Wednesday, February 9, 2011

Persediaan sebelum berjuang!

Baru beberapa jam yang lalu saya berkesempatan membuat pengisian dan perkongsian ilmu dengan anak-anak murid Tingkatan 5, SMK. Abdullah II dalam Program Pemantapan Persediaan SPM & PMR 2011. Sebagaimana biasa kesempatan ini saya manfaatkan atas peluang menukilkan rupa wajah anak-anak untuk melihat masa hadapan mereka.

Saya tegaskan beberapa perkara dalam sesi perkongsian ilmu ini. Saya timbulkan persoalan, where we are?. Bukan untuk tahu dimana kita berada dalam jawapan lateral. Menyatakan realiti tempat rasanya bukan lagi isu kini. Saya tegaskan bahawa betapa dunia pada hari ini sudah semakin kecil dan kompleks. Kereta terbang bukan lagi cerita filem semata-mata. Hari ini ianya sudah menjadi realiti. Bukan dengan niat mempamerkan betapa ketinggalannya kita, tetapi untuk mengingatkan betapa kita perlu bergerak lebih pantas dan berawas dengan cabaran dunia masa depan.

The way to get there?. Rasanya ini yang sering menjadi polemik pada sesiapa sahaja, tidak terkecuali pelajar. Sebab itu juga saya tegaskan perihal tugas kita sebagai manusia. Tugas yang tidak boleh kita buang dan 'letak jawatan' begitu sahaja.

( Catatan akan disambung semula... )

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Tagasan,Semporna,Malaysia

No comments: