Saturday, February 21, 2009
Kursus Bina Negara Pelajar
Thursday, February 19, 2009
Technical Error!
Tuesday, February 17, 2009
Virtual Block !
Dengan citra penuh sukacita saya menyematkan rasa terima kasih kepada para pengunjung kerana kesudian menyingsing hijab, menjengah laman ini, tanpa kisah apapun niatnya!. Dengan rasa rendah diri juga…..…..saya menghidangkan bicara hati dari alam fikir dan daerah kefahaman dan pengalaman sendiri untuk saya kongsikan dengan sesiapa sahaja di planet bumi ini!.
Sebagaimana kebiasaanya, pengalaman mengendalikan LDK ini banyak membenihkan perpektif dan pendekatan baru dalam menanggapi sesuatu perkara. Tetapi pada kali ini…..saya nak point kepada apa yang saya panggil sebagai ‘virtual block’ atau ‘halangan maya’. Ada kecenderungan dikalangan kita untuk lebih berani membuat keputusan yang membawa kerugian, kerana lebih bimbangkan ‘virtual block’. Sedang kita sepatutnya lebih berani membuat keputusan yang membawa kebaikan atau positif walaupun mungkin saiz ‘virtual block’ yang kita bayangkan itu lebih besar, namun peluang itu jangan disia-siakan.
Ambil situasi dalam simulasi, apabila kita diberi cek kosong oleh seorang dermawan dan diminta
Kenapa kita tidak lebih berani mengambil cek kosong itu……dan jika bimbangkan ‘virtual block’ pun, rencanakan dengan baik pengurusan dan perjalanan duit dari cek kosong itu. Mungkin dengan cek kosong itu kita mempunyai sangat banyak peluang lain untuk membuat kebaikan dan manfaat bukan sahaja untuk diri dan keluarga, malah juga untuk agama, bangsa dan Negara!.
Kita mungkin pernah berhadapan dengan situasi yang memerlukan kita membuat keputusan atau tindakan. Kecenderungan kita membuat keputusan pastinya akan dipengaruhi oleh pengetahuan sedia ada kita atau pengalaman masa lalu kita sendiri atau mungkin juga pengalaman orang lain. Sudah tentu setiap keputusan atau tindakan yang kita buat, dipengaruhi oleh saiz risiko yang mungkin kita terpaksa hadapi.
Monday, February 16, 2009
Artikel Tanpa Nama !
Seketika berada di airport ini, saya bertemu dengan sahabat lama…Saudara Hermany. Saya tumpang gembira mendengar cerita kejayaan kawan-kawan!. Selepas check-in, saya ‘menghunus kamera’ untuk menangkap apa sahaja objek…..yang saya sendiripun tak tahu untuk apa!. Saya hanya fikir…..nanti saya carilah gunanya!. Dalam pesawat Airasia, saya duduk di tepi tingkap paling hadapan sekali!. Mata saya galak melihat gelagat pramugari dan pramugara
Semasa saya menulis catatan ini, saya baru sahaja habis mengajar anak murid saya di kelas 1D. Saya katakan hari saya hari ini serba-serbi lancar……kerana segalanya kelihatan berjalan bagai yang direncanakan!. Siapa tahu…….semasa berkira-kira nak menaiki apa pulang ke Semporna, seorang lagi kawan, Saudara Ikram pula dalam perjalanan ke Semporna. Apa lagi……kami yang memang mengantuk dan hanya menanti untuk disorong bantal……terkinja-kinja
Saya memberi tahu rakan-rakan bloggers, catatan saya tentang kursus yang kami hadiri bermula jumaat lalu kebiasaanya akan dimasukkan hari ini. Saya menyatakan demikian kerana bimbang coretan itu akan hilang bersama kesibukan yang tak pernah sudah!. Tetapi saya
Thursday, February 12, 2009
Planet Zuhal !

Sesampai di rumah, saya terus 'on' laptop untuk melawat laman falak-online, nak lihat apa 'event' yang ada di angkasa malam tadi. Sehabis sahaja mandi dan melakukan kerja-kerja yang patut, saya duduk menghadap komputer......rasa penat terasa tiada bila 'diberitahu' pada jam 11 malam tadi planet zuhal boleh dilihat 5 darjah ke kiri bulan. Saya terus sahaja mengangkat teleskop ke laman rumah dan mula mendongak ke langit untuk melihat kalau-kalau apa yang dimaklumkan benar berlaku....sekali lagi saya tak berjaya!. Biasan cahaya bulan menyebabkan sukar untuk melihat objek lain di angkasa. Lantas, mematikan niat untuk melihat zuhal, dan beralih untuk meneropong apa-apa sahaja yang ada di langit.
Saya mencari di laman web yang biasa dilawati, gambar zuhal dan menemuinya di laman langkawi observatory!. Ok la....sikit. Insya-Allah, eksplorasi angkasa ini semakin menarik. Ada beberapa lagi gambar bulan penuh yang terbaru saya ambil beberapa hari yang lalu. Memang cantik! Saya ingat nak 'edit' dahulu, barulah saya paparkan disini. Jumpa lagi!
Wednesday, February 11, 2009
Seketika itu di Pantai Tinagat......
Monday, February 9, 2009
Gerhana Bulan Penumbra!

Walaupun ia gerhana penumbra, namun Bulan akan melalui agak hampir dengan kawasan umbra. Kita akan dapat lihat Bulan kelihatan sompek sedikit di satu satu sisinya. Bulan mula memasuki bayang-bayang penumbra pada jam 8:38:46 pm Waktu Malaysia. Kemuncak gerhana akan berlaku pada jam 10:38:15 PM Waktu Malaysia dan tamat pada jam 12:37:40 PM Waktu Malaysia.

Disebabkan kesan bayang-bayang penumbra hampir mustahil untuk dilihat dengan mata kasar, kita hanya dapat melihat kesannya apabila Bulan menghampiri kawasan umbra di antara jam 10:00 PM hingga 11:20 PM Waktu Malaysia. Perkiraan ini adalah ramalan sahaja.Ia juga bergantung kepada keadaan cuaca setempat.
Another beautiful moon on 08 February!
Sunday, February 8, 2009
Moon on 06 February!
Friday, February 6, 2009
Tuesday, February 3, 2009
Buat sajalah......!
Isunya menyangkut pelbagai lapangan. Pertamanya, dorongan minima….., mungkin sekadar dua kosa kata pada kebanyakan kita. Tidak ramai yang menyedari bahawa kuasa dorongan minima pada yang menyedarinya adalah terlalu besar dan berpengaruh. Bahasa Agamanya.....lebih kurang, selemah-lemah iman!.
Mesej Pertama.