Monday, February 28, 2011

Leadership to be a leader

Pada hari Jumaat yang baru lalu, sekali lagi saya berkesempatan berkongsi perspektif dan sudut pandangan dengan sekelompok pelajar terpilih dalam Program Kepimpinan Pelajar di Sekolah saya. Kelompok pelajar yang terlibat menghimpunkan para pengawas sekolah, pengawas asrama dan kumpulan ketua-ketua ketua kelas.

Membicarakan Kepimpinan dalam konteks pelajar tidak akan terpisah daripada fungsi asal pelajar dan dunia belajar. Daerah pengaruh kepimpinan pelajar tentu sahaja dalam 'vakum' yang sedikit terhad. Fasa instalasi Teknologi Kepimpinan kepada pelajar-pelajar tentu sahaja bermula dengan keperibadian dan ciri-ciri yang lebih hampir kepada keperibadian dan watak mereka sendiri.

Bakat kepimpinan yang diasuh bermediumkan Badan Pengawas sekolah, Ketua-ketua kelas dan Para Pengawas Asrama tentu sahaja dalam rangka menjayakan agenda humanisme dengan harapan besar. Agaknya melalui proses beginilah harapan para pemimpin yang mahu menyediakan generasi pelapis Kepimpinan negara pada masa akan datang mampu direalisasikan.

Namun, hakikat yang sentiasa terbeban dibahu para pemimpin yang dalam pembikinan ini adalah realiti pencapaian mereka dalam peperiksaan awam yang mereka duduki saban tahun. Pencapaian inilah yang akhirnya menentukan kepimpinan yang mereka miliki, disamping dalam masa yang sama pencapaian itu juga menggambarkan darjah kepimpinan mereka. Inilah yang saya tegaskan kepada para pemimpin yang sedang dibangunkan ini. Apa yang pasti.......matlamat kepimpinan mereka tidak harus terpisah dari menjayakan agenda pendidikan mereka sendiri. Agaknya benarlah begitu......

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Tagasan,Semporna,Malaysia

No comments: