Thursday, May 6, 2010

Bintang...oh bintang!

Semalam saya mengambil kesempatan untuk mengambil gambar keindahan jutaan bintang di langit tentunya dengan ilmu yang baru diperolehi dari Dr. Mustapha. Kebetulan juga semalam adalah jadual untuk saya bermain badminton. Tetapi sebelum turun dari rumah, bekalan elektrik ke kampung saya terputus, dan kelihatan agak lama untuk pulih. Lantas, saya mengambil kesempatan mendongak ke langit dan sedikit teruja dengan hiasan jutaan bintang di angkasa. Benar kata Dr. rupanya suasana gelap gelita beginilah yang paling baik untuk kita mencerap pelbagai misteri yang ada di langit yang terhampar luas itu.
Lantas saya bingkas mengambil Canon 1000D dan Manfrotto NGC saya dan memilih lokasi 'open shoot' saya. Sekadar permulaan, untuk menggunakan ilmu yang telah dipelajari disamping meningkatkan kemahiran mengoperasikan peralatan yang selama ini tidak diketahui kelebihannya. .......dan inilah antara gambar-gambar yang berjaya saya rakamkan, hiasan bintang yang cukup mengujakan!. Let's feel it!




Wednesday, May 5, 2010

Gerhana Zuhrah !


Kandungan entry laman ini dipetik daripada Laman Falak Online, tentang gerhana Zuhrah pada 16 Mei 2010 ini.

Kejadian ini berlaku kerana Bulan sebenarnya sedang bergerak perlahan-lahan ke Timur, secara relatif dengan bintang-bintang di langit. Kebetulan di Malaysia, pada waktu tersebut, Zuhrah betul-betul berada pada kedudukan laluan Bulan.

Kemudian, lebih kurang 1 jam kemudian, iaitu pada pukul 8.33 PM, Bulan sudah bergerak agak jauh ke timur, dan mula menampakkan kembali planet Zuhrah. Kali ini ia muncul di bahagian bawah Bulan pula.

Proses ini secara jelas menunjukkan kepada kita bahawa Bulan sememangnya sentiasa bergerak ke timur, walaupun jauh lebih perlahan jika dibandingkan pergerakannya menuju ke ufuk barat (akibat dari putaran Bumi), namun ia tetap berlaku.

Kejadian ini berlaku kerana Bulan sebenarnya sedang bergerak perlahan-lahan ke Timur, secara relatif dengan bintang-bintang di langit. Kebetulan di Malaysia, pada waktu tersebut, Zuhrah betul-betul berada pada kedudukan laluan Bulan.


Demikian antara lain kandungan artikel Falak Online. Apa yang berlaku sebenarnya....dapatkan maklumat lanjut di sini?



Tuesday, May 4, 2010

Galaksi....


Explanation: Some spiral galaxies are seen almost sideways. NGC 3190, one such galaxy, is the largest member of the Hickson 44 Group, one of the nearer groups of galaxies to our own Local Group of galaxies. Pictured above, finely textured dust lanes surround the brightly glowing center of this picturesque spiral. Gravitational tidal interactions with other members of its group have likely caused the spiral arms of NGC 3190 to appear asymmetric around the center, while the galactic disk also appears warped. NGC 3190 spans about 75,000 light years across and is visible with a small telescope toward the constellation of the Lion (Leo).

Source : Astronomy Picture

Monday, May 3, 2010

Aktiviti Mencerap Langit!




Slideshow yang dipaparkan Dr. Mustapha, Puskal, Ranau rasanya cukup informatif. Dr. memulakan ‘talkshow’ malam tadi dimulakan dengan persoalan ‘How big our planetary?’. Gambaran yang Dr. berikan dengan slideshow dan perbandingan antara setiap planet termasuk planet kita, bumi menjadikan semua hadirin teruja mengikuti penerangannya.

Bayangkan sahaja, apabila semua planet disusun secara berbaris lurus mengikut saiz daripada kecil sehinggalah yang bersaiz besar, bumi kita hilang dari pandangan dek kerana terlalu kecil dibandingkan dengan matahari.

Begitu besarnya matahari itupun, apabila pula dibandingkan dengan bintang lain seperti Ceres, Rigel dan lain-lain (lupa sudah….), begitu kecilnya pula bintang matahari kita!.

Apa yang cukup menarik perhatian saya, setiap kali Dr. menayangkan objek atau gambar planet di slide, dengan menggunakan laser pointer menunjuk pula ke angkasa lepas lokasi dan kedudukan planet-planet dan bintang yang sedang dibincangkan! Benar-benar seperti berada di dalam bilik darjah yang mengandungi pelbagai bahan bantu yang hanya ditunjukkan di angkasa!.

Terasa kerdilnya kita dengan ciptaan tuhan yang maha esa ini!.

Selesai talkshow, saya mengambil kesempatan untuk bertanya dan berguru sebanyak mungkin tentang planet, teleskop dan kamera untuk meningkatkan kemahiran saya menekuni bidang penuh misteri ini.

Kembara saya ke Karnival Pendidikan Sains ini rasanya cukup berbaloi kerana Dr. memberikan saya beberapa tips dan petua berguna dan lebih penting lagi saya ditunjukkan potensi dan kegunaan kamera saya yang rasanya tidak begitu maksima saya gunakan. Antara yang berjaya saya rakamkan adalah gambar angkasa dengan warna penuh yang menunjukkan kedudukan planet Zuhal. Dengan bantuan teleskop Celestron Nexstar, sempat juga kami merakamkan planet Zuhal sungguhpun dengan gambar yang kurang jelas dan terang! Terima kasih Dr. atas ilmu yang cukup berguna itu!. Malam nanti mencerap lagi!.

Nota : Catatan ini sepatutnya diapungkan pada malam ahad yang baru lalu.

Wow...brilliant Robo!



Artikel ini saya perolehi dari Laman Falak Online dengan tajuk R2 D2 di ISS,
Saya pernah bertanya, agak-agaknya bila masanya robot akan mula melakukan kerja-kerja di angkasalepas, terutama di persekitaran orbit bumi. Jangan cerita berkenaan kejayaan robot Spirit dan Opportunity yang sedang merayap-rayap di planet Marikh, kerana itu merupakan satu kehebatan teknologi yang menakjubkan. Angkasa lepas, bagi saya tempat yang begitu banyak risiko terutama untuk manusia.
Kemudian, baru-baru ini NASA telahpun membuat langkah pertama. Mereka bersama-sama dengan General Motors, telah merekacipta sebuah robot berbentuk humanoid yang diberi nama Robonaut-2 , atau R2.
Menarik sekali, kerana sebaik sahaja penghantaran dilakukan ke ISS pada bulan Sep 2010 nanti, krew-krew di ISS akan ada teman sebilik yang baru, tetapi kali ini bukan manusia..tetapi sebuah robot.
Maklumat seterusnya dari NASA menyatakan R2 akan melakukan kerja-kerja rutin, seperti penyelenggaraan. Ia akan memberi peluang kepada krew ISS melakukan tugasan yang lebih rumit dan membiarkan tugasan yang mudah kepada R2.
Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah kemampuan R2 ini yang dikatakan boleh melihat objek, merasa keadaan sekeliling dan melakukan adaptasi penyesuaian! Kawalan R2 sebenarnya turut akan dipantau dari bumi. Kawalan ini hampir kepada masa-nyata, yang mana hanya ada kelewatan 2-6 saat sahaja untuk video dari ISS sampai ke bumi.
Lebih banyak info boleh didapati di sini.
Mungkin suatu hari nanti, ISS akan dipenuhi oleh R2, yang akan dikawal secara jauh oleh manusia di bumi. Tapi tak syoklah, pasal tak ada peluang nak jadi angkasawan pulak masa itu!

Sumber & Foto Kredit: NASA

Friday, April 30, 2010

Karnival Pendidikan Lahad Datu!






Petang tadi...... sekitar jam 5.30 petang sampai di SM. Teknik Lahad Datu. Mengunjungi anak di SMS dan memenuhi aktiviti malam ini dengan aktiviti mencerap planet dan bulan bersama Team Lingkudau. Pertemuan kali pertama bersama Dr. Mustapha, cukup menyeronokkan saya. Aktiviti malam ini nampaknya cukup meriah dengan sambutan yang amat menggalakkan. Malam nanti saya akan up-load gambar-gambar aktiviti malam ini. Sibuk sikit membantu Team Lingkudau, disamping saya sendiri banyak ingin diketahui mengenai astronomi!. Pegi dulu !

Thursday, April 29, 2010

Googol....




Tahukah anda nama ‘Google’ berasal dari kesilapan mengeja ‘Googol’ yang merujuk kepada angka 10100 ( angka 1 diikuti setaus angka sifar ). Google ini merupakan satu projek penyelidikan ole Larry Page dan Sergey Brin, yang merupakan penuntut kedoktoran ( Phd ) di University Stanford.

Misi asal mereka adalah untuk menghasilkan maklumat dan carian yang boleh digunakan secara universal. Google yang pada asalnya dikenali sebagai Back-Rub mula didaftarkan sebagai domain Google.com pada 15 September 1997. Monopoli carian google pada

masa kini seolah membawa fenomena baru kepada dunia internet. Tidak heranlah ,persaingan mutakhir ini adalah antara yang menarik untuk diperhatikan!. Sejauh mana google berjaya memecah tradisi monopoli Microsoft dan Apple.....hanya masa yang akan menentukannya!.

Saya perkatakan Google kerana membaca artikel pendek dalam majalah 'estidotmy' keluaran bulan April ini, yang dikeluarkan kelmarin sebagai sisipan dalam salah satu akhbar perdana. Menarik juga untuk diketahui!. Jom cari maklumatnya.

Dust Pillar of the Carina Nebula...



Explanation: Inside the head of this interstellar monster is a star that is slowly destroying it. The monster, on the right, is actually an inanimate pillar of gas and dust that measures over a light year in length. The star, not itself visible through the opaque dust, is bursting out partly by ejecting energetic beams of particles. Similar epic battles are being waged all over the star-forming Carina Nebula. The stars will win in the end, destroying their pillars of creation over the next 100,000 years, and resulting in a new open cluster of stars. The pink dots around the image are newly formed stars that have already been freed from their birth monster. The above image was released last week in commemoration of the Hubble Space Telescopes 20th year of operation. The technical name for the stellar jets are Herbig-Haro objects. How a star creates Herbig-Haro jets is an ongoing topic of research, but it likely involves an accretion disk swirling around a central star. A second impressive Herbig-Haro jet occurs diagonally near the image center.

Source : Astronomy picture of the day

p/s : Teruja dengan aktiviti mencerap angkasa bersama Dr. Mustapha, Puskal, Sabah hujung minggu ini. Nantikan.....laporan aktivitinya.

Seorang Professional....

Bagaimana agaknya tafsiran profesional pada anda?. Umum memahami profesional itu digambarkan dengan ciri mahir dalam bidang yang diceburinya, perkhidmatannya mengungguli kualiti tanpa kompromi, jika kita berhasrat menggunakan perkhidmatannya......bersedialah membayar dengan kos yang 'agak' tinggi. Hanya sebagai contoh perbincangan, jika kita menggunakan khidmat seorang juru gambar profesional.....tafsiran yang kita fahami adalah kualiti gambarnya, ketepatan masanya dengan janji yang telah dibuat, dan tentu sahaja aspek kos yang juga mencirikan seseorang jurugambar profesional atau tidak, ......sekurang-kurangnya pada kefahaman kita!.

Lalu...jika ini perbandingan yang kita buat terhadap medan makna 'profesional'......tidak mungkinkah bagi profesion lain untuk boleh menjadi profesional?. Ambil sahaja 'tukang sapu sampah', 'tukang membuat perahu' dan seumpamanya. Pastinya.....mereka juga boleh menjadi profesional. Keyakinan saya adalah, 'profesional' ini bukan hak eksklusif kerjaya tetentu. Lalu bagaimana yang dinamakan profesional itu?. Perbincangan dengan sifu dan rakan forum yang lain benar-benar memberi makna baru 'profesional' kepada saya.

Satu ciri yang jelas pada seorang 'profesional' tidak kiralah apa kerjayanya......adalah seseorang yang mempunyai pengalaman yang agak lama, menekuni dan menceburi bidang tersebut. Erti kata lain, ciri asas seorang profesional ialah mempunyai pengalaman yang agak lama dan luas dalam bidangnya!. Tidak dinamakan profesional seorang 'cameraman' yang baru sahaja menceburi bidang ini sungguhpun dia mempunyai kekuatan teori dan alatan yang menjadikan gambarnya menyamai gambar profesional. Bukankah umum membuat tafsiran orang lama itu lebih mahir berbanding orang baru....walau dalam apa-apa aspek sekalipun!.

Tetapi harus juga di ambilkira, pengalaman yang luas dan lama itupun tidak berupaya menanggapi seseorang itu sebagai profesional!. Ha.ha...ilmu dan pengetahuan seseorang dalam bidang yang diceburinya juga harus ada sebagai melengkapi medan makna 'profesional'. Hakikat bahawa seseorang tidak mungkin akan menjadi profesional juga....jika tidak mempunyai pegetahuan, tidak kiralah sama ada ilmu baru atau teori lama dalam profesionnya!. Apa yang pasti...ilmu pengetahuan yang dimiliki seseorang yang profesional itu tentunya akan menjadikan dirinya sentiasa 'terkini' dalam teknologi atau 'pendekatan baru' dalam menyudahkan tugasannya. Dapatkah anda bayangkan.....seseorang yang profesional tetapi tidak mengetahui teknologi terbaru dalam 'industri' profesionnya!. Tentu sahaja....keadaan ini akan sedikit mencacatkan piawaian profesional yang kita berikan pada orang tersebut.

Lantas, untuk menjadikan diri kita seorang profesional......kita harus memiliki 2 ciri penting iaitu pengalaman dan pengetahuan. Pengalaman itu akan menjadikannya seseorang yang tahu setiap aspek dalam lapangan yang diceburinya. Demikian juga, llmu pengetahuan yang dimiliki bukan sahaja menjadikannya tahu perkembangan dan teknologi terbaru dalam menyudahkan tugasannya, malah ilmu pengetahuan itulah yang menjadikan seseorang itu menginovasikan profesionnya. Inovasi itu nanti akan mencetuskan lonjakkan yang menghampirkan profesional berkenaan kepada penyelesaian atau penyempurnaan tugasnya!.

Dalam bahasa mudah, kombinasi pengalaman dan pengetahuan akan menjadikan seseorang itu profesional sama ada sebagai penjawat awam atau swasta, anggota sesebuah organisasi, ahli keluarga malah sebagai seorang hamba Allah!. Ketiadaan salah satu daripada 2 ciri itu hanya akan menjadikannya seorang yang mahir, dan tidak profesional!. Adakah saya seorang guru profesional, ayah profesional, suami profesional, anak profesional, teman profesional, warganegara profesional.......... Kita fikirlah bersama !.

Saturday, April 24, 2010

Are we professional?

Ketika catatan ini dinukilkan, saya sedang duduk santai di lobi Mimpian Jadi Resort, Tuaran. Terlalu lama tidak menjenguk laman ini. Nak kata tiada langsung bahan bicara....tidak juga. Nak kata ada pun....tidak juga kerana inilah 'catatan' yang berjaya dimasukkan dalam laman ini.

Bersama kumpulan, agak banyak juga bahan bicara yang ingin saya kongsikan! Tetapi tema....professional, rasanya agak relevan untuk dikupas!. Ada meeting ni....saya 'cau' dulu!. Perincian akan saya catatkan kemudian!. Tip...top....blaaa...!