Akhirnya September 2010 berlalu pergi!. Perginya tentu sahaja bersama dengan lipatan kisah dan peristiwa. Suka atau duka....kita sahaja yang menentukannya!.......jika kita memilih untuk nostalgik dengan kisah semalam. Membangun atau meruntuhkan.......kita juga yang menentukannya..........itupun jika kita memilih untuk mengintai hari-hari mendatang!.
Thursday, September 30, 2010
Finally......
Akhirnya September 2010 berlalu pergi!. Perginya tentu sahaja bersama dengan lipatan kisah dan peristiwa. Suka atau duka....kita sahaja yang menentukannya!.......jika kita memilih untuk nostalgik dengan kisah semalam. Membangun atau meruntuhkan.......kita juga yang menentukannya..........itupun jika kita memilih untuk mengintai hari-hari mendatang!.
Gliese 581.....our new home ?
Wednesday, September 29, 2010
Tahu dan buat !
Apa beza antara tahu dan buat ?. Jika tafsiran kita merujuk kepada medan makna perkataan semata-mata, mungkin mudah untuk kita menyatakan perbandingan antara kedua-dua perkataan tersebut. Saya timbulkan persoalan ini bukan untuk mencirikan makna perkataan semata-mata. Untuk memudahkan daerah kefahaman kita, persoalan ini dilontarkan khususnya untuk menanggapi polemik yang diakibatkan oleh perbezaan antara dua perkataan berkenaan.
Kecenderungan yang sering berlaku, betapa kita mudah mengaku tahu. Malah pada tahap yang lebih parah, mengakui sangat arif tentang sesuatu perkara. Andai yang diakui itu benar-benar seperti yang diakui maka tidak sangat menimbulkan persoalan. Sebaliknya, andai yang diakui ‘tahu’ sedangkan yang sebenarnya ‘tidak tahu’ atau lebih lebih lembut sedikit ‘tahulah sikit-sikit’ maka tahap ini memerlukan muhasabah. Lebih rendah daripada tahap itu, tentu sahaja sudah memasuki zon lain, iaitu berbohong!.
Saya tidak kisah sangat dengan soal pembuktian yang mencirikan dia tahu atau tidak. Tetapi persoalan yang lebih mendasar adalah soal integriti dan harga diri seseorang yang mengaku tahu. Mungkin persoalan ini boleh lagi diperincikan sejauh mana perkara yang diakui itu memberi implikasi kepada diri dan manusia sekeliling, malah kepada persekitarannya. Seseorang yang mengaku tahu dan dengan pengetahuannya itu berupaya membantu manusia lain mempermudahkan sesuatu perkara, tidak sangat menimbulkan polemik.
Sebaliknya, andai perkara itu penting kepada kehidupan manusia dan seumpamanya, dan kita mengakui bahawa kita tahu, pada hal dalam keadaan sebenarnya kita tidak tahu apa-apa……bukan sahaja kita kehilangan integriti malah kita juga turut merisikokan manusia lain dengan tindakan pengakuan kita yang tidak bertanggungjawab. Tetapi lazimnya, kita sendiri tentu sahaja tidak mengaku ‘tahu’, apatah lagi jika perkara itu besar implikasinya kepada manusia lain.
‘Buat’ kelihatannya perkataan yang bersifat ‘pragmatik’. Memang pragmatikpun!. Jika diperhalusi, ‘buat’ menggambarkan sesuatu yang dilakukan dan direalitikan. Bukan hanya pada kata-kata. Sama ada ‘buat’ itu sempurna atau tidak, pada hemat saya adalah persoalan lain. Tahap sempurna rasanya adalah fasa yang datang kemudian setelah sesuatu itu dibuat!. Kita hanya mengetahui tahap kesempurnaan sesuatu perkara setelah terlebih dahulu kita ‘buat’ perkara itu!.
Penambahbaikan adalah antara perkataan yang sinonim dengan sempurna. Sesuatu yang telah dibuat boleh ditingkatkan kesempurnaannya dengan melakukan penambahbaikan. Bukankah sesuatu yang ‘pelik’ membuat penambahbaikan terhadap sesuatu yang belum dibuat!. Maknanya, walau apapun pokok perbincangan dan polemik yang timbul, ‘buat’ dahulu adalah perkara yang paling hampir mesti didahulukan!. Jika berlakupun debat awal semasa sesuatu itu ingin dibuat, tentu sahaja perdebatan itu dengan niat menjadikan apa yang ingin dibuat itu menghampiri kesempurnaan. Sesuatu yang menafikan fitrah alam andai ada yang ingin membuat sesuatu tetapi tidak mengharapkan kesempurnaan.
Kembali kepada perbincangan awal, perbezaan tahu dan buat sememangnya jelas. Walau dalam apa-apa lapangan sekalipun, jika kita ingin melihat hasil….’buat’ adalah lebih baik dari sekadar ‘tahu’!. Tetapi……mungkinkah kita boleh ‘buat’ jika kita tidak ‘tahu’. Perlu juga ditegaskan, ‘tahu’ sahajapun tidak memadai jika kita tidak ‘buat’. Tahap yang agaknya boleh menjamin kesempurnaan hasil…. rasanya adalah ‘tahu’ dan ‘buat’ beriringan!. Teramatlah malangnya….. jika kita tidak ‘buat’ walaupun kita ‘tahu’. Lebih malang lagi…..punca kita tidak ‘buat’ adalah gara-gara kita tidak ‘tahu’!. Lantas, ayuh kita ambil ‘tahu’ supaya kita boleh ‘buat’. Agaknya……begitu makna keduanya dari kacamata mindaku!
Friday, September 24, 2010
Saturday, September 11, 2010
Friday, September 10, 2010
Thursday, September 9, 2010
Salam Lebaran...
Wednesday, September 8, 2010
Kasih..berbuka puasa !
Bumi Sfera!
Artikel ini saya petik dari laman Harun Yahya dengan tajuk asal Bentuk Sfera Bumi. Enjoy it!.
"Dia menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran. Dia membungkuskan malam atas siang dan membungkuskan siang atas malam... (Surah Az-Zumar:5)
Maklumat yang diertikan di dalam ayat mengenai siang dan malam yang membalut antara satu sama lain menyatakan maklumat yang tepat mengenai bentuk dunia. Fenomena ini hanya akan menjadi benar sekiranya bumi adalah berbentuk bulat. Ini bererti bahawa di dalam Al-Qur'an, yang diturunkan di abad ke 7, bentuk sfera bumi telah di disebutkan secara kiasan di dalamnya. Dalam Al-Qur'an, perkataan yang digunakan untuk menerangkan alam semesta adalah sangat penting. Kalimah arab yang diertikan sebagai 'membalut' dalam ayat di atas adalah 'takwir', dan dalam bahasa inggeris, ia bermaksud 'menjadikan sesuatu membalut sesuatu yang lain, dililit sebagai satu pakaian yang terhampar. Sebagai contoh, dalam kamus arab perkataan ini digunakan untuk perbuatan membalut sesuatu mengelilingi suatu yang lain seperti mana orang yang memakai serban.
Ianya harus diingat, bagaimanapun, bahawa pemahaman mengenai astronomi ketika itu melihat dunia secara berbeza. Ketika itu difikirkan bahawa bumi berbentuk dataran rata dan semua pengiraan saintifk dan penjelasan berdasarkan kepada kepercayaan ini. Ayat Al-Qur'an bagaimanapun telah memuatkan maklumat yang baru diketahui beberapa abad sebelum ini, oleh kerana Al-Qur'an adalah kalam Tuhan, perkataan yang paling tepat digunakan di dalamnya ketika menerangkan mengenai alam semesta.
Tuesday, September 7, 2010
Alam Semesta....
Fakta yang dinyatakan dalam artikel ini cukup menarik perhatian saya. Dipetik dari sebuah laman Al-Quran dan Sains. Fakta serupa pernah saya baca dalam beberapa artikel dan buku termasuklah buku Quran Saintifik tulisan Dr. Danial. Amat sesuai dibaca untuk mengetahui dan menginsafi 'sesuatu'.......
Asal usul alam semesta diterangkan dalam Al-Qur'an dalam ayat berikut;
Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi. Surah al-An'aam:101.
Maklumat yang dinyatakan dalam Al-Qur'an ini adalah satu fakta yang sangat tepat dan selari dengan penemuan sains kontemporari. Kesimpulan yang dicapai dalam bidang astrofizik hari ini ialah bahawa alam semesta, bersama-sama dengan dimensi benda dan masa, telah terhasil melalui satu letupan yang besar yang terjadi ketika masa-sifar. Fenomena ini yang dikenali sebagai Big Bang membuktikan bahawa alam semesta telah diciptakan dari ketiadaan sebagai satu produk, dari satu letupan titik tunggal. Golongan saintifik moden percaya bahawa Big Bang adalah satu-satunya penerangan paling rasional dan fakta yang dapat dibuktikan mengenai permulaan dan asal kewujudan alam semesta.
Sebelum fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat sebarang benda yang wujud. Dalam keadaan tanpa sebarang kewujudan kebendaan, tenaga atau masa, dan yang mana hanya dapat diterangkan secara metafizik, semuanya ini sebenarnya telah diciptakan. Fakta ini, yang baru diketahui melalui kajian dalam bidang fizik moden, telah dinyatakan dalam Al-Qur'an 1400 tahun lalu.
Maklumat lanjut sila kunjungi laman Harun Yahya atau klik disini. Selamat Membaca!.
Monday, September 6, 2010
Sunday, September 5, 2010
Bekalan Perjalanan Panjang!
Saturday, September 4, 2010
Solar Probe Plus
Thursday, September 2, 2010
Wednesday, September 1, 2010
Earth and Moon.....
Susah......
Saya terlihat seorang ibu muda yang sedang melayan beberapa orang anak kecilnya. Dari raut wajahnya, ibu muda ini sarat menghadapi cabaran melayan karenah anak-anaknya. Apatah lagi mereka tinggal di bawah runtuhan bangunan yang kelihatan bagai jerangkap samar dan hanya menunggu masanya untuk runtuh.
Lantaran merasa insaf dan kasihan saya menawarkan sedikit bantuan kewangan kepada ibu muda ini. Melalui seorang perantara, saya menyatakan hasrat ini. Namun, alangkah terkejutnya saya kerana niat baik saya ditolak secara baik oleh ibu muda ini, sambil menyatakan pihak baitulmal lebih berhak menerima bantuan kewangan yang saya berikan!.
Pada satu ketika yang lain, saya melihat sekumpulan kanak-kanak sedang bermain kegembiraan. Riak wajah kanak-kanak ini langsung tidak mempamerkan aroma kegusaran, kesedihan jauh sekali mempamerkan rasa penderitaan yang amat sangat sungguhpun bermain dilaman permainan yang penuh berserakkan dengan bongkah runtuhan bangunan kesan peperangan.
Terdetik hati untuk memberikan sebungkus biskut wafer kepada salah seorang dari mereka yang kebetulan berada berhampiran saya. Sekurang-kurangnya terukir rasa kegembiraan pada wajahnya, sebagaimana kebanyakkan kanak-kanak lain sering pamerkan. Sekali jangkaan saya meleset. Kanak-kanak itu tiba-tiba memanggil kawan-kawannya yang lain dan memakan biskut wafer sebungkus itu bersama-sama. Situasi yang selalunya berlaku, biskut wafer itu dimakan sendirian. Saya menghela nafas panjang sambil mengkagumi betapa kesengsaraan kanak-kanak ini telah menjadikan mereka amat menghargai setiap nikmat dan kelebihan yang mereka perolehi.
Demikian antara cebisan kisah yang diceritakan dan dialami sendiri oleh seorang Wira Gaza dalam program tempoh hari. Pada saya kisah ini jauh lebih menerbitkan keinsafan betapa pengorbanan yang kita lakukan sebenarnya tidaklah seberapa berbanding dengan pengorbanan yang dilakukan warga Palestine berkenaan. Lalu apakah sikap kita?. Tentu sahaja dengan segala kepayahan yang dipaparkan cerita ini menuntut kita untuk lebih berjiwa besar melihat sesuatu kesulitan dan kepayahan yang kita alami.
Hanya dengan berjiwa besar itu nanti kita tahu menilai harga sebuah pengorbanan dan menjadikan kita kerdil menanggapi segala ujian yang Allah s.w.t. berikan kepada kita. Lebih penting lagi, jika kita merasa cukup susah, percayalah ada lagi yang lebih susah daripada kita. Lantas, selayaknya kita lebih kental menghadapi kepayahan yang mengusik kita!. Fikirlah sendiri…..!