Hari ini sempat berjalan-jalan di Wilayah Tapak Warisan Dunia Taman Kinabalu ( Kinabalu Park ). Selepas bersarapan ( sebenarnya hampir makan tengahari sudah... ) di Kelisa, Kundasang bersama teman-teman, kami meneruskan langkahan kaki 'memasuki' Kinabalu Park. Hasrat hati asalnya hendak berjalan ke Kota Kinabalu, lebih spesifik ke Technorats, One Borneo. Selain saya
ingin membeli beberapa aksesori tambahan untuk myMac, juga ingin memenuhi 'gian' teman saya, Yani yang tengah melalui tempoh kritikal 'mengidamkan' iPad. Saya tak tahu bagaimana nak bantu melainkan membawa sahaja ke Technorats....sekurang-kurangnya 'cium bau' kata Tan Sri P. Ramlee. Hee...he... itu cerita lain!.
Apapun terasa benar nyaman dan tenangnya berjalan santai menyusuri 'Walkway Kinabalu Park' dengan berlantaikan tumbuhan hijau yang menyejukkan mata memandang, dan berpayungkan kanopi pokok hutan dara.
Saya tidak menafikan keinginan untuk memiliki sebuah chalet kecil disini. Memadai sebagai tempat berehat bersama keluarga dan anak-anak pastinya. Siulan burung yang bersahut-sahutan dengan deruan air sungai yang berterjunan menghempas batuan dialur sungai cukup harmoni dan saling melengkapi. Sesekali kabus yang berarak lalu menyapa sum-sum tulang dengan salam kesejukan yang memanggil-manggil rasa hangat. Ahh......
Semasa catatan ini dimuatkan ke blog, saya sedang duduk di Restoran Sri Dina, menjamu selera sambil melepaskan lelah selepas habis menjelajah kaki gunung Kinabalu, sungguhpun belum lagi kesemua kawasannya. Rencananya selepas ini hendak ke Poring pula!. Sedikit catatan akan saya nukilkan dalam 'entry' akan datang!. Wa...cau dulu!
No comments:
Post a Comment