Pada ketika catatan ini dinukilkan, jam sudah menunjukkan pukul 1.18 pagi. Begitu cepatnya masa beredar, hari ini Isnin....dan semalam hari Ahad sudahpun menjadi sejarah. Tentunya apa sahaja yang telah kita lakukan kelmarin sudah menjadi sebahagian kisah yang terkumpul dalam lipatan sejarah hidup diri kita. Mahu tak mahu, kita sudah hilang kesempatan melakukan kebaikan dan memperbanyakkan amalan. Untunglah mereka yang telah mengisi hari kelmarin dengan baik dan sebaliknya rugilah mereka yang telah mensia-siakan hari kelmarin tanpa sebarang aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat.
Saya dedikasikan catatan ini istimewa kepada ahli-ahli kumpulan satu, Ashrafi, Anthanasius, Cikgu Azari, Jojo, Farid dan Wan, serta juga Christine, Shafizawaty, Hazel dan Nurul ( jangan lupa jemput... ). Pada mereka, dan kali ini saya banyak menegaskan untuk kita menukar segala kelemahan, kegagalan dan kekurangan yang ada pada diri kita sebagai batu loncatan. Tentunya batu loncatan yang saya maksudkan adalah kearah kebaikan pastinya.
Mungkin saja kita pernah mengalami kegagalan. Apakah wajar kita memilih untuk terus murung dan menangisi kegagalan itu. Selayaknya, kita harus bingkas bangun dari kegagalan untuk melakarkan kejayaan. Mungkin saja kita pernah mengalami kesedihan, kehilangan orang tersayang dan seumpamanya. Sekaligus, apakah wajar untuk kita terus berduka lara. Mengapa tidak kita menukarkan kesedihan itu dengan sesuatu yang lebih mendorong dan menceriakan kita. Atau apa sahaja bentuk dan rupa kegagalan dan kekecewaan yang kita alami, ianya harus dilihat dari kaca mata yang lebih positif. Namun ianya tidaklah semudah kita menyatakannya!.
Tidak ramai dikalangan kita yang melihat 'kegagalan', 'kekecewaan', 'kesedihan' dan seumpamanya itu sebagai nikmat yang amat besar manfaatnya. Amatlah rugi untuk terus menangisi segala bentuk kegagalan dan kekecewaan itu. Bukankah lebih baik kita membuat persediaan menghadapi hari esok!. Semalam sudahpun menjadi sejarah, dan hari esok tetap menjanjikan harapan, cita-cita dan mimpi indah. Tak teringinkah kita untuk mengusahakan kejayaan pada masa hadapan!. Pastinya.....rantaian ini tidak akan kunjung sudah. Lantas, wajar untuk kita sentiasa positif menghadapinya!. Ayuh... jangan putus asa, kerana harapan sentiasa ada kepada sesiapa sahaja yang berusaha menggapainya. Nabil kata.......Lu fikirlah sendiri....!
2 comments:
Assalamu'alaikum tuan, terima kasih yang tidak terhingga atas dua hari pengisian ilmu yang pada saya dan rakan-rakan sekumpulan. segalanya terlalu mahal untuk dinilaikan dalam bentuk material. sejujurnya, cerita 'pen marker' itu akan menjadi kenangan yang TETAP saya kenang sampai bila bila. cuma yang masih saya agak samar dalam perkara yang pernah kita bincangkan iaitu 'menikmati kegagalan', saya cuba mencari keterkaitannya perkara gagal itu dengan titik di mana ia dapat dinikmati.
ceritanya begini, selepas aktiviti pen marker itu, saya sebenarnya berasa agak 'down' dan tidak bersikap seperti yang sebelumnya. saya menjadikan aktiviti itu sebagai kegagalan saya dalam menjalankan tugas sebagi ketua yang entah ke mana fungsinya. dan yang sejujurnya, saya memang kecewa dengan apa yang telah berlaku kepada saya dan kumpulan.
berehat di bilik, saya masih berfikir tentang perkara itu, dan teringatkan tentang apa yang tuan telah katakan kepada kami iaitu 'menjadikan sesuatu yang negatif yang berlaku ke atas kami itu merupakan suatu nikmat'. malangnya saya kerana tidak dapat mengaitkan antara keduanya. saya tidak mampu untuk menikmati kegagalan itu melainkan tetap berasa sedih atau kecewa kerananya.
saya tidak pasti, apakah saya masih tidak mampu untuk menggalinya lebih dalam? tidak faham tentang apa yang telah diajar? ataupun sebenarnya saya yang tidak merasa atau tidak nampak nikmat dan hikmah itu yang mungkin sebenarnya sudah terhampar di depan mata saya.
nampaknya saya perlu menuntut lebih lagi. terasa benar ilmu yang ada hanya sekelumit dalam diri saya.
kursus baru saja tamat tadi. Alhamdulillah semuanya baik, selamat sampai di rumah. Semoga tuan sekeluarga dalam limpahan rahmat Allah. aamiin Ya Robb..
Selamat sejahtera Tuan..
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas curahan ilmu yang tidak berbelah bagi yang telah Tuan berikan kepada kami semua. Saya sangat 'respect' dengan keprofesionalan dan kepakaran Tuan dalam mengendalikan LDK tersebut.
Saya akui terdapat banyak kelemahan yang tidak saya sedar sebenarnya wujud dalam diri ini. Sesungguhnya, sepanjang kursus ini sedikit sebanyak mata dan hati saya terbuka untuk menilai kembali diri ini.
Slot yang paling meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada saya adalah 'slot binggo' dan 'pen marker.' Memang saya merasa sangat terkilan kerana tidak mampu menyelesaikan masalah yang diberikan. Walaupun terasa seperti dipermain2kan pada awalnya, namun hakikatnya itu lah diri kita yang kadangkala lupa untuk mencari penyelesaian yang berkesan.
Anyway, I do feel that you have done an excellent job as our facilitator.
Akhir kata, terima kasih sekali lagi dan semoga kita akan berjumpa lagi.
Christine J.
Post a Comment