Sunday, July 31, 2011

Ramadhan.....


Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Jalan Haiwan Tinagayan, Semporna

Saturday, July 30, 2011

Adil yang tak adil....




Seketika ini.....melihat manusia berpusu-pusu masuk dan keluar kompleks Membeli belah. Entah berapa jumlah wang bertukar tangan hari ini. Nun di kejauhan sana.....sekelompok manusia masih terkial-kial melepasi 'aras' kehidupan. Hanya mampu melihat tanpa.....dapat melakukan apa-apa. Terkadang merasa sedih....mengapa begini!. Terkadang juga citra amarah membangkit rasa.....mengapa harus meminta-minta, jika bumi seluas ini terhampar sia-sia, jika lautan saujana mata memandang.....tenang terbuang!. Jika ada yang sanggup membanting tulang.....masih wajarkah hanya menadah dulang,

Sungguh tak adil melihat semua ini!

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Jalan Masjid,Tawau.

Jalan idola....




Pagi ini sekali lagi saya berkesempatan berkongsi sudut pandang dengan anak-anak pelajar dari SMK. Bugaya. Program motivasi anjuran bersama Unit Kaunseling dan Unit Disiplin Sekolah mensasarkan penyertaan pelajar 95 orang, tetapi yang menghadirkan diri kurang separuh daripada jumlah sasaran. Dalam perbualan awal bersama teman-teman yang mengendalikan program ini, sempat untuk saya menegaskan bahawa jumlah itu hanyalah nombor dan angka. Paling penting adalah 'sesuatu telah dilakukan'. Memanglah ramai lebih baik daripada penyertaan yang sedikit. Sambil berseloroh....saya mengujarkan 'kerana kita bukan idola mereka, maka amat payahlah untuk menarik perhatian dan penyertaan mereka bersama kita'.

Sehubungan itu juga, saya tegaskan kepada para pelajar dan peserta program pada pagi ini kemahiran dan keupayaan memilih idola. Kesilapan membuat pilihan idola secara langsung juga menentukan pilihan tepat atau tidak corak dan gaya kehidupan kita seterusnya. Iya ka?. Asasnya pada saya jelas. Seorang yang menjadikan pemain bola sebagai idolanya, tentu sahaja berkecenderungan meniru gaya atau jalan hidup idolanya. Lantas. dunianya berlegar di sekitar dunia bola. Mungkin, jika ia hilang fokus dari sasaran asalnya untuk berjaya dalam pelajaran, individu ini akan cenderung 'meninggalkan' pelajarannya kerana asyik bermain dan menimang bola. Akhirnya, perkara yang sepatutnya menjadi keutamaan sudah bertukar menjadi perkara kedua!.


Saya tegaskan juga keperluan kita meyakini potensi dan bakat yang kita miliki. Masalah timbul apabila bakat dan kemahiran yang ada walaupun sedikit, dibandingkan dengan bakat dan kemahiran individu lain yang memang telah sedia berjaya. Saya tegaskan kepada para pelajar, tidak wajar kita 'meniru' sesuatu pencapaian jika hanya meniru sebahagian daripadanya manakala sebahagian yang lainnya kita tinggalkan. Bukanlah bermaksud perlu meniru keseluruhannya, tetapi perlu mengetahui keseluruhannya agar kita boleh membuat pilihan tepat sesuai dengan kondisi yang kita miliki.

Saya akhiri sesi diskusi saya pagi ini dengan mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kerana meminjamkan 3 perkara, mata, telinga dan otak!. Tentu sahaja 3 unsur penting inilah yang memungkinkan kita boleh merintis kejayaan dan memilih idola dalam kehidupan. Selamat berjaya kepada anak-anak ini!

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Restoran Acil, Batu 32, Tawau

Friday, July 29, 2011

Hari Menandatangai Buku Rekod..




Hari ini adalah hari penting untuk membolehkan ibubapa mengetahui perkembangan dan pencapaian anak-anak dari sumber primer ( first hand source ). Sayangnya sebagaimana biasa, kaum ibu yang ramai dan memenuhi dewan. Kaum Ayah pun ada juga tapi masih dalam kuantiti yang boleh dihitung dengan hujung jari. Bagaimana agaknya kita nak mengubah keadaan ini, kerana rasionalnya pertemuan ini dalam kekerapan yang sedikit...lantas wajar untuk mereka menghadirkan diri walau bagaimana sibuk sekalipun dengan tugas.

Tidaklah juga terlalu salah, tetapi tidak salah untuk menunjukkan komitmen sedikit luar biasa. Biasakan yang betul, betulkan yang biasa.....mungkin frasa yang paling tepat menanggapi 'dilema' ini. Agaknyalah.......

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Dewan Pelajar SMKT, Semporna

Langkah Berganda....

Tepat pukul 8.00 pagi tadi, saya sudah tercegat berdiri dihadapan Bilik Gerakan, SMK. Kabogan 2. Sebagaimana biasa, undangan teman-teman dari sekolah ini agak sukar untuk saya menolaknya. Sukarnya kerana suasana sekolah ini yang berstatus menumpang di sebuah sekolah rendah 'memanggil' saya untuk menyumbangkan sesuatu disini. Lebih penting lagi.....anak-anak murid sekolah dari latar belakang sosial yang 'digambarkan' agak terpinggir, maka menjadi tugas saya untuk menjelmakan suatu sudut pandang yang lebih segar menanggapi alam persekolahan mereka.


Sesi diskusi yang berlanjutan lebih satu jam, saya menegaskan kepada pelajar calon SPM ini keperluan untuk mengharungi cabaran sikap dan kaya inisiatif dalam kamus kehidupan mereka yang agak 'susah'. Pencapaian dalam peperiksaan boleh diperbaiki dengan memiliki sikap positif mendepani setiap kesulitan. Demikian sukarnya memperlengkap keperluan pembelajaran termasuk buku pelajaran dan seumpamanya boleh dihadapi dengan kreatif dan inovasi dengan bahan sedia ada disekeliling. Hakikatnya, peperiksaan adalah jawapan!. Setiap masa yang berlalu, penuh dengan peluang dan kesempatan.

Saya tegaskan juga, sepanjang masa yang kita lalui....seolah-olahnya kita sedang melepasi deretan panjang billboard yang mengiklankan pelbagai perkara dalam kehidupan kita. Pelajar yang pernah gagal, pelajar yang berjaya lulus dengan cemerlang, guru-guru dan pengalaman mereka malah sekitar penghidupan pelajar itu sendiri adalah iklan-iklan percuma yang sepatutnya ditonton dengan penuh pengamatan dan pengajaran agar kita boleh menapak perjalanan kita menuju matlamat kita dengan jayanya. Paling penting lagi......saya mengajak anak-anak ini untuk melihat setiap yang berlaku sebagai silibus yang perlu mereka lalui untuk mengecapi status manusia berjaya dan tahan cabaran. Doanya....moga anak-anak murid ini berjaya mempelajari sesuatu!

Jom.....buat tugas lain pula!

( Catatan semalam... )
Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Bilik Gerakan SMK. Kabogan 2, Semporna

Tuesday, July 26, 2011

Ekspresi....

Sempurna!. Selesai satu tugas!. Mungkin itulah istilah yang paling tepat untuk menggambarkan rasa saat dan ketika ini. Penat memang penat!. Tapi penat pun rasa cukup berbaloi. Berkongsi pemikiran dengan semua teman-teman dalam diskusi ini menjadikan kita terlupa pelbagai kemelut, cabaran dan halangan mendewasakan kita. Terasa nikmatnya 'memberikan' sesuatu sungguhpun dalam citra yang penuh ketidakpastian.


Saya menyatakan demikian, sebagai mengekspresikan apa yang saya lalui. Bukan bermaksud untuk menzahirkan rasa semata-mata. Perkara yang jauh lebih penting adalah 'kebimbangan' yang sentiasa bersarang dalam pemikiran tentang upaya dan keberkesanan penyampaian dalam program seumpama ini. Sesiapa pun jua, rasanya tidak akan dapat melarikan diri daripada dihantui oleh kebimbangan ini. Obligasi yang terpikul dibahu bukan ringan dan mudah. Lebih dari itu, pertanggungjawaban ini tentu sahaja menuntut obligasi lain yang juga mempunyai implikasi langsung dengan kehidupan kita.

Bagaimana agaknya untuk 'menyahkan' rasa ini. Saya hanya menyakini bahawa saya 'berusaha melakukan sesuatu yang baik'. Dan, saya tekad untuk tidak tergoda dan terpengaruh oleh unsur-unsur yang akan membunuh keyakinan saya. Agaknya saya 'kebas' dan 'bermutasi' dalam hal ini, tetapi.....yang pasti saya telah menyempurnakan sesuatu!. Selebihnya......sudah berada diluar lingkungan upaya saya. Ohhh...... begitulah agaknya.

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Terminal 2, KKIA

Melihat-lihat......

Ketika catatan ini dinukilkan, jam tepat 6.20 petang saya sedang duduk di seat 14F, pesawat maswing, MH 3504. Sudah agak lama saya tidak menaiki pesawat Fokker. Perjalanan hari ini adalah perjalanan panjang 'agaknya', kerana bertolak dari satu penjuru terpencil untuk pergi ke satu penjuru terpencil yang lain, sesungguhnya satu jarak perjalanan yang sungguh mencabar. Namun, saya positif menempuhinya, dan yakin ada sesuatu yang lebih bermakna untuk saya lakukan andai misi perjalanan ini saya sudahkan dengan jayanya.


Saya nukilkan tajuk teknologi dan aplikasinya dalam kehidupan, sesuatu yang tidak boleh dikesampingkan. Umum sudah mengetahui bagaimana ICT dan aplikasinya begitu memudahkan kehidupan manusia. Urusniaga yang selalunya dilangsaikan berhari-hari, kini hanya memerlukan beberapa jam, malah beberapa minit sahaja untuk disudahkan. Ciri umum, kos yang lebih murah, masa yang lebih cepat dan efisyen serta aplikasi secara terus dengan bahagian atau unit berkenaan memungkinkan aplikasi ICT ini sebagai antara opsyen terbaik dalam mentadbir kehidupan masa kini.

Sempat bersembang dengan adik-adik yang balik bercuti pada kesempatan hujung minggu ini, sememangnya semua mengakui.......menguasai atau memiliki kemahiran ICT.....

( Catatan semalam...... )

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:On Board MasWing MH 3504

Misi Di Penghujungan....







Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Dewan SFI Sipitang, Sipitang

Sunday, July 24, 2011

3 days in a row!

Baru sebentar tadi melabuhkan badan, mengisi blog, rehat, tidur dan moga bermimpi indah malam ini, setelah sempat bertemu teman yang berkunjung ke wilayah saya ( bukan wilayah celcom ). Terasa benar puas hati dapat bertemu dengan teman lama disini. Tentu sahaja kesempatan ini mencipta ruang yang selesa untuk kami saling mengemaskini pengetahuan dan perjalanan hidup masing-masing!. Ahh....masa sekejap cuma, terasa perkenalan lama masih segar berlaku, menjadikanku terasa cukup dan bahagia.

(Catatan hari Jumaat, 11.30 malam - Restoran Anjung Finmah )

Pagi tadi saya bergerak ke Airport Tawau untuk mengambil adik yang balik kampung dari Kota Kinabalu. Sampai agak lambat di Airport, namun kelewatan itu mendorong kami untuk singgah di Balung dan menikmati sarapan pagi, nasi kuning ( yang bersih ), berlaukkan ikan kayu dan ayam masak kurma. Rasa seronok bertambah pagi ini apabila bertemu pula dengan kawan lama semasa pengajian perguruan suatu ketika dahulu. Amat teruja mengetahui perkembangan masing-masing. Namun, Cikgu Samleh lebih mengenali saya yang katanya sinonim dengan Perodua Kenari. Ketawa panjang kami berdua manifestasi.....rasa kasih persahabatan.Ahh....terasa benar masa begitu cepat berlalu!

(Catatan hari sabtu, 7.30 pagi - Restoran Balung)

Seusai menonton perlawanan bola sepak pertembungan Singapura dan Malaysia untuk kelayakan Piala Dunia, dalam respon negatif, saya bergegas turun ke Pekan, rencana bertemu dengan juga teman lamal mungkin teman. Benar.....hari ini rezeki saya. Pertemuan kali ini membawa saya ke alam kanak suatu ketika dahulu, tentunya isu-isu semasa tidak terlepas daripada rangkuman diskusi. Namun,.........

(Catatan hari Ahad, 2.46 pagi - Jalan Causeway)

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Seri Ilham, Semporna.

Thursday, July 21, 2011

Hijau, Biru, Merah dan Kuning...




Akhirnya......setelah 3 hari mengerah kudrat, Sukan Padang dan Balapan SMK. Tagasan kali ke-21 sesi 2011, hasil mahsul yang telah dibahagi-bahagikan kepada 4 bahagian. Hijau meraih 24 emas, Biru meraih 23 emas, Merah meraih 12 emas dan Kuning mendapat 9 emas.












Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Track and Field SMKT, Semporna

Wednesday, July 20, 2011

Go go go......














Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Track and Field SMKT, Semporna

Good Morning.....




Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Junction SMKT, Semporna