Tepat pada jam 3.25 pagi tadi, saya dan sahabat akhirnya sampai ke destinasi dituju, Rumah saya Seri Ilham. Perjalanan dari Lahad Datu bermula sekitar 12.30. Setelah menyudahkan tugasan membuat aktiviti perkongsian ilmu dengan pemimpin belia di Program Pemimpin Belia Berkaliber Lahad Datu. Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan dilangsungkan di Royal Palm & Spa, Lahad Datu. Kandungan pengisian program akan saya perincikan dalam catatan akan datang.
Sebelum bertolak dari Lahad Datu, sempat juga minum dengan para sahabat di tempat
program. Kemudian minum kali kedua dengan adik sahabat saya di Rumpun Selera, sambil menyaksikan tumbangnya Sepanyol ditangan Switzerland dalam saingan Piala Dunia 2010. Dimana-mana nampaknya demam bola Piala Dunia menguasai suasana. Selama 2 hari di Lahad Datu menyaksikan Restoran sentiasa penuh dengan pelanggan yang menyaksikan perlawanan bola sepak terutamanya pada jam 7.30 petang, jam 10 malam malah jam 2.00 pagi.
Demikian suasana semasa singgah di Pekan Kunak. Bola juga menguasai suasana. Tetapi perjalanan awal pagi ini tetap sunyi daripada kebiasaan. Mungkin juga orang lebih memilih untuk rehat menonton Piala Dunia daripada memulakan perjalanan. Sepanjang perjalanan dari Lahad Datu ke Pekan Kunak kami hanya berselisih dengan 4 atau 5 buah kereta dan lori. Sungguhpun mengantuk, tetapi agak sukar terlelap mungkin kerana perjalanan yang agak sunyi itu.
Sampai sahaja di Pekan Kunak kami memilih untuk melelapkan mata seketika sebelum kemudiannya menyambung perjalanan dengan giliran saya mengendalikan perjalanan kereta. Saya bermonolog dalam hati, sungguhpun letih dan terpaksa bersengkang mata, tetapi kepuasan tetap terasa.....saya telah menyumbang sesuatu kepada anak-anak bangsa saya.
No comments:
Post a Comment