Thursday, April 29, 2010

Seorang Professional....

Bagaimana agaknya tafsiran profesional pada anda?. Umum memahami profesional itu digambarkan dengan ciri mahir dalam bidang yang diceburinya, perkhidmatannya mengungguli kualiti tanpa kompromi, jika kita berhasrat menggunakan perkhidmatannya......bersedialah membayar dengan kos yang 'agak' tinggi. Hanya sebagai contoh perbincangan, jika kita menggunakan khidmat seorang juru gambar profesional.....tafsiran yang kita fahami adalah kualiti gambarnya, ketepatan masanya dengan janji yang telah dibuat, dan tentu sahaja aspek kos yang juga mencirikan seseorang jurugambar profesional atau tidak, ......sekurang-kurangnya pada kefahaman kita!.

Lalu...jika ini perbandingan yang kita buat terhadap medan makna 'profesional'......tidak mungkinkah bagi profesion lain untuk boleh menjadi profesional?. Ambil sahaja 'tukang sapu sampah', 'tukang membuat perahu' dan seumpamanya. Pastinya.....mereka juga boleh menjadi profesional. Keyakinan saya adalah, 'profesional' ini bukan hak eksklusif kerjaya tetentu. Lalu bagaimana yang dinamakan profesional itu?. Perbincangan dengan sifu dan rakan forum yang lain benar-benar memberi makna baru 'profesional' kepada saya.

Satu ciri yang jelas pada seorang 'profesional' tidak kiralah apa kerjayanya......adalah seseorang yang mempunyai pengalaman yang agak lama, menekuni dan menceburi bidang tersebut. Erti kata lain, ciri asas seorang profesional ialah mempunyai pengalaman yang agak lama dan luas dalam bidangnya!. Tidak dinamakan profesional seorang 'cameraman' yang baru sahaja menceburi bidang ini sungguhpun dia mempunyai kekuatan teori dan alatan yang menjadikan gambarnya menyamai gambar profesional. Bukankah umum membuat tafsiran orang lama itu lebih mahir berbanding orang baru....walau dalam apa-apa aspek sekalipun!.

Tetapi harus juga di ambilkira, pengalaman yang luas dan lama itupun tidak berupaya menanggapi seseorang itu sebagai profesional!. Ha.ha...ilmu dan pengetahuan seseorang dalam bidang yang diceburinya juga harus ada sebagai melengkapi medan makna 'profesional'. Hakikat bahawa seseorang tidak mungkin akan menjadi profesional juga....jika tidak mempunyai pegetahuan, tidak kiralah sama ada ilmu baru atau teori lama dalam profesionnya!. Apa yang pasti...ilmu pengetahuan yang dimiliki seseorang yang profesional itu tentunya akan menjadikan dirinya sentiasa 'terkini' dalam teknologi atau 'pendekatan baru' dalam menyudahkan tugasannya. Dapatkah anda bayangkan.....seseorang yang profesional tetapi tidak mengetahui teknologi terbaru dalam 'industri' profesionnya!. Tentu sahaja....keadaan ini akan sedikit mencacatkan piawaian profesional yang kita berikan pada orang tersebut.

Lantas, untuk menjadikan diri kita seorang profesional......kita harus memiliki 2 ciri penting iaitu pengalaman dan pengetahuan. Pengalaman itu akan menjadikannya seseorang yang tahu setiap aspek dalam lapangan yang diceburinya. Demikian juga, llmu pengetahuan yang dimiliki bukan sahaja menjadikannya tahu perkembangan dan teknologi terbaru dalam menyudahkan tugasannya, malah ilmu pengetahuan itulah yang menjadikan seseorang itu menginovasikan profesionnya. Inovasi itu nanti akan mencetuskan lonjakkan yang menghampirkan profesional berkenaan kepada penyelesaian atau penyempurnaan tugasnya!.

Dalam bahasa mudah, kombinasi pengalaman dan pengetahuan akan menjadikan seseorang itu profesional sama ada sebagai penjawat awam atau swasta, anggota sesebuah organisasi, ahli keluarga malah sebagai seorang hamba Allah!. Ketiadaan salah satu daripada 2 ciri itu hanya akan menjadikannya seorang yang mahir, dan tidak profesional!. Adakah saya seorang guru profesional, ayah profesional, suami profesional, anak profesional, teman profesional, warganegara profesional.......... Kita fikirlah bersama !.

No comments: