Thursday, January 29, 2009

Misteri Alam......

Saban waktu kita berhadapan dengan konflik diri atau konflik dengan sesiapa sahaja, termasuk alam semesta ini......tentunya akan 'memecahkan' kepala. Asas pertimbangan keputusan kita juga kekadang dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang menyangkut dinamika atau kepentingan diri.
Mungkin kita pernah berhadapan dengan situasi membuat keputusan yang terpaksa mengorbankan prinsip atau kepentingan kita. Sudah tentulah mahqam berfikir kita akan turut menjangkau memikirkan.......pelbagai faktor atau andaian-andaian sebagai risiko daripada keputusan yang kita buat.

Sedikit mengherankan apabila kita membuat keputusan, tidak semua keputusan yang kita buat menggembirakan kita. Sedangkan kita yang membuat keputusan, maka selayaknya kita merasa gembira dengan keputusan yang kita buat. Bagi saya, inilah misteri alam......yang saya maksudkan. Ya.....memanglah kita akan berhadapan dengan keadaan sebegini. Perhitungan mudah, kanak-kanakpun mungkin menggunakan plot berfikir yang sama.

Misteri alam inilah yang semestinya mencelikkan akal kita. Alam ini tidak wujud tanpa perlu manusia memikirkannya. Tidak akan berlaku keadaan........keputusan yang kita buat disenangi semua pihak, hampir pasti itu!. Hatta dalam membuat kebaikanpun, seringkali berlaku konflik atau polemik yang tajam, yang akhirnya polemik itu yang menutupi segala kebaikan atau maslahat yang tersembunyi disebaliknya.
Keadaan inilah yang meyakinkan saya bahawa, tidak semua benda didunia ini mampu kita miliki ( kemahuan kita..... ). Tetapi saya sering mendukung pemikiran, daripada tiada lebih baik ada!. Mahu tak mahu, kita kena membuat 'ranking' atau keutamaan sebagai asas membuat keputusan. Sebagai manusia normal, sudah tentulah kita cenderung memilih kombinasi keputusan yang berisiko paling rendah, atau paling kurang membawa mudharat kepada manusia atau selemah-lemahnya keputusan yang paling kurang mendapat bantahan daripada orang lain.
Begitupun......tiada jaminan!. Hanya, apabila kita membuat keputusan, bagi saya selayaknya kita mesti merasa gembira, walau mungkin sukar terpamer pada wajah kita.
Kita yakinlah......bahawa keputusan kita sudah mengambilkira kepentingan semua pihak, sudah meletakkan 'keutamaan' sebagai elemen penting keputusan, dan yang paling penting tidak bercanggah dengan hukum syarak, yang jelas halal dan haramnya!. Bagi saya, jika ini asasnya, saya menyeru kepada diri saya dan sesiapa sahaja yang sudi berfikir mengenainya, seharusnya kita gembira membuat keputusan kita. Segala kemelut yang berlaku sebelum dan selepas keputusan kita.........yakinlah bahawa ianya....sebahagian 'misteri alam'.

Tuesday, January 27, 2009

Gerhana…..oh gerhana !

Semalam, perasaan saya berbaur citra, sedih ada, gembirapun ada, rasa kudus dan kerdilpun ada, rasa ‘haprak’ pun ada dan entah rasa apa lagi……….lebih dari masakan 3 rasa agaknya! Dari malam semalam bertemu dengan kawan lama yang berkunjung ke Semporna untuk menguruskan tempat tinggal adiknya yang ditempatkan disini sehingga membawa ke hari semalam, persiapan mencerap gerhana!

Saya hanya dapat kata…..begitulah ‘amateur astronomer’ (kalau layak dipanggil la...). Sudahlah belajar dulu belajar aliran sastera, kini nak menjelajah bidang sains angkasa pula. Memang banyaklah yang perlu dipelajari........ Semangat saja yang lebih sebenarnya. Saya menunggu tarikh 26 Januari sejak seawal saya membeli telescope Orion awal bulan ini. Apabila saya ‘download’ artikel Gerhana Matahari Separa, yang disediakan oleh bahagian Angkasa, Planetarium Negara…..rasa teruja saya makin bertambah. Sehinggalah kelmarin, saya berusaha mendapatkan ‘filter solar’ walaupun dengan harga yang agak mahal, tetapi kebanyakkan kedai yang menjual ‘barang berkenaan’ tidak mempunyai stok, dan jika mahu mereka akan ‘order’ dari luar Negara. Tentulah prosesnya mengambil masa yang lama.!

Akhirnya, lebih kurang jam 2.00 petang kelmarin, saya dan adik Karim, anak saya, Anis Aishah dan Anis Ilyana serta anak buah saya, Misra……memulakan pendakian ke puncak Muzium Terbuka Bukit Tengkorak, di Semporna. Niat hati nak merakamkan kejadian alam, gerhana separa ini. Sayangnya, tiada apa yang boleh dirakamkan…..kerana ketiadaan ‘filter solar’ tersebut. Saya hanya terfikir gunakan filem X-ray, tetapi bayangkan jika terpaksa bergegas ‘turun’ dari bukit……memang tak sempat punya!. Akhirnya saya pasrah……….kali ini saya tak berjaya! Itu yang saya kata rasa kecewa dan sedih! Untuk memujuk hati, saya berazam, jika ‘filter solar’ telah ada, saya akan merakamkan ‘wajah matahari’ walau bukan masa gerhana sekalipun. Gambar yang saya muatkan dalam entry ini saya copy dari laman astronomi lain.

Sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Tengkorak, yang kini sudah mempunyai pelbagai kemudahan seperti tangga, jejambat dan pondok rehat, saya mengimbas kembali kisah silam. Perjalanan pertama saya ke puncak Bukit Tengkorak ini, masih ingat lagi ketika itu saya di darjah 2. Pada ketika itu, sekolah saya mengadakan rombongan ekspedisi mendaki bukit tengkorak! Bukan main lengkap persediaannya. Kononnya pendakian kali pertama dan melalui jalan denai sahaja pada ketika itu. Ibu saya melarang keras saya menyertai rombongan, tetapi bila diberitahu ini rombongan anjuran sekolah…ibu saya mengalah!

Pendekkan cerita, kini kisah itu sudah lebih 30 tahun berlalu. Saya mula bersekolah pada 1979. Lewat masuk sekolah kerana asyik ikut ayah berpindah-randah. Hakikat, masa berlalu begitu pantas, tidak dapat dinafikan. Semenjak berjinak-jinak dengan hobi mencerap angkasaraya ini, sangat pasti bahawa putaran alam begitu cepat berlalu. Beberapa hari berlalu ketika mencerap bulan, terasa sangat peredaran bulan begitu cepat. Demikian pengalaman mencerap gerhana kelmarin, peredaran matahari begitu cepat berlalu. Lalu apa mesejnya!.......

Jika kita berfikir…… perjalanan kita nampaknya semakin singkat. Singkat, agaknya bukan disebabkan perjalanan kita sudah semakin pendek, tetapi kita terlalu banyak membuang masa ( agaknya ) melakukan perkara yang tidak menyumbang kepada perlakuan masa diurus dengan baik. Gagasan pada pembangunan diri harus lebih diperkemaskan, dan dalam masa yang sama harus memanfaatkan ruang dan peluang yang ada untuk mengukirkan sebanyak mungkin sumbangan dan pengorbanan.

Idea asalnya, kita bangunkan diri kita sendiri hingga berjaya dalam apa lapangan sekalipun ( sesuai dengan kemampuan dan keupayaan kita ) kerana dengan kejayaan itu nanti, kita boleh memberi sumbangan yang bermakna bukan sahaja pada diri, keluarga, agama, bangsa dan negara!.........tak kiralah berapapun saiznya!.
Petang inipun ( semasa entry ini ditulis.. ) saya menonton rancangan National Geografic Channel (NGC) - Second from disaster. Dokumentari kemusnahan kapal angkasa Columbia, semasa memasuki semula atmosfera bumi cukup mengagumkan. Fenomena Solar Eclipse semalampun, sebenarnya keajaiban alam yang tidak harus 'dilepaskan'. Benarlah....semua kejadian alam ini, wujud dan dicipta untuk kita berfikir, tentang adanya kuasa tuhan yang mentadbir seluruh alam semesta ini. Kita sebenarnya terlalu kerdil......dan selayaknya kita tahu meletakkan kedudukan kita, sebagaimana kerdil semut dengan manusia. Bersamalah berfikir mengenainya.......!

Saturday, January 24, 2009

My Sifu......

Semalam, hari jumaat saya yang sangat penuh berisi!. Dari seawal subuh, mencerap bulan sabit dilangit yang cerah, paginya menghantar anak-anak ke sekolah dan kemudian terus ke Sekolah Agama Semporna untuk menandatangi buku rekod anak-anak. Alhamdulillah….pencapaian mereka membanggakan saya! Paling mengejutkan saya, pencapaian kakak Anis yang nampak meningkat dengan cukup ketara sekali.

Tetapi yang lebih istimewa semalam adalah ‘reunion’ saya dan beberapa rakan sekelas tingkatan 6 90/91 dan senior dengan guru kesayangan kami, Dr. Mohd. Suhaimi Mohd. Ali. Beliau menjadi ‘guru’ dibilik darjah, menjadi ‘polis’ di luar bilik darjah, menjadi ‘advisor’ ketika membuat program, menjadi ‘ayah’ ketika kita bermasalah, menjadi ‘motivator’ ketika kita buntu dan tak tahu apa-apa! Dikalangan rakan-rakan sekelas yang tinggal di asrama, Cikgu Suhaimi juga adalah ‘restoran tanpa bill!. he…he…. Mana taknya, hujung minggu….. kami yang tinggal di asrama akan menyerbu rumah cikgu Suhaimi untuk makan free! Maklum sajalah pelajar asrama…….!

Paling melankolik untuk dikenang, Cikgu Suhaimi menjadi ‘teman’ yang bukan sahaja boleh bergurau dan usik mengusik, malah kita terasa seolah-olah kita tidak bersama dengan guru. Kita terasa seperti seolah-olah bersama ‘teman sebaya’. Terpamer sungguh ‘caringnya’ beliau dengan pelajar-pelajarnya.
Ketika di luar bilik darjah, kita seperti teman sebaya, tetapi dibilik darjah, jangan cuba-cuba untuk tidak menyiapkan kerja yang ditugaskannya……!. Ketegasan beliau, dalam soal tugasan sekolah dan kerja rumah menjadikan kami semua rajin dan berhempas pulas menyiapkan ‘arahan’ kerja yang diberikannya…on time!.

Saya sendiri pernah ditugaskan beliau untuk mengumpul buku nota kelas saya dan dihantar kepadanya keesokkan pagi. Esoknya, saya hantar buku-buku nota berkenaan, tetapi bukan pada tempat dan masa yang beliau tetapkan. Masih segar terasa peristiwa itu……yang sebenarnya disebabkan beberapa orang rakan lambat menghantar maka sayapun lambat menghantarnya!. Cikgu Suhaimi mengambil buku-buku nota itu, dan membuangnya melalui tingkap!. Itulah pelajaran saya yang cukup berkesan tentang makna ‘menepati masa dan janji’. Sebab itu, semalam bila saya terlambat mengambil beliau di Hotel Seafest, saya telefon cepat-cepat……..takut kena marah lagi...he...he......

Pertemuan semalam mengubat kerinduan kepada semua suasana itu. Walaupun selalu saling berutus sms, tetapi kehadiran beliau ke Semporna semalam mesti dimanfaatkan!. Saya bertegas meminta untuk menghantar beliau ke Airport Tawau, walaupun sudah disediakan kenderaan oleh jabatan. Beliau berkunjung ke Semporna untuk tinjauan dan kaji selidik tentang Sekolah Berpusat Bum-bum, Semporna. Beliau kini bertugas di Bahagian Perancangan dan Pembangunan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Putrajaya.

Sengaja saya nukilkan coretan ini disini, terutama kerana saya mahu membuat segaran kepada semangat dan motivasi saya sebagai seorang guru. ‘Meniru’ untuk menjadi guru seperti Cikgu Suhaimi!. Saya tidak menafikan, kini sangat jarang ada guru seperti beliau, yang dedikasinya sebagai guru itu sehingga ke hari ini…..kepada kami yang sudah menjadi guru!. Pertemuan semalam berlangsung di Sedap Corner Balung. Antara yang hadir….Abang Arshad, Saudara Kisman, Sudirman dan Si Saud! Ini geng semalam. Sebelumnya…. geng dari kunak mengunjungi beliau di hotel. Sebelum dari itu lagi….geng dari Tawau juga mengunjungi beliau. Geng dari Semporna……nasib baik tidak ramai yang tahu!. Beliau sengaja tidak mahu ‘inform’ kehadirannya kesini! Begitulah……jika menjadi guru yang baik, dikenang sampai bila-bila.

Segala ‘pemberiannya’ selama ini tidak akan mampu terbalas!. Terima kasih, Cikguku! Hanya Allah s.w.t. yang tahu!. Perjuanganmu….insya-Allah, kami akan teruskan !

Friday, January 23, 2009

Bulan...oh..bulan !

















Selepas sembahyang subuh, saya dan anak sulung saya, kakak Anis, bergegas mengangkat Telescope Orion SpaceProbe 130 ke laman Seri Ilham, mungkin kerana kemahiran sudah meningkat, kali ini 'setting' telescope cepat dan tepat. Saya dan anak-anak terus sahaja menghidangkan mata dengan pemandangan bulan......yang sungguh cantik!. Patutlah para pujangga dan sasterawan menjadikan bulan sebagai analogi menggambarkan 'kecantikan, keayuan, sang perindu, sabar dan setia menanti'. Apa yang pasti kini, aktiviti ini semakin mendapat minat keluarga saya. Jika semalam, ibu yang terbongkok-bongkok melihat 'eyepiece', pagi ini kami ditemani ayah, yang juga turut teruja dengan keindahan wajah bulan!. Esok, sabtu dan ahad, tentunya jadual pencerapan akan lebih kerap!. 26 Januari tentunya jauh lebih mengujakan lagi!. Pencerapan berterusan sehingga pagi.......... diserami simbahan cahaya mentari pagi!.

Thursday, January 22, 2009

Moon on 22 January !

Pagi tadi....sebelum menghantar anak-anak ke sekolah, sempat juga saya mencerap bulan sabit yang muncul ceria pagi. Hari-hari sebelumnya, memandangkan sering hujan maka aktiviti mencerap tidak dapat dijalankan. Anda lihat sendiri, Telescope Orion SpaceProbe 130 EG dengan Kamera Canon Powershoot A2000 IS mengambil gambar bulan sabit yang cantik ini.

Gambar tak berapa elok, tapi jika melihat terus dari 'eyepiece' telescope........subhanallah! Cantik sungguh permukaan bulan dengan simbahan cahaya matahari pagi khamis ini!.

Anak-anakpun tidak ketinggalan melhat sendiri permukaan bulan, hinggakan adik eying, hampir ketinggalan kereta sewanya ke sekolah agama kerana asyik melihat wajah ceria bulan sabit. Cerapan ini menambahkan lagi iltizam saya untuk merakamkan gambar-gambar yang lebih cantik... Tunggu dan sabarlah......!.

Wednesday, January 21, 2009

Another Learning by experience...!

Cukup melucukan.......!. Semalam saya dan anak-anak, adik dan ibu saya berada di laman Seri Ilham ( rumah keluarga saya.. ) beramai-ramai sehabis sahaja waktu Isyak. Mencuba menggunakan Telescope Orion SpaceProbe 130 EG yang baru sampai semalam. Setelah siap dipasang segala yang patut pada telescope berkenaan, apa lagi kami pun cuba menggunakan.!

Ibu saya yang terikut-ikut gelagat anak dan cucu-cucunya, terbongkok-bongkok melihat 'eyepiece' mencari objek yang ingin diteropong. Bingkas bangun tegak kerana katanya.....tak nampak apa-apapun. He..he.... apa lagi cucu-cucunya tertawa melihat gelagat nenek mereka. Satu lagi situasi lucu...... selepas 'finder' dibetulkan dengan 'eyepiece', kerana lama sangat membongkok, adik saya, Karim mahu memanjangkan 'tripod'. Sayapun mengangkatlah telescope seberat 13 kilogram ini. Sehabis sahaja 'tripod' dikunci, kerana objek yang nak dicerap adalah bintang dilangit ( semalam langit sangat cerah.... ), bila sahaja telescope dihalakan ke arah sasaran, 'eyepiece' pula terlebih keatas sehingga tak boleh untuk melihat langsung!. Apa lagi...anak-anak pula mentertawakan kami!.

Nasib baiklah ada adik saya di Kuala Kubu Bharu yang boleh dihubungi untuk mendapatkan khidmat nasihat bagaimana menggunakan telecope ini, walaupun sudah disertakan manual penggunaan. Pengalaman yang dilalui itu jauh lebih berharga, kerana selepas itu saya amat yakin, kami akan bertambah mahir menggunakan telescope ini.

Lebih penting lagi, telescope ini rupanya menjadi satu lagi menu aktiviti untuk kami sekeluarga bersama, gembira dan ceria...... ini yang seronok sungguh ni!. Sesi pertama semalam lebih merupakan percubaan sahaja. Membiasakan diri apatah lagi dengan melihat objek secara terbalik, memang memeningkan kepala. Gambar objek yang menjadi 'target' semalam memanglah tak berapa cun, tapi bolehlah..... akan datang mungkin lebih baik kot!
Seperti kata Obama semalam, the greatness of our nation is never a given, it must be earned! Pengalamanpun samalah juga !

Monday, January 19, 2009

Apa istimewanya..Siddhartha!

Saya kini sedang menunggu di Airport Tawau. Telescope saya sampai sekejap saja lagi ni...... excited sungguh! He..he.....

Sementara itu, saya gunakan kesempatan ini untuk membidang dada laptop, guna menukilkan sesuatu. Saya nak perkenalkan satu buku yang saya sendiripun tengah tunggu buku ni sampai. Maklum saja beli secara on-line, seminggu jugalah tunggu!. Buku yang saya maksudkan adalah buku novel Siddhartha.

Siddhartha menyingkap sebuah kisah indah seorang anak muda yang mencari dirinya. Kasih sayang dan ilmu yang dicurahkan kepadanya masih belum mencukupi dan dia telah meninggalkan keluarga serta kemewahan dunia demi mencari jawapan kepada peroalan hidupnya. Dia berpuasa daripada keinginan, impian dan keseronokan. Pengalaman ini sepatutnya menyucikan jiwanya tetapi tidak, lalu dia meneruskan pencariannya dalam dunia yang dikuasai hawa nafsu.
Siddharta hampir berputus asa sehinggalah dia mendapat petunjuk di tebing sebatang sungai. Dia sedar ilmu boleh diajarkan tetapi bukan kebijaksanaan. Kebijaksanaan hanya dapat dicapai melalui pengalaman hidup. Apakah yang ditemui Siddharta?
"Siddharta harus dibaca oleh cendekiawan Melayu yang berniat meluaskan minda mereka"-Demikian komen Profesor Diraja Ungku Aziz. "Sebuah Model karya sastera terbaik dan bermutu di peringkat antarabangsa"-Dato' Hassan Ahmad. "Novel ini cuba menemukan pencarian dalaman dan luaran melalui fikiran Timur dan Barat - satu tema universal tentang masalah besar manusia dan tamadunnya"-Dato' Baharudin Zainal (Baha Zain).
Sebenarnya sudah lama saya cari novel yang hebat ini. Gambaran awal yang saya dapat mewajahkan perspektif menarik dan mengujakan, apatah lagi dengan reputasinya sebagai Pemenang Hadiah Nobel. Ini tentunya bukan calang-calang novel. Paling penting kita manfaatkan mesejnya!. Berminat? Lawat e-kedai.net. Linknya ada dalam blog saya ini. Selamat Menjamah Santapan Minda!

Saturday, January 17, 2009

Moon on 16 January!

Gambar bulan separuh ini diambil menggunakan Telescope Orion SpaceProbe 130 dengan kamera Canon D400 SLR. Rupanya.....permukaan bulan jelas jika melihat di kala bulan separuh. Begitu indahnya, keindahan dan keagungan kuasa tuhan.
Bersama berfikir....... mengenainya. Saya membaca dalam artikel berkaitan, rupanya bulan menjarakkan diri dari bumi lebih kurang 3 cm setiap tahun. Menurut perkiraan artikel berkenaan, lebih kurang 600 juta tahun dari sekarang.......tidak akan berlaku lagi gerhana matahari seperti yang akan berlaku pada 26 Januari 2009 ini!




Thursday, January 15, 2009

Teleskop & Fenomena Alam














Anda bayangkan, pada jarak 9 km....apakah objek yang dapat kita lihat sejelas gambar ini. Dengan mata kasar, memang mustahil. Telescope memungkinkan kita melihat objek sejauh ini dengan kejelasan seperti gambar ini.
Sungguhpun hanya dengan kamera telefon bimbit, anda bayangkan jika menggunakan kamera sebenar!. Rasa teruja........menantikan fenomena gerhana matahari separa pada 26 Januari 2009 ini.

Wednesday, January 14, 2009

Tuesday, January 13, 2009

Azzy kini 9 bulan !

Tak sedar masa terlalu cepat berlalu, My Azzy kini berusia 9 bulan 10 hari. Telatahnya cukup membahagiakan... Moga menjadi manusia berguna!. Manalah tau jadi angkasawan wanita pertama......he he he.....
Gambar untuk tatapan uncle eno, uncle amme & uncle toi! Kerja bersungguh-sungguh kerana Allah!






















Monday, January 12, 2009

Moon on 11 Januari !

Cerapan bulan berikut dibuat oleh adik saya di Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan. Kombinasi Telescope Orion Spaceprobe 130 dan Kamera Canon SLR D400 menghasilkan imej bulan yang sungguh menakjubkan!. Sungguh cantik imej bulan ini! Fikir-fikirkanlah !










Sunday, January 11, 2009

Telescope Orion Spaceprobe 130!

Sudah seminggu sesi persekolahan bermula. Sudah tentu banyaklah benda baru yang hendak dibawa untuk dicurahkan kepada anak-anak murid. Cuma jadual mengajar masih tidak ‘stabil’ lantaran perpindahan beberapa orang rakan guru kembali ke tempat asal mereka masing-masing. Seingat saya, sepanjang lebih 17 tahun saya mengajar, guru tak pernah cukup!. Jangan ceritalah pasal opsyen, tetapi ‘hidup mesti diteruskan…….!’.

Sepanjang minggu lepas saya memasuki kelas, salah satu perkara yang saya war-warkan kepada anak-anak murid saya ialah hobi baru melihat angkasa lepas!. Bukannya apa…… saya sekadar cuba memberi perspektif baru yang mungkin mendorong semangat dan motivasi baru kepada mereka, agar belajar bersungguh-sungguh. Saya merasakan, awal tahun ini mesti digunakan untuk ‘memacak’ keazaman baru khususnya dalam usaha anak-anak murid kita untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan dan yang paling penting menjadi manusia berguna dan mempunyai perspektif positif dalam melihat kehidupannya!.

Saya sendiripun teruja melihat keajaiban alam ciptaan tuhan ini!. Semalam, saya meminta adik saya di KL membelikan telescope baru, selepas puas menjelajah laman web untuk mencari ‘teropong’ yang sudah lama saya idam-idamkan ini. Banyak jugalah yang saya pelajari sepanjang proses membeli telescope ini. Atas nasihat Mr. Alan, di Stargazer.com, maka saya membeli Telescope Orion Spaceprobe 130. Menurutnya inilah yang paling sesuai untuk ‘beginner astronomer’ seperti saya. Walaupun saya berbelanja sekitar RM2600.00 termasuk assesori tambahan telescope ini, tetapi saya lebih melihat ilmu dan manfaat dari pengetahuan melihat angkasaraya itu lebih mahal!.

Semalam adik saya di Kuala Kubu Baru menggunakan telescope ini untuk mencerap bulan penuh ( gambar bulan dibawah, yang dicerap semalam, muat-turun dari blog adik saya ) . Allahuakbar…..indahnya alam ciptaan Allah ini! Walaupun hanya dengan kamera telefon bimbit, tetapi gambar yang terhasil dari telescope ini cukup mengujakan!. Saya sangat ‘jealous’ melihat adik ( melalui blognya… ) dapat menggunakan telescope ini dulu daripada saya. Tak sabar sudah ni!. Apakan daya, telescope ini hanya akan sampai ke tangan saya seminggu dari sekarang ( kirim by hand melalui saudara saya yang balik kampong ). Insya-Allah, saya akan memasukkan gambar-gambar menarik planet lain yang berjaya dicerap dalam blog saya ini nanti. Teruslah melawat yee.....he he !

Paling mahal bagi saya, menghayati dan menginsafi alam ciptaan tuhan disamping memberikan pengetahuan dan pengalaman baru kepada anak-anak dan rakan saya, teristimewa pengunjung-pengunjung blog saya ini!. Kini....sudah ada kategori baru dalam blog saya, astronomi!. Sabarlah……


































Saturday, January 10, 2009

Epilog 2008!

Mahu tak mahu…….hari ini kita sudah 9 hari meninggalkan tahun 2008. Sama ada kita bersedia atau tidak dengan situasi ini…….. tiada siapa yang peduli !.. Sebagai makhluk yang diberi ‘akal’ untuk berfikir, selayaknya kita menggunakan kelebihan ini sebijaksana yang mungkin….

Ada dikalangan kita yang bersikap sinistik terhadap peralihan tahun. Bagi mereka, tiada apa yang berbeza tahun yang sudah berlalu dengan tahun mendatang. Sedangkan secara hurufiahpun sudah jelas ‘perbezaan’ yang berlaku! Dulu 2008…….kini 2009!. Hujah yang kanak-kanak tadika pun…… pandai gunakan!. Tetapi jika kita mengangkat sedikit mahqam berfikir, yang pasti peralihan tahun ini membawa mesej yang cukup signifikan dengan ‘hayat’ kita. Bahasa Matematiknya, masa sudah semakin suntuk untuk kita memperlengkap persiapan menghadapi ‘perjalanan panjang’ hari esok!. Saya sebenarnya tidak berniat, mahupun cuba mendepani ‘bab akhir’ ini. Tetapi akhirnya kita perlu lebih realistik menanggapinya.

Bagi saya…..saya merasakan tidaklah terlalu jelek dan canggung untuk menggunakan peralihan tahun ini sebagai ‘titik mula’ menghiitung sesuatu. Tahun yang berlalu boleh menjadi tanda aras bagi tahun terkini. Sekali lagi jika kita menggunakan akal….terlalu banyak yang boleh kita fahami, andai kita cuba untuk menguliti bait-bait makna yang yersembunyi disebaliknya.

Saya tidak berniat untuk bersyarah…… tetapi memadai bagi diri saya sebagai ‘kad kuning’ kepada diri sendiri disamping menghisab apa yang telah saya sumbangkan. Setelah lebih kurang 192 jam kita menghirup udara di tahun 2009 ini, akhirnya saya memaksa diri melihat ‘wilayah’ sumbangan kita ( kalau semua apa telah saya lakukan …boleh dikategorikan sebagai sumbangan ! ).

Saya memilih untuk menghitung setiap kerja yang telah saya lakukan walau sebesar manapun saiznya. Atas pegangan setiap kebaikan akan menerima balasan….. Memang segalanya adalah dengan kudrat dan iradah dari Allah s.w.t. Tetapi tidak salah rasanya untuk kita menghitung manik-manik kebaikan itu untuk dijadikan ‘Baikonur Cosmodrome, Kazahstan’ melancarkan ‘soyuz’ diri 2009 ini.

Atas keyakinan ini, saya menyeru kepada diri dan kepada individu yang sama waktu dengannya, mari kita mengambil kesempatan sapaan udara januari 2009 ini dengan memperteguh keyakinan menyudahkan bagi 357 hari lagi dalam tahun ini, dengan azam mempertingkat dan memperbanyak amal sumbangan untuk maslahat diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara!. Tanpa terlalu nostalgik dengan kegagalan 2008, sebijaknya kita menapak denai 2009 dengan lebih berhati-hati tetapi penuh keyakinan!.

Sebagai ayah, selamat ‘memanusiakan’ anak-anak. Sebagai suami/isteri, selamat menjadi bergu yang tangkas. Sebagai guru, selamat mengajar anak-anak bangsa. Sebagai warganegara, selamat berkorban untuk nusa tercinta!. Sebagai hamba Allah s.w.t., selamat memakmurkan alam ini dengan penuh insaf dan taqwa. Jadilah diri kita…..manusia yang dirasai kehadirannya!