Hari ini, 5 Februari 2011. Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi kita Akan memasuki hari ke-37 dalam tahun ini. Begitu cepatnya masa berlalu. Seingat saya, pernah saya nukilkan lewat catatan seumpama ini, betapa masa kanak-kanak dahulu.....pergerakan masa setahun ini terasa amat lamanya. Kini, di alam dewasa ini....masa begitu cepat berlalu!.
Saya terfikir sendiri, perubahan ini bukan disebabkan oleh putaran jam yang semakin laju pada hari ini berbanding jam yang digunakan pada zaman dahulu. Bukan juga disebabkan pergerakan sang suria yang semakin cepat kini berbanding matahari pada zaman dahulu. Sesungguhnya alam ini tak pernah khianat pada 'tugasnya' pada kehidupan, termasuk kepada kita, manusia. Saya melihat perubahan itu disebabkan perubahan yang berlaku pada empunya diri yang menyedari perubahan tersebut.
Lantas, saya memacak keyakinan untuk kesekian kalinya, agen perubahan itu paksinya direntang pada yang empunya diri. Diri yang melihat. Diri yang merasa. Diri yang menikmati. Diri yang menyedari. Diri yang berefleksi. Malah.....diri yang alpa, diri yang lupa, diri yang 'asyik' berfatamorgana!. Sesungguhnya, jika kita 'asyik' memandang keluar dari 'daerah diri sendiri' dalam mencari makna dan relevansi kehidupan kita, sebenarnya.......kita memilih untuk bersikap pesimistik.
Pesimistik. Menunggu sahajalah.......agaknya begitu jika saya diminta untuk memaknakan pesimistik ini dalam bahasa yang mudah!. Jika ini benar, bagai kefahaman kita......maka selayaknya kita harus menilai semula!. Benar kata-kata ahli fikir, jika kita sudah 'ketiadaan' jalan untuk menemukan kesuksesan, kita bina sahaja jalan sendiri....mengapai kebahagian. Saya amat yakin, sungguhpun.....membina jalan itu jauh lebih sukar, dari hanya melalui jalan yang telah dibina, namun nikmat kebahagiannya tentu sahaja jauh lebih 'lazat' dari rasa yang biasa.
Agaknya....begitu pada hemat saya. Tentu sahaja tak semestinya begitu.......pada citarasa anda. Namun, umumnya, agaknya begini yang sepatutnya.
- Posted using BlogPress from my iPad
Location: Jalan Hospital,Semporna,Malaysia