinan, meskipun ada yang berasa tidak mendapat keadilan tetapi menjadi hak bagi salah satu pasangan atau kedua-duanya untuk meninggalkan bakhtera perkahwinan.
Berbalik kepada isu keadilan tadi ia harus bukan 100% menurut tafsiran PR sahaja. Rakyat (termasuk mereka yang tidak mengundi PR) juga mahu merasai keadilan, pihak lawan juga juga berhak mencium bau keadilan dan istana juga berhak mengecapi keadilan (iaitu menjalankan fungsi tanpa dipengaruhi oleh pihak berkepentingan termasuk PR) sehinggakan pihak media dan masyarakat dunia juga berhak disajikan dengan laporan yang adil.
HALUSI KENAPA ZIONIS MENGUASAI PERSEPSI DUNIA?
Otak adalah organ untuk menyimpan maklumat, memori, berfikir, beremosi dan berkhayal. Dari segi fungsinya otak terdiri daripada bahagian dan saluran yang berbeza dan atas sebab itu pemikiran yang dilahirkan adalah berbeza bergantung kepada bahagian atau gabungan bahagian-bahagian otak yang mana satu terlibat dalam proses berfikir.
Idealnya ialah berfikir secara bebas, rasional dan bernas. Begitu juga apabila menyatakan sesuatu pendapat dan pandangan, di situ juga ada pilihan agar kandungan atau buah fikiran itu lahir daripada juzuk akal yang tulen serta bebas daripada pengaruh, pencemaran atau kongkongan pihak, ideologi atau agenda tertentu.
Malangnya idealisme dalam kerangka kehidupan seharian seperti makan dan minum, berkawan, bersosial, berkomunikasi, berinteraksi, bermasyarakat, berpolitik dan bernegara adalah dikategorikan sebagai perkara yang indah khabar dari rupa. Logiknya idealisme hanya ujud dalam kalangan individu, puak atau organisasi yang ideal saja. Namun, berapa ramaikah yang benar-benar idealistik dalam meluahkan pandangan, rasa hati, nukilan hati atau pendapat ketika mengarang, berpidato, berdiskusi atau berdebat?
Realitinya bagaimana? Berapa peratuskah daripada nilai idealisme yang mampu diselitkan dalam pemikiran setiap individu? Atau berapa peratuskah daripada pemikiran individu itu yang terdedah kepada tarikan, penguasaan dan pengaruh luaran. Dan dalan konteks pengaruh luaran, banyak manakah keberkesanan pengaruh pihak tertentu (gerakan-gerakan yang mempunyai agenda tersembunyi) terhadap pemikiran individu dan umum?
Sedarkah kita tentang kemungkinan adanya gerakan-gerakan yang berselindung disebalik topeng-topeng sosial, politik, masyarakat sivil atau agama yang mempunyai matlamat khusus iaitu menguasai dan menggembeling pemikiran golongan massa bagi tujuan tertentu? Harapannya ialah supaya golongan sasaran (berdasarkan persamaan ras, status sosial, politik dan agama) dapat berkongsi nilai, paradigma dan hala tuju yang sama dengan pihak yang mempunyai agenda ini.
Bagi pihak yang mempunyai agenda, niat mereka itu mudah dicapai seandainya setiap isu dan polemik dinilai dan diukur dengan kayu ukur dan unit universal yang mudah mendapat penerimaan dari kalangan pihak sasaran. Oleh kerana keuniversalan adalah nilai yang dekat di hati banyak pihak oleh itu tidak hairanlah nilai-nilai ini sering dijaja atau dijadikan umpan bagi mempengaruhi pemikiran dan seterusnya menambat hati umum.
Hasrat tersirat golongan yang beragenda mudah tercapai kalau golongan sasaran dapat menerima momokkan dan pendakyahan terhadap keruncingan tertentu terutamanya kelangsungan ekonomi, budaya, sosial, pendidikan dan agama. Golongan sasaran mudah termakan hujahan yang mereka harus tidak bercerai berai tetapi sebaliknya harus berkongsi pendirian, pegangan dan matlamat yang satu.
Golongan sasaran boleh dibasuh otak mereka lalu dimasukkan warna dan corak pemikiran baru. Naluri semula jadi manusia yang tertarik kepada watak hero dan super hero dan kebencian terhadap watak iblis dan syaitan boleh dieksploitasi supaya golongan sasaran berasa terancam dan oleh itu terdapat keperluan (kononnya) bagi mereka untuk bernaung di bawah satu kuasa (merujuk kepada golongan beragenda) yang mampu membawa mereka keluar daripada ancaman berkenaan.
Apabila ini berjaya, langkah golongan beragenda seterusnya ialah supaya pandangan definitif, objektif dan kolektif mereka dipersepsikan sebagai mewakili pandangan masyarakat keseluruhannya meskipun mereka hanyalah mewakili golongan yang lebih kecil.
Golongan beragenda hanya perlu menunjukkan seolah-olah apabila memberikan pendapat, ia harus dipihak yang benar dan tidak ada agenda lain melainkan mencari kebenaran. Dengan itu harapannya ialah agar umum terpedaya dan beranggapan bahawa golongan beragenda adalah golongan yang lurus dan berupaya memimpin umum atas landasan yang lurus kononnya.
Apa yang tidak kena ialah agenda yang terselindung. Meskipun nampak seperti membawa kepada isu kesejagatan tetapi perjuangan golongan beragenda mengarah kepada kepentingan yang sempit, kendiri dan rasis. Kini, dengan sedikit penguasaan terhadap pemikiran dan persepsi umum, dapatlah mereka menyalurkan kekuatan ini untuk menyokong agenda politik, sosial dan agama mereka.
Atas sebab itulah dalam keadaan pendapat mereka adalah tidak betul, paradoks dan dan berkontradiksi dengan pendapat yang mereka berikan sebelum itu, umum masih melihat mereka sebagai golongan yang lurus lagi betul. Ironinya, apabila golongan beragenda terang-terangan terpalit dengan kekotoran dan pencemaran imej dan tingkah laku, umum yang telah terpengaruh dengan putar belit dan permainan psikologi golongan beragenda, masih boleh berkata yang PR (Pakatan Rambo) masih bercakap bersih dan suci walhal ianya tidak.
Dalam perkataan lain, walau apapun isunya, tidak kira sama ada Pakatan Rakyat (iaitu alat untuk menjayakan agenda golongan beragenda) berada di pihak yang benar ataupun dipihak yang salah, mereka akan pastikan yang hujah-hujah mereka yang kini menguasai dunia penulisan dan komentar dalam dunia siber akan terus berpihak kepada Pakatan Rakyat. Ini adalah satu contoh bagaimana kelebihan anugerah Tuhan disalurkan secara negatif. Implikasinya sedikit sebanyak menggusarkan wilayah nusantara yang mana komposisinya majmuk.
Adalah tidak masuk akal yang waras apabila golongan beragenda dalam keadaan yang bersihpun mereka mendapat sokongan dan dalam keadaan yang kotor dan keji sekalipun mereka tetap mendapat sokongan. Ini bukan mudah terbina tanpa adanya elemen kebijakan dalam membohongi dan memanipulasi sentimen serta persepsi umum.
Tidak mengapa kalau golongan beragenda mahu menonjolkan imej bersih PR dalam isu yang menampakkan PR sememangnya bersih. Tetapi, sekiranya imej PR mengalami pencemaran seperti dalam isu rasuah, penjualan arak, AP melompat parti, mengambil alih kerusi PM secara tidak demokratik dan perebutan jawatan MB, apakah mereka masih mahu dianggap sebagai ‘dewata’ atau ‘lembu suci’?
Setakat ini golongan beragenda tahu yang mereka telah separuh berjaya dalam melaksanakan misi mereka dan mereka tidak akan berhenti sehinggalah semua orang turut terpengaruh dengan agenda politik, sosial dan agama mereka. Tugas mereka seterusnya tidaklah semudah itu tetapi menjadi lebih mudah apabila ada laman blog (yang mendapat sambutan ramai) yang sepatutnya mendedahkan kelemahan dan agenda keji pembangkang, yang sepatutnya membela hala tuju politik bangsanya sendiri, yang sepatutnya membela agamanya sendiri tetapi sebaliknya, sama ada secara sedar dan tidak sedar telah menjadi alat kepada golongan beragenda untuk memperluaskan lagi pengaruh negatif mereka.
Post a Comment