Sunday, June 12, 2011

Gerhana Bulan Penuh...






Sifu astronomi saya, Dr. Mustapha Nasir, Pusat Sains Lingkudau, Ranau, mengirimkan saya pesanan ringkas (sms), semasa saya berada di Pusat Pendidikan Maliau Basin pada 07 Jun 2011, jam 5.01 petang.....

"Gerhana penuh bulan pada 16 jun, khamis, bermula jam 1.23 pagi, penuh pada 3.32 pagi, kemuncak gerhana pada 4.12 pagi. Dan berakhir pada 7.02 pagi...try try la ambik gambar dan hantar krpada kami....ada can masuk @ jd rujukan d wikipedia".

Tentunya sms ini mengujakan saya. Lantas, sesegeranya juga saya membalas sms Dr. Mustapha....menzahirkan terima kasih atas segala informasi. Sekembali dari pengembaraan ini nanti, saya berhasrat untuk menguji pula peralatan pencerapan khususnya teleskop dan lens...tentunya

Maklumat lanjut tentang fenomena gerhana penuh ini boleh juga diperolehi di laman Falak Online. Atau Laman eclipse.com!.

Posted using BlogPress from My iPad's.


Saturday, June 11, 2011

Letusan Matahari..








Letupan yang berlaku di matahari....pada 7 Jun yang baru lalu mungkin kebanyakkan kita tidak menyedari kejadiannya. Ikuti sedutan peristiwa berkenaan disini.

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Jalan Tun Fuad Stephen,Kota Kinabalu,Malaysia

Wisel Polis dan Deruman Enjin Kereta....




Seketika ini duduk santai menikmati suasana petang di Jalan Gaya. Agaknya inilah rukun kehidupan di kota, sering memburu masa untuk menikmati ketenangan dalam suasana santai dan bersahaja. Hidup di kota tentu sahaja menuntut kita sentiasa cepat berakomodasi dengan persekitaran yang pantas, dan cepat berubah...... Tidak heranlah jika warganya cenderung untuk mementingkan diri sendiri.... Iya ka?

Saya sendiri tak pasti.....tetapi santai ketika ini sentiasa disajikan dengan suara merdu wisel polis trafik yang mengawal lalu-lintas, lantas....deruman enjin kereta juga bersahut-sahutan menambahkan lagi seri dan citra warga kota!

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Jalan Gaya,Kota Kinabalu,Malaysia

Good Morning Kota Kinabalu!

Setelah menyudahkan lebih 550 km dengan masa lebih 9 jam, akhirnya saya bersarapan pagi hari ini sambil menghirup udara segar Kota Kinabalu. Perjalanan berlalu sebagaimana perjalanan kelmarin dalam suasana santai dan releks. Saya sendiri tercari-cari mengapa agaknya saya cukup bertenaga dan cergas melalui perjalanan sejauh ini. Perjalanan panjang bermula seawal 8.30 pagi kelmarin bertolak dari Maliau Basin Studies Centre melalui perjalanan yang mencabar dengan keadaan jalan yang juga mencabar, hanya sampai berada di rumah lebih kurang jam 5.00 petang. Kemudian menyambung perjalanan ini pada pukul 7.30 petang kelmarin dan lebih 9 jam kemudian tiba disini.....tentunya juga melalui perjalanan panjang dan mencabar, faham sahajalah menaiki bas ekspress!.

Hanya sempat lebih kurang 2 jam bersama anak-anak, saya mencuri kesempatan bersama mereka untuk makan bersama disamping membawa kakak membeli bekalannya balik ke sekolah pada pagi ahad nanti. Saya hanya mampu mengharapkan anak-anak dan ummi mereka memahami 'perjalanan' panjang ini. Sebelum bertolak, saya sempat memberikan bekalan pelukkan kasih sayang untuk mereka, kakak anis yang akan balik asrama. I'm sure they will learn something.....from this long journey.

Paling menyeronokkan adalah menerima bungkusan pos ekspres yang mengandungi senaskah buku hasil tulisan seorang rakan baik saya, yang prolifik memaknakan kehidupannya!. Panggilan telefonnya semasa saya berucap dalam majlis penutupan bengkel pendidikan kesedaran alam sekitar kelmarin membuatkan saya teruja dan tak sabar untuk menatap buku hasil penzahiran buah fikiran sahabat ini. Tentu...ada 'sesuatu' yang boleh kita amati!.

Ok,....stop here....for landing time, before we begin a new task for today!.

Posted using BlogPress from My iPad's

Wah.....still alive!

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Checkpoint Sandakan, Batu 32, Sandakan

Friday, June 10, 2011

Knowledge Mission Launched...




Sekarang sedang dalam perjalanan bagi menyempurnakan misi kedua yang baru sahaja dilancarkan.....jam 7.45 tadi. Cuba mencatatkan rekod baru peribadi......mengelilingi sabah dalam tempoh 24 jam...... jom!

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Terminal Bas Manis Ekspress, Semporna.

Mission Successfull !


Akhirnya perjalanan panjang bermula dari pagi tadi berjaya disempurnakan. Tetapi Misi baru akan dimulakan seketika nanti....

Posted using BlogPress from My iPad's


Location:Seri Ilham, Kg. Kabogan, Semporna.

On Board.....




8.16 Pagi - Bertolak dari MBSC
9.38 Pagi - Tiba di Maliau Basin Area Viewpoint
9.47 Pagi - Sampai di Maliau Shell Gatepoint
9.59 Pagi - Memulakan perjalanan melalui Jalan Sapulut - Kalabakan...
18 lori balak yang sarat muatan setakat ini.
10.26 Pagi - Melalui Jalan Terowong....
Sudah 27 lori balak + 31 sudah.
11.23 Pagi - Melalui Gate Yayasan Sabah....
11.42 Pagi - Kini minum dan blogging di Fifi Restaurant...
12.05 Tengahari - Bertolak dari Fifi Restaurant, Kalabakan..
12.54 Petang - Melintasi Merotai Besar.....
01.28 Petang - Tiba di Pejabat Yayasan Sabah, MBSC, Tawau.
01.51 Petang - Bertolak dari Terminal Bas Tawau menaiki Manis Ekspress
04.01 Petang - Tiba di Semporna dengan selamat.
Bersama anak-anak dan ibu mereka untuk membeli 'bekalan' kakak Anis....balik asrama, ahad nanti.
04.57 Petang - Misi Menghutankan Diri berjaya disempurnakan!.

Refleksi Perjalanan ini akan dihampirkan kemudian.....

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Road to MBSC, Tawau.

It's Final Day!

Seketika nanti kami akan memulakan perjalanan pulang. Malam tadi rasanya saya orang yang terakhir tidur dan kebetulannya pula bekalan elektrik berterusan sehingga jam 1 pagi. Saya tidak menyedari pukul berapa saya tertidur selepas itu. Saya sendiri tidak tahu kenapa saya begitu bertenaga, tidak mengantuk dan secergas ini, sungguhpun badan terasa letih dan lenguh-lenguh terutama di bahagian 'suspension'. Saya bangun pada pukul 5.28 pagi......orang kedua selepas Cikgu Bad. Selesai membersihkan diri, mandi dan bersolat, saya terus mengemas barang untuk perjalanan pulang dan membersihkan kawasan katil saya selayaknya.

Setelah siap, saya mengheret troli beg saya ke pelantar hadapan asrama penginapan kami dan meninggalkan beg untuk naik ke dewan makan untuk menikmati sarapan pagi dan sesi bergambar bersama rakan peserta kursus yang lain. Selesai bersarapan, maka saya memulakan sesi 'membelai dada iPad' untuk mencoretkan catatan akhir yang dibuat di MBSC ini.

Seusai sesi bergambar ini, perjalanan panjang untuk pulang ke destinasi masing-masing akan bermula. Saya mencari sudut pandang.....untuk mentafsir dan menanggapi sesuatu lewat pengalaman yang dilalui pasca bengkel ini. Saya akan membuat catatan selanjutnya nanti dalam entry post yang akan datang.

Ok. Jom balik, sayonara MBSC, Terima kasih teman-teman sekursus, staf penganjur...maaf atas segala yang telah berlaku, sengaja atau tersengaja! Mungkin catatan ini adalah catatan terakhir yang saya buat di MBSC. I don't know what will happen.....next. Roger and out!

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Anjung Rehat, Dewan Makan, MBSC, Tawau.

Thursday, June 9, 2011

Closing Ceremony




Malam ini adalah upacara penutupan kursus yang dijalankan secara cukup 'simple' dan sederhana, tetapi penuh makna. Cikgu Gordion memulakan sesi sebagai pengerusi majlis. Suasana majlis benar-benar santai dan bersahaja, dan..... setiap individu kelihatannya 'sporting' mengaksikan peranan masing-masing.

Saya terkesima seketika.....apabila teman-teman meminta saya untuk berucap 'mengekspresikan' rasa sepanjang eksplorasi menghutankan diri di MBSC ini. Namun, saya menerima pelawaan dan permintaan itu dengan rasa cukup 'sporting'. Lantas, apabila berdiri dihadapan mikrofon, saya berfikir sepontan untuk memilih sudut pandang yang ingin saya zahirkan.

Jadinya.....saya mengutarakan perihal kursus ini yang rasanya amat bermanfaat untuk mempromosikan 'awareness' tentang alam semulajadi. Tentu sahaja kekayaan khazanah seperti Maliau Basin ini tidak ternilai harganya. Tetapi dalam masa yang sama, tiada jaminan bahawa ia akan kekal terjaga sebagaimana hari ini. Lantas....selayaknya inisiatif ini diteruskan kesinambungannya.

Saya juga mengambil kesempatan sesi ini untuk 'apreciate' peranan Cikgu Jimmy Omar, sebagai pengasas dan penggerak kewujudan NGO kecil seperti Kelab Pencinta Alam ini. Sepeninggalan Cikgu Jimmy Omar nanti dari peranan ini, seseorang perlu berperanan untuk mengganti dan meneruskan usaha murninya ini. Saya tegaskan, peranan ini juga terpikul dibahu setiap peserta bengkel ini untuk menyebarluaskan kesedaran ini dikalangan anak-anak dan keluarga, malah dibilik-bilik darjah. Saya tegaskan peranan sekecil meminta pelajar 'ringan tulang' memungut sampah itu adalah cara untuk menyuntik kesedaran ini secara tidak langsung. Saranan untuk meramaikan klon Cikgu Jimmy Omar adalah usaha yang tidak harus terbantut.

Pada akhirnya...saya melahirkan apresiasi atas inisiatif SNC dan MBSC menganjurkan program bermanfaat ini. Rasanya.....kami semua sependapat bahawa kursus ini cukup bermanfaat, apatah lagi dengan cara pengendalian yang santai, humor dan tentu sahaja 'kekayaan' persekitaran yang sentiasa menyegarkan. Secara jenaka, saya juga memberikan penghargaan kepada katering.....yang sentiasa menyajikan menu yang menyelerakan.

Sesi ucapan penutupan Bengkel Pendidikan Kesedaran Alam Sekitar ini disampaikan oleh penyelaras kem dan diakhiri dengan upacara penyampaian sijil penyertaan. Simple closing ceremony but meaningfull for all of us. Esok....kami semua akan pulang kehalaman masing-masing.

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Mini Teater, MBSC, Tawau.

Sting Bug and the future...

Saya berkira-kira untuk bermonolog dengan pengalaman yang dilalui sepanjang berada di MBSC. Terlintas dalam kotak pemikiran saya, 'rasa kehilangan' yang saya alami secara peribadi......mungkin akan turut menghantui generasi akan datang. Mengimbau kenangan lalu, saya merindui kicau burung yang bersahut-sahut. Saya terasa sebak mengenangkan pengalaman itu saya lalui bersama kehidupan arwah ayah dan ibu yang saya sayangi. Tentu sahaja pengalaman meneroka hutan bersama arwah ayah dan abang sulung memalit beberapa episod kenangan manis.

Dahulu, tidak susah untuk mendengar kicau burung, terserempak dengan rusa, melihat burung enggang terbang dan bertenggek dipohonan tinggi berhampiran istana arwah ayah yang beratapkan daun nipah. Pada ketika malam, tugasan untuk menjaga kebun jagung arwah ayah....seringkali disulami dengan kehadiran sang kancil, musang dan sekali sekala kucing hutan. Alunan irama dan siulan pelbagai hidupan yang bersahut-sahutan menambah seri suasana desa terpencil......yang amat dirindui hari ini.

Itu dulu......dan kesempatan pada kali ini, pada saya adalah 'reunion' kepada interaksi dan monolog saya dengan alam dan kehidupan yang pernah saya lalui bersama ayah, ibu dan adik beradik saya suatu ketika dahulu. Saya tidak berniat untuk mempamerkan diri sebagai seorang nostalgik, tetapi lebih molek untuk saya menukilkan kisah kenangan ini sekurang-kurangnya menzahirkan kebimbangan-kebimbangan yang bersarang dalam kotak pemikiran, yang mungkin juga dipelajari oleh mereka yang berkongsi 'rasa bimbang' itu dengan saya. Ahh....

Saya menzahirkan rasa bimbang, kemungkinan anak-anak saya hari ini yang tidak pernah melalui pengalaman seperti saya.....akan terus 'kempunan' melihat kekayaan alam seperti yang pernah saya alami. Mana tidaknya, jika hutan sekaya Maliau Basin ini 'sentiasa mengghairahkan' para pemodal yang hanya kenal mencipta keuntungan demi keuntungan, sehingga tergamak dan sanggup memusnahkan khazanah alam yang sangat berharga. Anak-anak kita hari ini diperjudikan untung nasib mereka oleh generasi hari ini.

Lantas, ada benarnya penegasan Dr. Jada, Pengurus MBCA, bahawa 'awareness' atau kesedaranlah yang akan memungkinkan kita berupaya dan bertenaga menjaga dan meneruskan kelestarian alam ini. Kesedaran terhadap kepentingan penjagaan alam semulajadi adalah senjata yang relevan sepanjang zaman. Generasi yang terdidik melalui kesedaran sebeginilah yang memungkinkan kita 'boleh' mewariskan semangat dan kebimbangan generasi tua hari untuk 'menggantikan' usaha dan inisiatif kita hari ini.

Inilah antara buah tangan yang cukup mahal dan relevan dengan fungsi generasi tua hari ini. Bukan retorik untuk memulakan kesedaran ini bermula dari rumah. Semudah membuang sampah merata-rata itupun sudah merupakan peluang terbaik untuk kita menyuntik semangat cintakan alam semulajadi. Apa lagi andai.....kesedaran ini boleh dijana melalui organisasi sekecil kelab pencinta alam di sekolah-sekolah. Keupayaan ngo sebegini menghidangkan potensi yang sangat terbuka luas untuk kita jamah dan jelajahi semahunya.

Tinggal lagi......kita memerlukan sedikit tindakan dan inisiatif untuk memungkinkannya. Kecilpun.....tak apalah, yang penting ada!.
Lantas, ayuh.....walau siapapun kita, sekerdil manapun kita.....manfaatkan 'kesempatan' dan 'peluang' yang ada.....untuk melahirkan generasi yang menghargai diri dan alam sekelilingnya. Jom! Do something...even in a little bit...words!.

Mungkin....sting bug dalam gambar ini adalah generasi terakhir....yang pernah ditemui manusia, jika kita tidak melakukan sesuatu untuk 'menidakkan kemungkinannya'. Let's do it!.

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Open Lobby, Hostel Dining Hall, MBSC, Tawau.

Orientaring and compass.....




Sesi petang hari ini agak mencabar. Cabarannya bukanlah kesukaran menjalankan aktiviti tersebut, tetapi kepayahan mengikuti aktiviti orientaring dan penggunaan kompas disebabkan tenaga badan yang sudah 'weak' tentu sahaja disebabkan aktiviti sky bridge yang dilalui lewat pagi tadi.

Aktiviti ini agak mudah kerana hanya perlu mengetahui bagaimana menggunakan kompas serta beberapa panduan sampingan. Sebelum kami dilepaskan untuk 'menyelesaikan tugasan' aktiviti ini, cikgu Jimmy, penyelaras kursus terlebih dahulu membuat simulasi orientaring di laman pelantar dewan makan.

Sejurus sebelum dilepaskan, tugasan yang sedia terdapat dalam fail kursus diserahkan kepada setiap kumpulan. Cikgu Gordion menghangatkan persaingan dengan membuat pengumuman bahawa pemenang aktiviti ini akan diberi hadiah menarik. Pengalaman sebagai guru geografi khususnya tajuk bahagian A, kemahiran geografi (kedudukan, arah dan kompas) banyak membantu menyudahkan aktiviti ini. Namun, lantaran bateri sudah 'kong'....maka banyak aktiviti yang disempurnakan oleh teman-teman sekumpulan. Saya hanya 'follow footstep' mereka sahaja. Hingga akhirnya, saya berhenti di Shop Souvenir.

Tetapi tanpa sedar, rupanya kumpulan kami pula yang memenangi aktiviti ini. Alangkah seronoknya kerana hadiah yang kami perolehi adalah berupa t-shirt sumbangan Kelab Pencinta Alam. I just can say....berbaloi-baloi !

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Laman Pelantar Dewan Makan, MBSC, Tawau.