Saya bertanya kepada dua orang pelajar tahun 6, sekiranya mereka mempunyai sejumlah wang yang banyak, kemanakah mereka akan belanjakan wang itu?. "Saya akan membantu orang-orang miskin, menderma kepada golongan kurang upaya dan menolong orang yang dalam kesusahan!". Demikian tulus ikhlasnya, anak gadis ini menjawab dengan penuh yakin.
Pelajar kedua yang saya lontarkan persoalan yang sama, dengan riak wajah yang sedikit tidak pasti, menjawab....."saya akan tabung duit itu, dan juga membeli alat-alat tulis!".
Mungkin ada pro dan kontra andai cerita pelajar berkenaan dipolemikkan. Namun hakikat yang terpamer daripada jawapan pelajar berkenaan, menayangkan suatu gambaran, hilangnya status ibu dan ayah sebagai ikon kepada anak-anak. Seolah-olah kepayahan dan cabaran yang dialami ibu ayah terlepas daripada pandangan dan perhitungan anak-anak. Natijahnya, apakala anak ini 'mempunyai' sedikit 'kelebihan', ibubapa bukan lagi ikon yang dirujuk sebagai individu yang wajar mendapat 'pembelaan' anak-anak. Saya tekan persoalan ini bukan bermakna ibubapa seolah mengharapkan belas ihsan anak-anak, jauh sekali meminta simpati.
Sekurang-kurangnya, berdasar kepada jawapan anak-anak diawal cacatan ini, amat jelas kelihatan benarnya 'kebimbangan' itu. Lantas, saya menegaskan keperluan kita menilai semula skil dan gaya yang kita amalkan dalam menjayakan anak-anak!. Remote Control.....yang kehabisan bateri tentu sahaja menimbulkan banyak masalah. Tugas para ibubapa kini selayaknya......kembali kepada asas pendidikan, iaitu menyempurnakan akhlak anak-anak sebagai persediaan awal. Akhlak yang baik tentu sahaja akan memberi kesan kepada pelbagai cabaran. Kegusaran emak ayah mungkin terubat sedikit andai anak itu mempamer nilai akhlak yang terpuji.
Komitmen inilah yang menentukan kejayaan hubungan emak dan ayah dengan anak-anak. Implikasinya mungkin dalam pelbagai skala, tetapi hasilnya bagaimana?. Catatan ini adalah antara sebahagian daripada kandungan yang telah saya huraikan dalam Seminar Keibubapaan, SK. Kg. Simunul, Semporna semalam. Mungkin ianya benar hanya pada pandangan saya tetapi belum tentu kepada orang lain. Lantas.....Lu fikirlah sendiri!
- Posted using BlogPress from my iPad
No comments:
Post a Comment