Thursday, June 17, 2010

Journey for Youth!

Tepat pada jam 3.25 pagi tadi, saya dan sahabat akhirnya sampai ke destinasi dituju, Rumah saya Seri Ilham. Perjalanan dari Lahad Datu bermula sekitar 12.30. Setelah menyudahkan tugasan membuat aktiviti perkongsian ilmu dengan pemimpin belia di Program Pemimpin Belia Berkaliber Lahad Datu. Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan dilangsungkan di Royal Palm & Spa, Lahad Datu. Kandungan pengisian program akan saya perincikan dalam catatan akan datang.

Sebelum bertolak dari Lahad Datu, sempat juga minum dengan para sahabat di tempat
program. Kemudian minum kali kedua dengan adik sahabat saya di Rumpun Selera, sambil menyaksikan tumbangnya Sepanyol ditangan Switzerland dalam saingan Piala Dunia 2010. Dimana-mana nampaknya demam bola Piala Dunia menguasai suasana. Selama 2 hari di Lahad Datu menyaksikan Restoran sentiasa penuh dengan pelanggan yang menyaksikan perlawanan bola sepak terutamanya pada jam 7.30 petang, jam 10 malam malah jam 2.00 pagi.

Demikian suasana semasa singgah di Pekan Kunak. Bola juga menguasai suasana. Tetapi perjalanan awal pagi ini tetap sunyi daripada kebiasaan. Mungkin juga orang lebih memilih untuk rehat menonton Piala Dunia daripada memulakan perjalanan. Sepanjang perjalanan dari Lahad Datu ke Pekan Kunak kami hanya berselisih dengan 4 atau 5 buah kereta dan lori. Sungguhpun mengantuk, tetapi agak sukar terlelap mungkin kerana perjalanan yang agak sunyi itu.

Sampai sahaja di Pekan Kunak kami memilih untuk melelapkan mata seketika sebelum kemudiannya menyambung perjalanan dengan giliran saya mengendalikan perjalanan kereta. Saya bermonolog dalam hati, sungguhpun letih dan terpaksa bersengkang mata, tetapi kepuasan tetap terasa.....saya telah menyumbang sesuatu kepada anak-anak bangsa saya.

Saturday, June 12, 2010

Nilai...Modal Nilai !

Semalam sempat sembang-sembang dengan teman saya tentang pelbagai perkara. Macam biasalah.... Salah satu topik yang menarik perhatian saya adalah kisah kejayaan seorang
manusia yang telah berjaya dalam perniagaannya. Modalnya mudah......kepercayaan dan kejujuran. Sebenarnya usahawan ini tidaklah berapa 'dikenali', apatah lagi dengan profail dan gaya yang mempamerkan susuk sederhana dan bersahaja. Perniagaannya hanyalah menjadi tukang hantar barang dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Barangan yang dihantar pula adalah pelbagai. Dari barangan pukal sehinggalah membuat bayaran ansuran kereta di bank-bank komersial.

Pada peringkat awal perniagaannya, dengan hanya menggunakan kenderaan yang kecil, beliau mengambil upah menghantar atau mengambil barangan di bandar ke daerah kecil. Ada juga pelanggan yang menggunakan perkhidmatannya untuk membuat bayaran ansuran kereta di bandar, apatah lagi dengan bayaran yang jauh lebih murah berbanding dengan kos kita pergi sendiri. Suatu yang menarik untuk dinukilkan adalah nilai kejujuran dan kepercayaan yang dibina oleh usahawan itu sendiri.

Setiap barangan yang dihantar diterima dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Janji ditepati seperti mana disepakati. Jika tidak dapat dipenuhi, sedari awal dimaklumi. Jika janji tidak tertunai, sesegeranya tambatan janji dilerai. Hari demi hari berlalu, kepercayaan demi kepercayaan semakin menebal dan menghapus sama sekali keraguan. Suatu yang jelas berlaku pada usahawan ini adalah penjenamaan 'jujur dan boleh dipercayai' itu telah menebal dan menjadi buah mulut para pelanggan. Akhhirnya, semakin ramai yang mempercayai perkhidmatannya.
Hari ini, usahawan ini bukan sahaja mempunyai barisan kenderaan yang besar dalam perniagaan penghantarannya, malah rangkaian perniagaannya sudah menjalar ke daerah-daerah bukan tradisionalnya. Malah beberapa gedung membeli belah besar 'terpikat' dengan perkhidmatannya dan menjadikan usahawan ini sebagai agensi penghantaran barangan gedung mereka. Tidak heranlah kini, usahawan yang bermodalkan nilai kepercayaan dan kejujuran ini, sudah mampu memiliki 'gudang' sendiri sebagai depot simpanan barangan yang menunggu dihantar ke destinasi yang dituju. Bukan sahaja dirinya berjaya, tetapi lebih ramai lagi yang berpeluang memiliki sumber pekerjaan kesan daripada kejayaan perniagaannya.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa modal material tetap diperlukan dalam menjayakan perniagaan. Tetapi pada pengamatan saya, usahawan ini telah melaburkan modal 'nilai' jauh lebih banyak daripada modal 'material' dalam menjayakan perniagaannya. Saya terfikir sendiri.... berapa lamakah masa yang telah diambil untuk 'membina' kepercayaan ini dan palling penting lagi.....cukup bersabarkah kita menanti 'kepercayaan ini sebati' dengan diri kita!. Lu fikirlah sendiri.......

Thursday, June 10, 2010

Hot Orange...


Explanation: Even a quiet Sun can be a busy place. And over the deep Solar Minimum of the past few years, our Sun has been unusually quiet. The above image, taken last week in a single color of light called Hydrogen Alpha and then false colored, records a great amount of detail of the simmering surface of our parent star. Further information, visit this site.

Monday, June 7, 2010

Sumbanganku...sumbanganmu!

Lebih kurang jam 2.00 pagi saya dan sahabat saya sampai di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Perjalanan balik yang mengambil masa hampir 2.00 jam dari Kundasang tidak terasa kerana lena tidur sepanjang perjalanan. Rencananya perjalanan awal pagi 07 Jun 2010 ini adalah untuk kembali ke ‘pengkalan hadapan’ setelah menyudahkan tugasan dalam satu program kemasyarakatan.

Pada laman ini, saya mengambil kesempatan sekali lagi untuk menzahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada teman-teman baru saya Cikgu Romanus, Cikgu Stephen, Cikgu Chow, Cikgu Shukor, Cikgu Dumik, Cikgu Veron, Cikgu Ho, Cikgu Liah, Cikgu Angela, Cikgu Corina, Cikgu Zainab dan Cikgu Monaliza.

Perkongsian bersama mereka saya menegaskan beberapa perkara yang rasanya, pada hemat saya amat berguna bukan sahaja untuk profesion malah juga untuk perkara lain dalam kehidupan sebagai seorang manusia. Seringkali kita menilai sesuatu berdasarkan indikator tertentu. Jika menilai sumbangan, banyak mana sumbangan yang telah dibuat. Lebih banyak sumbangannya, tentu sahaja dinilai lebih baik. Pada hemat saya…..tafsiran sebegitu harus ada kekecualiannya. Jika sesebuah bandaraya itu dipuji bersih dan bebas daripada sampah, lazimnya Datuk Bandar lah yang akan menerima ‘ganjaran’ daripada sesiapa sahaja ( tidak kira apa bentuk ganjarannya ).

Tetapi tiada siapa dapat menafikan peranan yang dilaksanakan oleh tukang sapu sampah di bandaraya itu. Apakah mungkin tukang sapu sampah itu menerima ‘ganjaran’ yang sama seperti yang diterima Datu Bandar?. Tentu sahaja ada perbezaannya!. Suatu yang sering kita terlepas pandang….belajarlah kita menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh seseorang walau sumbangan itu datangnya daripada golongan ‘kasta’ rendah pada nilaian masyarakat material. Bagaimana?.

Mungkin kelihatan lucu……jika semua orang menemui tukang sapu sampah hanya untuk mengucapkan terima kasih atas sumbangannya membersihkan sampah-sarap di bandaraya kita. Cara penghargaan seumpama itu ‘mungkin’ juga akan lebih menjadikan tukang sapu sampah itu tidak dapat menumpukan perhatian pada ‘profesionnya’. Adalah lebih baik, kita sendiri secara individu memastikan sampah-sampah yang kita ‘hasilkan’ kita buang ke dalam tong sampah.

Jika sikap ini yang kita amalkan, kita bukan sahaja memudahkan kerja tukang sapu sampah tersebut, malah secara tidak langsung sikap ini merupakan ‘ganjaran’ yang lebih bernilai kepada tukang sapu sampah tersebut!. Apa lagi jika sikap seperti ini mampu kita ‘muat-turun’ kepada orang-orang yang hampir dengan kita. Dapatkah kita bayangkan…..senyum manis tukang sapu sampah ‘melihat’ perlakuan kita membuang sampah itu. Tanpa perlu menuturkan kata-katapun…..anda sudah rasa kepuasannya.

Saya menyedari kefahaman ini masih boleh dibahaskan. Tetapi suka saya menegaskan, perkara pokoknya adalah….kita belajarlah ‘menghargai’ setiap sumbangan yang diberikan walau sebesar manapun saiz sumbangan itu. Kefahaman ini bukan sahaja menjadikan orang yang memberikan sumbangan itu berasa dihargai, tetapi yang lebih penting lagi……kita akan sentiasa penuh ‘bertenaga’ memperbanyakkan sumbangan dan kebaikan, kerana kita meyakini sumbangan kecil kita tetapi ada manfaatnya. Apatah lagi jika kefahaman ini disandarkan pada tuntutan agama. Ayuh……kita jangan penat berbuat kebaikan!.

Friday, June 4, 2010

World Heritage Journey...

Hari ini sempat berjalan-jalan di Wilayah Tapak Warisan Dunia Taman Kinabalu ( Kinabalu Park ). Selepas bersarapan ( sebenarnya hampir makan tengahari sudah... ) di Kelisa, Kundasang bersama teman-teman, kami meneruskan langkahan kaki 'memasuki' Kinabalu Park. Hasrat hati asalnya hendak berjalan ke Kota Kinabalu, lebih spesifik ke Technorats, One Borneo. Selain saya
ingin membeli beberapa aksesori tambahan untuk myMac, juga ingin memenuhi 'gian' teman saya, Yani yang tengah melalui tempoh kritikal 'mengidamkan' iPad. Saya tak tahu bagaimana nak bantu melainkan membawa sahaja ke Technorats....sekurang-kurangnya 'cium bau' kata Tan Sri P. Ramlee. Hee...he... itu cerita lain!.

Apapun terasa benar nyaman dan tenangnya berjalan santai menyusuri 'Walkway Kinabalu Park' dengan berlantaikan tumbuhan hijau yang menyejukkan mata memandang, dan berpayungkan kanopi pokok hutan dara.
Saya tidak menafikan keinginan untuk memiliki sebuah chalet kecil disini. Memadai sebagai tempat berehat bersama keluarga dan anak-anak pastinya. Siulan burung yang bersahut-sahutan dengan deruan air sungai yang berterjunan menghempas batuan dialur sungai cukup harmoni dan saling melengkapi. Sesekali kabus yang berarak lalu menyapa sum-sum tulang dengan salam kesejukan yang memanggil-manggil rasa hangat. Ahh......

Semasa catatan ini dimuatkan ke blog, saya sedang duduk di Restoran Sri Dina, menjamu selera sambil melepaskan lelah selepas habis menjelajah kaki gunung Kinabalu, sungguhpun belum lagi kesemua kawasannya. Rencananya selepas ini hendak ke Poring pula!. Sedikit catatan akan saya nukilkan dalam 'entry' akan datang!. Wa...cau dulu!

Thursday, June 3, 2010

Teacher Professional Journey!


Semasa catatan ini dinukilkan, saya sedang duduk di sebuah restoran di tepi jalan utama Kundasang-Ranau. Rehat dan sambil menjamu selera, demikian kata sahabat saya, Yani menggambarkan 'kerja' kami ketika ini. Jadual perjalanan yang sememangnya padat sejak dari kelmarin. Pergerakan ke Lahad Datu untuk mengunjungi sahabat, berkesinambungan sehingga hari ini. Jika semalam sifu membuat pengisian tentang 'Teacher Professional Practioner' di Lahad Datu, hari ini kami 'menuntut' lagi ilmu berkenaan ke Kota Kinabalu.

Penerbangan Air Asia dari Tawau ke Kota Kinabalu, jam 1.30 pm...., sungguhpun 'retimed' tetapi tetap santai dan releks. Sesampai di Terminal 2, terus bergegas ke 'medan perbincangan'. Tepat jam 5.00 bergerak ke Airport Kota Kinabalu sebelum bergegas pula ke Kundasang. Perjalanan akan 'terencat' dengan kesesakan perjalanan melepasi Bandaraya Tropika.

Perjalanan menyelusuri lereng-lereng jalan banjaran Crocker dipenuhi dengan pelbagai cerita. Antara yang mendapat tumpuan adalah kisah bintang tiga semasa era darurat negara sehinggalah kepada kisah kejayaan beberapa ikon 'Malaysia Boleh' dan juga pelbagai disiplin cerita astronomi...... tup...tup....... sampai juga akhirnya ke destinasi.

Kini, duduk....... akhirnya sedar bateri mymac tinggal 14%. Nampaknya....stop dulu ni!. InsyaAllah, ada beberapa perkara menarik yang saya nak kongsikan dalam satu dua hari ni.