Kedai Roti Hjh. Elly, Tawau ( jam 3.55 petang ).
Antara bahan bual bicara yang banyak kami perkatakan sepanjang perjalanan adalah perubahan yang nampaknya 'sangat ganas' membaham segala pemandangan kita. Sahabat saya, Saudara Muji berkata, "Setiap seminggu, setiap kali itu juga wajah Kota Kinabalu berubah". Demikian cepatnya perubahan berlaku. "Sebab itu kita juga harus berubah senada dengan perkembangan masa", demikian sahabat saya menambah.
Nota :Dimanakah kita menempatkan diri dalam perkembangan dan perubahan ini. Pada saya, tidak perlulah kita terlalu sibuk sangat dengan putaran ganas perubahan ini. Biarkan sahaja ianya berlaku, kerana sesiapapun tidak akan mampu menghalangnya. Rasanya, lagi bijaksana untuk kita terlibat dengan perubahan ini, tetapi mengambil bahagian pada 'acara' yang mampu kita kuasai. Diri kita sendiri....dan orang-orang disekeliling kita harus membuat persediaan 'selayaknya' menghadapi tika dan saat 'genting' itu.
Sebab itulah.......menyediakan orang disekeliling dengan perubahan dan perkembangan zaman semestinya dalam bentuk "software". Proses muat turun "software" ini kepada kita dan orang sekeliling harus dipastikan berlaku dengan jayanya. Hanya dengan "software" yang berlesen dan berkualiti sahajalah, generasi terkemudian daripada kita, mampu menghadapi era facebook ini dengan berjaya. Tentunya.....setiap kita amat arif memilih 'software' yang saya maksudkan.
No comments:
Post a Comment