Thursday, July 21, 2011

Hijau, Biru, Merah dan Kuning...




Akhirnya......setelah 3 hari mengerah kudrat, Sukan Padang dan Balapan SMK. Tagasan kali ke-21 sesi 2011, hasil mahsul yang telah dibahagi-bahagikan kepada 4 bahagian. Hijau meraih 24 emas, Biru meraih 23 emas, Merah meraih 12 emas dan Kuning mendapat 9 emas.












Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Track and Field SMKT, Semporna

Wednesday, July 20, 2011

Tuesday, July 19, 2011

Usaha....

Ketika ini, dibawah simbahan sinar terik cahaya petang matahari, anak-anak murid saya sedang mengerah kudrat dan memerah keringat mencipta kejayaan untuk diri masing-masing. Tentu sahaja persaingan mencipta kejayaan untuk rumah sukan masing-masing terselit bersama usaha untuk melakar kejayaan peribadi. Mana tidaknya, hari pertama saringan Sukan Tahunan Sekolah kali ke-21 bermula sejak awal pagi hari ini dan masing-masing mempamerkan kesungguhan untuk muncul menjadi hero dan juara.


Sememangnya melalui usaha dan inisiatif sebeginilah akan terbit nilai murni lain yang akan menyerlahkan kekuatan dalaman setiap pelajar. Sungguhpun usaha ini asalnya untuk mengumpul jumlah emas yang paling banyak untuk rumah sukan masing-masing, tanpa sedar......ada pelajar yang menyerlahkan kekuatan peribadi melalui larian dan usaha bersungguh-sungguh muncul juara.

Usaha setiap pelajar ini harus bersambut sebagai usaha untuk muncul sebagai juara, tetapi usaha ini juga harus dipindahkan dalam lapangan lain. Untuk muncul juara dalam acara sukan, usaha ini harus diserlahkan, demikian juga usaha untuk menjadi pemenang dalam bidang akademik, usaha yang sama jugamesti dijana. Tinggal lagi.....anak-anak pelajar ini mesti 'dilatih' untuk menggunakan pengalaman diatas padang dan balapan ini dimanipulasikan dibilik-bilik darjah dan kertas jawapan peperiksaan. Go go go......jayakan dirimu, serlahkan usahamu!

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Track and Field SMKT, Semporna

Monday, July 18, 2011

Batas..

Terfikir membicarakan "batas". Ketika ini.....

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Jalan Causeway,Semporna

Sunday, July 17, 2011

Cikgu Optimis vs Cikgu Pesimis!

Saya teringat dalam beberapa siri perbincangan dengan teman-teman diskusi, malah dalam ruang kuliah PMDG, mengenai keberkesanan institusi pendidikan melangsaikan fungsi dan peranannya, perbahasan tak kunjung sudah!. Mana tidaknya, perbincangan adakalanya bertukar menjadi medan meluahkan apa yang patut dan tidak patut berlaku. Sesi sebegini cenderung menjadi medan bangau oh bangau, dan selesai tanpa gagasan konkrit menghadapi tugas dan peranan institusi pendidikan


Pada pengamatan saya, bila disebutkan institusi pendidikan, elemen lain yang menyangkut makna pendidikan itu adalah juga komponen yang terlibat. Bila memperihalkan pendidikan, komponennya adalah penggubal dasar ( kementerian ), kepimpinan pendidikan ( para pentadbir sekolah ), sekolah ( sekolah, staf & guru, murid ), guru ( pengajaran dan pembelajaran ), ibubapa ( anak-anak & pelajar ) serta komponen pelajar itu sendiri.

Tentu sahaja guru mengambil wajaran perhatian yang besar kerana posisi guru yang menjadi 'jambatan penghubung' kepada pelbagai lapisan dan komponen yang lain dalam institusi pendidikan ini. Segala dasar dan kandungan kurikulum yang dilaksanakan di sekolah diperturunkan kepada guru-guru untuk direalisasikan. Di sudut oposisi, ibubapa pula menyorong anak-anak mereka ke bilik-bilik darjah untuk 'diproses' melalui makmal dan ramuan yang telah diformulasikan oleh guru.

Polemik dan dilema timbul apabila ramuan dan resipi yang disusun oleh guru untuk anak-anak berkenaan tidak seperti yang diharapkan. Guru berdilema kerana formula itu tentunya berdasarkan 'kehendak dasar dan kandungan kurikulum' yang disediakan kementerian. Tetapi situasi sebaliknya berlaku dilapangan sebenar, kerana hambatan yang bersifat tempatan dan budaya spesifik. Guru keseorangan menghadapi dua dimensi berbeza, yang juga mempunyai budaya desakan dan tekanan yang juga berbeza!. Lantas, apakah pilihan guru.....

Pada hemat saya, di titik inilah yang akan menzahirkan perbezaan antara guru. Seorang guru yang prolifik dan optimistik, tentunya kaya dan sarat dengan inisiatif menghampirkan dua aliran pertembungan keperluan. Sebaliknya guru pesimistik, tentu sahaja kreatif memantulkan alasan dan justifikasi menghalalkan 'kegagalan' fungsi dan peranan. Sungguhpun kelihatan berlaku dualisme keperluan antara kehendak dasar dan kurikulum dari satu arah dan kejayaan anak-anak pelajar dari arah bertentangan, sebenarnya 'pertembungan' itu adalah pada landasan yang sama dan boleh disatukan!.

Tinggal lagi......guru mesti mencipta satu resepi yang bersifat tempatan. Segala perencah dan bahannya adalah berjenama tempatan. Mungkin...sedikit diluar kebiasaan dan melanggar mana-mana pantang larang. Namun guru berkenaan mempunyai alasan konkrit terhadap keluarbiasaan tersebut, iaitu jenama tempatan. Ciri abnormal itulah yang menjenamakannya bersifat tempatan, dan mungkin resepi itu hanya sesuai ditempat itu sahaja. Tetapi yang penting, resepi ini berjaya berfungsi meskipun dengan gaya tersendiri!.

Dengan kata lain, sebagai seorang guru, sewajarnya kita lebih berinisiatif menjayakan posisi kita sendiri. Gunakan bahan mentah yang sedia ada, inovasikan 'kekurangan' yang kita miliki untuk menjelmakan suatu perubahan yang lebih bermakna, saiz bukan isunya, yang penting ada. Iktiraf kejayaan kecil itu untuk mendorong diri sendiri melakar kejayaan yang besar daripada asal....... Rasanya itu lebih bermakna!.

Posted using BlogPress from My iPad's



Location:Seri Ilham, Kg. Kabogan, Semporna

Makna Baharu Perubahan Pendidikan..

Buku setebal 377 halaman ini adalah terjemahan daripada buku asal The New Meaning of Educational Change. Antara lain buku ini menghujahkan situasi realistik tentang sekolah yang kini dilanda angin perubahan.


"Penggubal dasar mendakwa guru menolak perubahan, guru pula merungut bahawa pihak pentadbir membuat perubahan untuk mendabik dada dan mereka itu tidak tahu apa yang diperlukan serta tidak memahami apa yang berlaku di bilik darjah. Ibubapa kebingungan dengan amalan membaca yang baharu serta tidak dapat melihat kaitan antara pendidikan dengan peluang pekerjaan pada masa akan datang".

"Ada pihak berhujah bahawa usaha menstruktur semula sekolah merupakan satu-satunya jalan penyelesaian yang ada, sementara pihak yang lain pula mendakwa pilihan ini sebagai mimpi kosong yang mengalih perhatian kita daripada perubahan dasar kurikulum yang amat diperlukan".

"Di tengah-tengah kemelut ini, ejen pada semua peringkat tercari-cari cara untuk menginstitusikan lebih banyak program, sementara guru pula menganggap ejen perubahan inilah yang patut diinstitusikan, bukannya program mereka. Pelajar pula terlalu leka dengan perkara lain, lantas tidak memberi perhatian kepada semua kemelut ini".


Menarik perbincangan dalam buku ini, khususnya dalam mencari dan menanggapi makna perubahan yang sedang berlaku merentasi sistem pendidikan hari ini, dengan menggalas cabaran yang juga semakin kompleks. Buku tulisan Micheal Fullan ini cukup popular dikalangan pemikir pendidikan, dan boleh dibeli secara online disini.

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Seri Ilham, Kg. Kabogan, Semporna

Saturday, July 16, 2011

Avanza New Gen!

Wow.....!





Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Balai Seri Menanti, SMSLD, Lahad Datu.

Friday, July 15, 2011

Sukantara 2011


































Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Track and Field SMKT, Semporna

Biasakan yang betul, betulkan yang biasa....

Entah pada ketika bila saya mendengar satu rancangan radio dinamakan Biasakan yang betul, betulkan yang biasa. Pemilihan kosa kata untuk rancangan ini tepat dan gramatis menggambarkan kandungan rancangan ini. Kandungan rancangan ini sebenarnya adalah pendidikan membetulkan penggunaan bahasa yang tepat dan membetulkan kebiasaan yang digunakan masyarakat dan sekaligus memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang mempunyai sistem dan tatabahasanya sendiri.


Saya tidak memilih untuk berdiskusi tentang bahasa, jauh sekali berpolemik tentangnya. Namun gagasan rancangan ini wajar melangkaui batasan berbahasa. Acapkali kita melihat perlakuan yang biasa sehingga kekadang terdorong melakukan perbuatan yang salahpun diterima sebagai betul!. Alasannya mudah perbuatan salah itu sudah menjadi perkara biasa, oleh kerana tiada pembetulan dibuat maka yang salah menjadi biasa, dan kelihatan betul sungguhpun menyanggahi norma masyarakat.

Ambil sahaja perbuatan pemandu yang suka memotong kenderaan lain, tanpa langsung mempamerkan rasa bersalah dan mohon laluan daripada pemandu lain. Atau pemandu yang suka meletak kenderaan sebarangan sehingga menghalang lalu lintas. Atau perbuatan seorang lelaki dewasa yang selamba membuang sampah ditempat awam. Dan...banyak lagi contoh lain yang menggambarkan 'betulkan yang biasa'. Contoh yang saya nyatakan mungkin dalam skala yang kecil impak kesalahannya, namun agaknya bagaimana dengan perbuatan yang jelas menyalahi undang-undang, fitrah manusia apalagi hukum agama.

Lantas, sewajarnya.....kita bergerak keluar dari kebiasaan yang tidak betul, dan menjadikan perbuatan yang betul itu satu kebiasaan. Rasanya, andai kita mempunyai gagasan ini secara peribadi, banyak limpahan manfaat yang bakal kita perolehi selain yang jelasnya akan meningkatkan kredibiliti kita sebagai seorang individu. Jom.......Betulkan yang biasa, biasakan yang betul!.

( Catatan tertunda dari daerah pengamatan semalam )

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Jalan Simunul, Semporna