Thursday, June 9, 2011

Istana Kayangan......


Seawal 6.00 pagi, kami mula bergerak untuk aktiviti meneropong burung. Terasa sungguh keperluan memiliki variasi lensa yang pelbagai. Tentu sahaja zoon lens amat berguna untuk aktiviti seperti ini. Tidak jauh berjalan, burung-burung sudah sedia menunggu untuk eksplorasi.

Namun apa yang paling mengujakan saya adalah 'great architecture in the jungle' yang terdapat di jalan ini. ........wait I'll show later...

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Rhinoceros Hornbill Road, MBSC, Tawau.

Ma Liau......

Aktiviti terakhir pada hari kedua ini adalah sesi ceramah mengenai Maliau Basin Conservation Area ( MBCA ) dan kemudiannya bersambung dengan aktiviti Night Safari.

Ceramah MBCA disampaikan oleh seorang Renjer MBCA dengan dibantu oleh Pengurus MBCA, Dr. Jada. Penjelasan ringkas dan padat tetapi penuh informasi yang disampaikan oleh renjer yang bertugas sangat berguna bukan sahaja kepada kami peserta Bengkel Pendidikan Alam sekitar, malah juga kepada sesiapa sahaja.

Maklumat penuh akan saya perincikan pada kesempatan yang lain!.

Part B : History of Maliau Basin.......

Menurut Dr. Jada, Ma Liau bermaksud Air Kemerahan mengikut bahasa masyarakat tempatan. Ma Liau ini merujuk kepada air sungai Maliau yang berwarna kemerahan. Kami berseloroh untuk mencari gelen bagi membawa air sungai Maliau pulang.....apabila Dr. Jada menyatakan bahawa kandungan mineral air sungai Maliau ini sangat baik untuk kesihatan kulit.

Menjawab soalan, bagaimana Lembangan Maliau Basin ini ditemui seterusnya diwartakan sebagai hutan simpan kelas I, Dr. Jada menceritakan penemuan kawasan Lembangan Maliau ini berlaku secara 'accident'. Temuramah yang dilakukan sendiri oleh kumpulan penyelidikan Dr. Jada mencatatkan bahawa seorang pahlawan iban yang perkasa pernah berjalan melintas kawasan ini seorang diri dalam perjalanannya dari Keningau ke Tawau melintasi hutan belantara. Menurut catatan itu lagi, sungai berwarna kemerahan ini pernah dilalui pahlawan berkenaan yang diceritakan oleh orang-orang tua masyarakat tempatan.

Rekod yang dicatatkan oleh seorang juruterbang Australia ( tak berapa ingat sudah )...yang pernah menerbangkan pesawatnya dalam keadaan berkabus melintasi kawasan ini, dan dalam penerbangan itu pilot berkenaan hampir terlanggar kawasan pergunungan Maliau Basin yang memaksanya menerbangkan pesawat menegak melepasi rim Maliau Basin. Kejadian ini telah dilaporkan oleh pilot berkenaan, dan antara catatan yang mencetuskan penemuan kawasan ini.

Keistimewaan kawasan ini yang berbentuk seperti rim yang menegak, menurut Dr. Jada membawa kepada kajian yang bersandarkan beberapa teori. Bentuknya seperti kawah gunung berapi mencetuskan teori kemungkinan rim Maliau Basin ini adalah peninggalan dan kesan letusan gunung berapi. Ada juga yang menampilkan teori hentaman komet dan sebagainya. Namun penemuan kajian yang telah dijalankan mendapati fosil yang terdapat di kawasan ini bukan disebabkan teori-teori tersebut. Rim Maliau Basin adalah bentuk muka bumi yang asli dan tentu sahaja sangat kaya dengan pelbagai keistemewaan.

Dikatakan kawasan ini kaya dengan arang batu yang berkualiti tinggi selain kekayaan flora dan faunanya yang masih banyak yang belum diteroka. Paling mengujakan.....ada sesetengah spesies flora dan fauna itu tidak pernah ditemui dimana-mana, lantas masih belum ada nama. Antara yang disebutkan adalah bunga orkid 'adlinii' bersempena nama Tengku Zainal Adlin, seorang pegawai kanan Yayasan Sabah. Malah ada air terjun yang terbaru ditemui masih belum ada nama.

Dalam kesempatan yang terhad, sempat saya bertanya Cikgu Jimmy Omar tentang proses menamakan penemuan tanpa nama ini. Menurut beliau, pihak yang paling berintegriti memberikan nama adalah penyelidik yang menemui spesies tersebut, tetapi mestilah mengesahkannya terlebih dengan penemuan ditempat lain serta pakar-pakar berkenaan.

Dr. Jada juga menerangkan bahawa semua hasil kajian para penyelidik adalah milik Yayasan Sabah dan Pengurusan Maliau Basin. Apapun....yang paling mengujakan adalah tawaran Dr. Jada untuk para penyelidik yang ingin membuat penyelidikan mereka di Maliau. Kemudahan akan disediakan termasuk dalam bentuk geran penyelidikan!.

Sesungguhnya amat tepat untuk menamakan Maliau sebagai The Lost World kerana sinonim dengan kekayaan khazanah alamnya. Semoga usaha untuk menjadikan kawsan ini sebagai tapak warisan dunia akan berjaya... atas pelbagai alasan dan kepentingan. Tentunya......

(Catatan di Seat 1, Manis Express )

Posted using BlogPress from My iPad's


Location:Conference Room, MBSC, Tawau.

Wednesday, June 8, 2011

iPad, Blogpress dan Celcom Broadband.

Saya mengambil detik ketika ini untuk memperhalkan sedikit gajet yang banyak membantu saya memungkinkan 'entry' baru dalam blog sepanjang siri menghutankan diri ini. Sudah tentu, celcom broadband juga membantu sungguhpun berada di tengah hutan belantara yang sinonim dengan gelaran 'Lost World'. Do you believe me, di tengah hutan begini, saya masih mampu 'online'. Namun, iPad cukup memudahkan saya melakukan catatan-catatan ringkas sepanjang berada disini.

Setiap kali mempunyai kesempatan terluang, semudah itu juga saya luwes memuntahkan buah fikir dan mencoretkan sesuatu. Tiada lagi berhadapan dengan masalah open OS. Sepantas membukanya, iPad terus menghidangkan 'dadanya' untuk diteroka dan diperlakukan semahunya. Lebih 'power' lagi adalah kuasa bateri yang dipadankan dengan gajet ini. Anda bayangkan sahaja.....saya menggunakan iPad sejak dari ketika saya bertolak dari rumah untuk membuat catatan ini, sekali sekala blogging sepanjang perjalanan.....sehingga sampai di MBSC, barulah pagi tadi...sekitar jam 10.20 baru saya menyambungkan gaet ini untuk 'charge' bateri. Tentu sahaja, saiznya yang kecil, nipis dan mudah untuk dikemas walau dalam keadaan tergesa-gesa.....adalah ciri yang tidak boleh ditandingi!.

Perisian yang saya ada dalam iPad ini juga cukup memudahkan kerja-kerja saya sepanjang siri menghutankan diri ini. Tentu sahaja software semudah blogpress yang banyak memudahkan khususnya kerana banyak proses yang boleh dilangkau berbanding jika kita menggunakan blogging biasa.

Ok..I have some activities. Catatan will be continue.....

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Lobi Dewan Makan, MBSC, Tawau.

Proposal for Environmental Education.

Group Presentation.

Suggestion Activities -
Facebook SNC.
Blog SNC.
Alumni KOAS.
SNC as a Source.
Use local source.
Link - Government Agency & Private Sector.


Usually as ngo's in school, we always facing some difficulties to organise activities for increase and promote the environmental issues among members of SNC and others student. Commonly, costing, procedure and etc, is the basic challange we will facing to handle this small club. However, it is not our big reason.....why we cannot organise this ngo.

If we always smart and think....we can arrange some activities with zero cost ( it's possible ), easy and interactive, attractive for student and so on. Why we cannot manipulate advantages of ICT's to promote environmentalist ideas among our student and schools.

I realise.... it is not easy, but let's make it easier!

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Conference Room, MBSC, Tawau.

Jurnal Maliau Basin

Selepas berhenti rehat minum pada jam 10.30 pagi tadi, aktiviti disambung setengah jam kemudiannya dengan aktiviti kumpulan. Saya yang berada bersama kumpulan 1 diberikan tugasan untuk membuat perbincangan dalam kumpulan kecil dengan merencana penganjuran aktiviti KPAS dengan hasrat memperkasakan lagi keberkesanan fungsi dan tugas kelab ini untuk mempromosikan kesedaran alam sekitar, apatah lagi 'menanggapi perubahan cuaca dunia' mutakhir ini yang sudah berubah.

Pengisian dan perbincangan serba ringkas dikalangan rakan-rakan sekumpulan mudah dijalankan. Mungkin juga disebabkan kalangan kami adalah guru-guru, maka sesi percambahan fikiran serta bertukar-tukar idea bukan sesuatu yang rumit. Kalangan ahli sangat komited untuk menyudahkan tugasan masing-masing mungkin juga untuk mengambil kesempatan menikmati keindahan alam sekitar MBSC ini.

Masing-masingpun mempunyai aktiviti sampingan. Ada yang sibuk bertukar-tukar pengetahuan dan ilmu fotografi. Saya sendiri menekuni sesi masa yang ada untuk membuat catatan baru dalam blog. Tentu sahaja 'senario' ini mengundang rasa tanda tanya dan ingin tahu daripada kalangan teman-teman lainnya. Apa lagi......bermulalah sesi saya untuk mempromosikan iPad. Hahah.....apalagi.....

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Conference Room, MBCA, Tawau

Jurnal Maliau Basin..

Aktiviti pagi ini diteruskan dengan aktiviti pendaftaran kursus. En. Gordion, fasilitator Bengkel Pengenalan Pendidikan Alam Sekitar kali ini membuat penerangan ringkas tentang DO and DON'T sepanjang berada di MBCA ini. Selepas pendaftaran dan penerangan ringkas kami mendaftarkan diri dan mengambil barangan kami, buku nota, fail kursus, pen, tanda nama dan T-shirt.

Kemudian kami mengambil kesempatan ruang masa ini untuk sesi berkenalan. Peserta kursus kali ini seramai 21 orang. 8 orang daripada kami adalah guru-guru perempuan. Okay.....beri tumpuan dulu.....

Fakta menarik yang diterangkan pagi ini oleh Cikgu Jimmy Omar adalah tentang Kelab Pencinta Alam Sabah (SNC) sejak penubuhannya pada 1987, telah berjaya menganjurkan 48 kali Kursus Orientasi Alam Semulajadi (KOAS). Tidak mengherankan mengapa Malaysian Nature Society (MNS) datang dan melihat serta mempelajari bagaimana SNC menganjurkan unit pendidikannya melalui KOAS.

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Bilik EE, Maliau Environmental Education Complex, MBCA, Tawau.

Jurnal Maliau Basin..

Alhamdulillah, pagi ini bangun seawal jam 5.00 pagi. Bersiap, berkemas dan solat subuh dan kemudiannya, bersedia untuk aktiviti pagi ini, Meneropong burung. Jam 6.00 pagi sebahagian kami sudah tercegat berdiri di laman pelantar hadapan bilik asrama untuk mendengar taklimat penggunaan teropong yang disampaikan oleh Cikgu Jimmy Omar. Penerangan ringkas dan bermaklumat khususnya penggunaan teropong membantu kebanyakkan kami untuk melaras kanta teropong mengikut kesesuaian diri masing-masing. Then, kami semua bergerak dengan hasrat untuk memerhatikan burung-burung yang terdapat di MBCA.

Kami bergerak secara berkumpulan menuju ke Belian Camp, tapak perkhemahan yang berhampiran dengan sungai Maliau. Di Belian Camp ini jugalah terletaknya 'Maliau Sky Bridge' sepanjang 300 meter. Agaknya, esok kami akan menjelajah jambatan gantung atas pokok ini. Harapnya tidak akan hujan. Sepanjang berjalan santai ke Belian Camp, tiada seekor burungpun yang berjaya kami teropong melainkan beberapa ekor yang berterbangan di silara pokok.

Terubat sedikit kehampaan apabila menemui tapak kaki rusa yang bertaburan di atas jalan menuju ke Belian Camp. Kemudian menyeberangi sungai Maliau dan sempat mengambil beberapa keping gambar pemandangan sungai di kiri dan kanan jambatan gantung. Berehat seketika, kami kemudiannya berpatah balik ke Studies Centre kerana titisan hujan yang mula menyiram memberi isyarat hujan akan turun keketika nanti.

Then, kami akhirnya bersarapan pagi di dewan makan Sudies Centre. Seketika......
Posted using BlogPress from My iPad's


Location:Dewan Makan, MBCA, Tawau

Refleksi Maliau Basin....

Jam ketika ini tepat 10.59 pm. Sejam dari catatan ini dimulakan, sumber kuasa elektrik di Maliau Basin Studies Centre (MBSC) akan dihentikan. Bergelap didalam hutan belantara dan hanya akan 'dihidupkan' semula pada pukul 7 pagi esok. Sesampai sahaja disini pada jam 5 lebih tadi, kami ditempatkan di asrama yang mempunyai kemudahan asas yang lengkap. Kami ditempatkan dibilik Bambangan 1. Setiap dorm ditempatkan dua katil bertingkat. Bilik mandi dan tandasnya pula bersih dan kemas teratur, tentu sahaja dengan sumber air yang bersih dan jernih.

Sekitar pukul 7, selepas bersolat dan mengemaskan katil masing-masing, kami bergerak menaiki tangga menuju ke dewan makan yang terletak di atas bukit. Tentu sahaja pergerakan ke sana memerlukan tenaga yang bukan sedikit, apatah lagi dengan saiz triple X, bertatih mendaki anak tangga. Entah berapa kalori yang hilang dariapa pergerakan ini. Namun rasa penat ini hilang dan tidak terasa lantaran rasa lapar yang teramat sangat. Sengaja untuk tidak membeli makanan ringan kerana meyakini khabar yang mengatakan perjalanan cuma mengambil masa 3 jam.

Sebagaimana kebiasaan kursus-kursus anjuran Kelab Pencinta Alam (SNC) yang pernah saya hadiri, makanan tiada masalah. Mungkin kerana rasa lapar yang amat sangat, terasa makanan yang dihidangkan cukup sedap dan menyelerakan. Sungguhpun simple, tetapi cukup menyelerakan. Sesi makan malam bertambah meriah, apabila semua ahli rombongan dari daerah lain telah berkumpul sama, termasuk tenaga penganjur kursus. Sungguhpun kebanyakkan kami baru pertama kali berjumpa, tetapi terasa mesra dan mudah berbual bicara, ....mungkin juga kerana masing-masing terasa teruja dengan suasana di MBCA ini.

Sehabis makan malam, kami bergerak ke Mini Teater dengan kemudahan lengkap sebagai bilik kuliah. Penerangan ringkas secara sepintas lalu oleh Cikgu Jimmy Omar, penyelaras kursus, .... bersama Mr. Christopher juga Dr. Jada Suhaimi ( Pengurus MBCA ) amat mengujakan. Aktiviti pada malam ini diteruskan dengan pembentangan kajian oleh seorang sukarelawan, mahasiswa Universiti Malaysia Sabah, yang telah berada di sini sejak lebih sebulan yang lalu. Banyak juga input yang saya perolehi, termasuk jarak perjalanan mengelilingi Lembangan Maliau Basin mengikut trek yang telah disediakan mengambil jarak hampir 38 kilometer.

Paling mengujakan adalah pembentangan oleh Dr. ??, mengenai SAFE Project. Banyaklah perkara baru yang saya perolehi terutamanya mengenai masa depan Hutan dan MBCA. Sungguhpun telah ditegaskan bahawa......Zzzz.....

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Maliau Basin Studies Centre, Tawau.

Tuesday, June 7, 2011

Siri Menghutankan Diri 3......


Akhirnya perjalanan panjang hari ini berkesudahan jua. Lega rasanya sampai ke destinasi, Pusat Pendidikan Lembangan Maliau Basin (MBSC) tepat 5.07 petang tadi. Apa yang dapat saya perkatakan, perjalanan hari sungguh mencabar. Keadaan jalan memerlukan kemahiran tinggi pemandu. Mana tidaknya, sepanjang perjalanan dua kali kami terpaksa berhenti. Setelah berhenti rehat di Kalabakan, perjalanan diteruskan kami terserempak dengan kejadian lori balak terbalik. Tentu sahaja disebabkan keadaan jalan yang tidak elok.

Setengah jam berikutnya, kami menyambung perjalanan lagi. Sekali lagi setelah beberapa ketika kami berhadapan pula dengan 'terowong', istilah yang digunakan para pemandu kenderaan dijalan ini untuk menggambarkan jalan berlumpur hingga menyebabkan kenderaan seolah-olah memasuki tanah lebih separuh badan. Anda bayangkan sahaja agaknya bagaimana jika kita menggunakan kereta dan bukan pacuan 4 roda. Payah!. Bertambah payah lagi kerana lori balak yang sarat dengan kayu-kayu balak juga menggunakan laluan yang sama. Tentu sahaja keadaan jalan itu bertambah dalam lopaknya.

Jam menghampiri pukul 4 petang, akhirnya kami sampai di Gate utama masuk ke MBSC. Kami semua turun untuk mengisi borang kebenaran memasuki MBSC, kawasan yang diurustadbir oleh Kumpulan Yayasan Sabah.

Posted using BlogPress from My iPad's


Location:Lobi Studies Centre, MBSC, Tawau

Siri Menghutankan Diri 2......


Woii.....dalam perjalanan ke Lembangan Maliau Basin, Tawau. Jom.

Perjalanan yang diceritakan mengambil masa yang agak lama. Sungguhpun maklumat awal yang saya perolehi menggambarkan perjalanan cuma sekitar 3 jam, namun cerita daripada abang pemandu kenderaan pacuan 4 roda yang kami naiki meramalkan akan sampai sekitar jam 5 petang. Wah lumayan juga!. Saya membuat catatan ini setelah hampir 1 jam lebih dalam perjalanan. Menelusuri perjalanan ini, mengusik kenangan semasa zaman kanak-kanak. Sungguhpun sepanjang perjalanan setakat ini dihidangkan dengan pemandangan ladang di kiri kanan jalan, namun suasana yang jauh dari hiruk pikuk pekan dan bandar mengimbas kenangan silam. Dikawasan terpencil sebeginilah saya didewasakan oleh kepayahan hidup.

Perbualan dengan teman-teman sekenderaan menjadikan suasana lebih kondusif untuk membuat catatan ini. Saya teringat betapa lazat dan berseleranya makan makanan ala kadar. Nasi berlaukkan ikan masin dan sayur pucuk ubi dengan minum air dari sumur cukup menyelerakan.

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Jalan Tanjung Batu,Tawau,Malaysia

Siri Menghutankan Diri.....

Memulakan perjalanan hari ini menuju ke destinasi hutan belantara. Bertolak dari Seri Ilham lebih kurang jam 8.30 pagi menaiki Toyota Innova. Perjalanan menuju ke Tawau untuk bertemu dengan rakan dari kumpulan lain di Pejabat Lembangan Maliau Basin, Tawau. Not sure.....what will happen along this journey!. I just think.....this is my vacation time, before comeback to the routine jobs.

Posted using BlogPress from My iPad's.


Location:Semporna,Malaysia

Sunday, June 5, 2011

Asal usul Masyarakat Manusia....

Ketika ini sedang menekuni buku Asal usul Masyarakat Manusia karya Malik Bennabi. Menerusi buku ini, Malik Bennabi secara amnya membentuk hujah falsafah tentang kedudukan dan fungsi agama dalam kehidupan manusia. Ia memberi huraiandan bukti serta analisis secara sosiologi tentang konsep insan dan agama. Berpandukan pendekatan berbilang disiplin yang dipersembahkan melalui hujah falsafah yang jelas, buku ini memberikan ruang lingkup teori bagi anjakan paradigma dalam mengkaji dan memahami kewujudan masyarakat manusia.

Menarik untuk menekuni pembacaan buku ini untuk memberi segaran kepada perspektif dan sudut pandang. Buku ini boleh diperolehi melalui pembelian online di itnm.com.my!.

Posted using BlogPress from my iPad.

Location: Semporna,Malaysia