Semasa kembara ramadhan 3 hujung minggu lepas, saya telah mengambil kesempatan mengunjungi Tech City, sebuah One stop centre untuk peralatan outdoor, astronomi dan sebagainya yang terletak di 1 Borneo. Antara hajat hati saya mengunjungi premis ini adalah untuk mencari laser pointer. Alhamdulillah, saya jumpa juga akhirnya. Penerangan Mr. Lee cukup memuaskan hati.
Dalam perjalanan balik pada malam itu, saya mengambil kesempatan setiap kali keluar dari tempat duduk untuk mencuba Laser Pointer. Memang power meneropong dengan laser pointer ini kerana memudahkan kita untuk 'sniper' objek yang ingin diteropong. Malam tadi peluang menggunakannya saya telah manfaatkan.
Sekitar jam 11.16 malam, saya dan adik amme dan adik karim mengangkat teleskop ke laman rumah dan memulakan 'zooming' mencerap planet. Malam ini, untuk kali kedua planet mustari sahaja yang dapat diperhatikan. Apapun.....lihat sahaja bagaimana 'powerfull' laser pointer yang saya gunakan untuk 'point' objek di angkasa. Let's feel it!
No comments:
Post a Comment