Istirehat seketika seusai perjalanan panjang sedari kelmarin. Sememangnya perjalanan kali ini khusus untuk 'meluaskan pandangan' dan menjelajah laman orang. Gee gee adalah yang paling teruja sepanjang perjalanan ini. Riang terzahir kerana dialah antara yang paling awal bersiap setiap kali rencana perjalanan dibicarakan. Gee gee jugalah yang asyik mengemukakan soalan wajib, "Kemana kita hari ini, Ayah?". Sekadar catatan perjalanan, kelmarin perjalanan bermula dengan berkunjung ke rumah adik di Tanjung Malim, Perak. Perjalanan banyak dipermudahkan dengan bantuan navigasi Papago yang memberi tunjuk arah yang baik. Perjalanan kali pertama memandu sendiri terasa jauh, walaupun jarak perjalanan sebenarnya cuma 20 minit perjalanan dari sini. Perjalanan santai disulami perhentian di sana sini. Paling mengesankan adalah perhentian di gerai durian tepi jalan. Anak-anak tidak melepaskan peluang menjamah durian yang sudah lama diidam-idamkan. Hahaha....catatan bersambung lagi nanti......
Posted using BlogPress from my iPad
Location:Jalan Abdul Hamid, Kuala Kubu Bharu
No comments:
Post a Comment