Thursday, February 4, 2010

Up..up...up...!











Hari ini bermulalah temasya sukan tahunan sekolah saya untuk tahun 2010. Penganjuran kali yang ke-20 ini tentunya dengan cerita yang tersendiri. Sungguhpun dengan pengalaman penganjuran yang acapkali, tetapi pengalaman bekerja dengan pelbagai team dan kombinasi yang baru tetap menjanjikan kelainan pada 'persembahan' temasya pada kali ini. Pengalaman yang pasti akan dirasai adalah situasi penganjuran dalam cuaca yang panas terik, pasti membawa cabaran yang cukup menarik.

Pengalaman pada tahun-tahun yang sudah, kebiasaannya trek dan padang akan bergenang dengan takungan air hujan. Tidak mengira guru atau pelajar, pegawai atau atlet....akan basah kuyup dalam mempamerkan keupayaan dan pencapaian masing-masing. Temasya kali ini, ramai pelajar dan kalangan guru yang mengeluh dengan cuaca panas terik, tidak kurang juga yang mula memperihalkan 'pemanasan global'. Advanced juga pelajar-pelajar saya ni tentang isu pemanasan global. Ok..nanti ulas detail lagi! .....Nak rehat!


















No comments: