Seawal jam 8.00 pagi, saya meronda-ronda sekitar Pekan Kuala Kubu Bharu bersama anak saya, Ilyana. Anak saya tertarik pada satu bangunan yang mempamer tahun 1930, tahun pembinaan bangunan itu, agaknya!. Pertanyaan anak saya itu mengundang rasa ingin tahu tentang sejarah bangunan ini. Lebih mengujakan lagi, Bukit Fraser yang terletak berhampiran lokasi ini diingati anak saya sebagai lokasi pembunuhan residen Inggeris semasa era darurat suatu ketika dahulu. Namun bukan itu yang ingin saya coretkan.
Lama & klasik.
Sememangnya tahun 1930 sudah cukup lama. “Lama” mengusung banyak medan makna. Ada sudut pandang yang mensinonimkan lama dengan usia. Semakinlah sesuatu itu lama atau berusia, maka semakinlah ia terpinggir atau setidak-tidaknya kurang diendahkan orang. Agaknya mungkin kerana rupa sudah tiada atau fesyen ketinggalan zaman atau entah apa lagi sebab dan alasannya.
Dari sudut pandang seseorang yang sedang menunggu, ’lama’ juga membawa konotasi yang kurang baik. Semakinlah lama seseorang menunggu, semakinlah membuak-buak rasa marah orang tersebut. Lebih parah lagi, kerana ’lama’, rasa kepercayaan mula terhakis sedikit demi sedikit, andai benar-benar begitu.
Namun, lain halnya dengan sudut pandang orang yang meminati barangan klasik. Semakinlah lama sesuatu barang itu, maka semakinlah benda itu ’bernilai’ tinggi. Lebih ’lama’, lebih mahal?. Sehingga begitu sekali.
Manfaat.
Agaknya, dalam variasi sudut pandang yang pelbagai itu, suatu yang benar pada semua sudut pandang adalah sejauh mana ’lama’ itu benar-benar memberi ’manfaat’. Andai sudut pandang kita adalah negatif, maka manfaat mungkin kurang kita ambilkira, lantas 'lama’ itu tiada maknanya. Sebaliknya, andai sudut positif yang kita gunakan untuk ’memaknakan’ medan maksud ’lama’, maka ’lama’ itu juga sangat banyak manfaatnya. Tanpa terhad kepada membicarakan manusia atau aspek kehidupan sekalipun, jelas manfaat yang akan menjadikan “lama dan klasik” itu ada faedahnya. Agaknya begitu lama dan klasik dibicarakan. Benarnya....anda tentukan sendiri.
Posted using BlogPress from my iPad
No comments:
Post a Comment